Tuesday 23 July 2019

Port sekitar Puncak Alam

Puncak Alam memang banyak kawasan tadahan hujan yang boleh dijadikan padang pancing untuk melepaskan gian. Antara ikan yang selalu didaratakan oleh kaki pancing ialah tilapia, haruan, keli, ketutu dan kadang-kadang peacock bass, lampam dan likoh. Dulu-dulu pernah dapat pacu dan patin. Dan sekarang ikan selat pula yang susah nak dapat.

 Pernah terserempak dengan orang bawa likoh, dipercayai dipancing di tasik sebelah masjid.

 Likoh juga pernah didartkan di tasik Alam Suria. 

PB makin membiak dalam tasik Alam Suria, besar kecil semua ada, menunjukkan ianya berjaya membiak.

Kali ini saya akan kongsikan beberapa port yang pernah saya terjah di sekitar Puncak Alam ini
1. Tasik Tesco
2. Tasik Sebelah Masjid
3. Tasik Alam Suria 5A1 dan 5A2
4. Tasik Rumah Tenggelam
5. Tasik PB (belakang projek rumah Selangor)
6. Port Alam Jaya
7. Tasik Fasa 3
8. Port Ambang Suria
9. Port PB Cendol

1. Tasik Tesco
Port ini senang dijumpai kerana bersebelah Tesco Puncak Alam dan merupakan kawasan tumpuan warga Puncak Alam untuk beriadah. Terdapat trek untuk jogging, bangku untuk berehat sambil memancing dan banyak lagi kemudahan. Walaubagaimanapun saya jarang ke port ini kerana tebingnya agak curam dan terpaksa turun ke bawah untuk memancing. Kaki Pancing perlu berhati-hati kerana tasik ini agak dalam. Ada 2 tasik bersebelah yang boleh kaki pancing mencuba nasib di sini. Memang ada jer kaki pancing yang menduga nasib di sini. Tasik ini juga pernah menjadi tempat pertandingan memancing suatu masa dahulu dan penganjurnya telah melepaskan pelbagai spesis ikan seperti pacu dan patin. Sepanjang pengetahuan saya belum pernah kaki pancing berjaya mendaratkan spesis itu.

2. Tasik Sebelah Masjid
Port ini juga mudah dijumpai kerana dapat dilihat dari jalan utama sahaja, bersebelahan Masjid Puncak Alam yang mempunyai kubah biru. Dulu sebelum tasik ini didalamkan, saya pernah memancing di sini dan berjaya mendaratkan ikan keli dan talapia. Antara momen yang segar diingatan ialah ada kaki pancing berjaya mendaratkah likoh di sini dan adik saya juga hampir berjaya mendaratkan likoh tetapi rabut kerana mata kail yang kecil. Dipercayai port ini ada ikan ketutu yang besar-besar.

3. Tasik Alam Suria 5A1 dan 5A2
Port kegemaran saya kerana ianya ada didepan rumah sahaja. Selalu membottom di sini untuk menjerat tilapia, ketutu,keli, lampam,PB dan haruan. Kini mencuba nasib dengan teknik casting dan berjaya juga mendaratkan PB, mayan chilclid (tilapia belang) dengan sp berudu keluaran kanicennix.Boleh dikatakan tiap-tiap hari pasti ada kaki pancing yang menebing di sini, tak kira lah belah 5A1 atau 5A2. Terdapat kaki pancing yang menggunakan teknik pancingan jaring di sebelah 5A2 untuk menjerat tilapia. Walau bagaimanapun tasik ini juga menerima tekanan dari kegiatan menjaring, menjala dan pernah ada yang mengaren.

4. Tasik Rumah Tenggelam
Dipercayai ada toman mega di sini. Kadang-kadang ada geng casting yang menggunakan bot untuk mengilat toman. Dulu saya pernah memancing haruan dengan berumpankan anak ikan kap dan berjaya mendaratkan haruan yang agak besar. Pernah casting dari tebing menggunakan sp, kumpau dan beberapa sp terkubur didasar tasik kena cukai. Saya masih menaruh harapan untuk mendaratkan toman di tasik ini suatu hari nanti.
Land mark port ini, rumah tenggelam...

Air keroh, kumpau lah jawabnya....hehe

Tersilap...ini port fasa 3 sebenarnya...

5. Tasik PB (belakang projek rumah Selangor)
Tasik di kawasan Puncak Bestari ini adalah tempat saya dan sifu, Fauzu Mamat melepaskan gian mengilat haruan. Dulu port ini adalah rahsia tetapi sekarang telah ramai diketahui orang. Jika dulu jika ke sini pasti merasa strike. Pernah kami strike berkali-kali hingga 7-8 kali seorang.Kini susah untuk sampai ke port ini kerana ada projek perumahan sedang giat dijalankan di situ. Ada penambakan tasik juga telah menyebabkan berkurangnya strike. Port ini dikenali sebagai Port lopak kerana haruan di sini sukan melompat untuk melepaskan diri dari mata kail.

6. Port Alam Jaya
Dipercayai ada ikan bujuk  di sini. Saya hanya sempat beberapa kali ke port ini dan selalunya kumpau. Sekarang port ini telah dipagari oleh pemaju. Dulu juga ada port sepat di hadapan pintu masuk ke port ini. Laluan masuk ke port ini sebenarnya bersebelahan dengan loji IWK.

7. Tasik Fasa 3
Dipercayai ada PB besar-besar di sini. Saya belum pernah menjejaki port ini. Belum ada yang mahu bawa ke sini. Port ini adalah di hujung flat fasa 3.


Port ini betul di hujung flat fasa 3.


Ada 2 tasik di sini, bersebelahan flat dan SMK Puncak Alam 3.

8. Port Ambang Suria
Sebenarnya port ini adalah sambungan saliran air daripada Tasik Alam Suria. Kawasannya agak semak dan saya belum pernah terjahnya. Takut beb...

9. Port PB Cendol
Dipercayai dulu geng Puncak Alam Angler selalu mendaratkan PB di port ini. Tetapi berhati-hati jika mahu ke sini kerana ianya tersorok dan dikhuatiri ada binatang liar seperti babi hutan.Port ini sebenarnya berdekatan roundabout fasa 1 tempat mamak cendol.

Itulah senarai port yang dapat saya kongsikan di sekitar Puncak Alam ini . Diharap port-port ini akan terus wujud untuk sama-sama kita merasa tarikan si penghuni dasar. Semoga kaki pancing juga dapat menjaga etika ketika ke port ini,janganlah merosakkan harta awam dan membuang sampah merata-rata. Kaki pancing seharusnya menyanyangi padang pancing mereka. Jangan sehingga ada pihak yang menuduh punca pencemaran sungai adalah kaki pancing seperti kes di Sg Selangor itu...

26 comments:

  1. PB fasa 3 banyak kena tapau ngan budak sekolah bang...depa pakai pelampung umpan udang..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..saya pun belum pernah ke port fasa 3, takut nak masuk sorg2

      Delete
  2. porklong is cumming.

    ReplyDelete
  3. MOHAMAD MUKLIS13 June 2020 at 10:35

    jom nk ikot

    ReplyDelete
  4. tahun 2015 sy selalu di pb cendol hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ada lagi ker sifu?jom

      Delete
    2. Syaa tak pernah pulak jumpa port area situ. Teringin juga nak ada lesen pb hehe. Area mana tu ye?

      Delete
    3. PB puncak alam rasanya dah susah nak dpt sekarang ni,kena lepas benih baru...

      Delete
  5. Bang.. jom ptg ni tepi skolah fasa3

    ReplyDelete
  6. Menarik ni. Pnh skali try kt tasik alam suria tu. Tp bangau. Haha. Xde geng nk mancing skali. Last2 g kt kolam afprow je la lps gian. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tasik Alam Suria guna umpan anak udang ngn cacing jer laju...umpan lain slow sket

      Delete
  7. Port rumah tenggelam 2 hari lepas masyuk.. 3 tompok anak toman, pakai blade, anak yg dapat.. Tgah nak cari anak keli ni, ade sape2 thu x?

    ReplyDelete
  8. baru pindah puncak alam, mak aih byk port casting- tade geng komplot ptg ptg naik moto?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu mmg banyak port, tp sekarang banyak kena timbus dah...huhu

      Delete
  9. As salam tuan... Nak bertanya. Macamana nk ke port rumah tenggelam. Masuk dr mana?

    ReplyDelete
  10. Masuk ikut surau al ikhlas pun boleh, ikut simpang 3 dekat taman 5a1 pun boleh...tp jika nak ke seberang tu, saya pun tak pasti

    ReplyDelete
  11. Sekarang tinggal port mana je bang yg ada? Yg kat roundabout terakhir kalau nak pg bukit hijau tu ada ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Port roundabout ada lagi, area alam suria 5a1 dan 5a2

      Delete