Sunday 1 January 2017

Buat Tauk

Tauk adalah kaedah memancing tradisional.Letak umpan di Mata kail Dan pacak tauk Dan tinggalkan sahaja.Selalunya ditahan di malam hari Dan diangkat keesokannya.
Disini saya sertakan langkah-langkah untuk membuat tauk.
1.Cari buluh
2.belah buluh kepada beberapa batang yang kecil
3.raut buluh tadi supaya licin Dan tidak melukakan tangan.
4.ikat hujung buluh dengan tangsi yang telah diikat mata kail
5.tajamkan pangkal tauk supaya senang dipacak.
6.tauk siap digunakan
Buluh diraut untuk buang selumbar yang boleh melukakan tangan.

 Kami bergotong-royong menyiakan tauk.
Dibuat lekok supaya tangsi diikat kemas

Tauk yang telah berhasil menjerat ruan ngn keli.

Tauk selalunya ditahan pada musim hujan.