Monday 9 December 2013

Pengubat duka

Post sebelum ini ada aku ceritakan tentang kekecewaanku di pertandingan memancing Jelajah Tasik di Tasik Permaisuri.

Balik dari pertandingan tersebut,tanpa dirancang aku melabuhkan joranku di tasik depan rumahku iaitu kira -kira jam 4.30 ptg. Aku tinggalkan 2 joranku di situ dan pulang ke rumah untuk mandi, solat dan berehat.

Kira - kira jam 7.00 mlm sebelum azan maghrib aku pergi melihat joranku. Dari jauh aku lihat 2 joranku jatuh dari pancang besi dan tersadai di atas tanah. Mungkin ada ikan yang tersangkut di hujung joranku.

Cepat - cepat aku berlari mendapatkan joran, aku karau dengan berhati - hati. Kuat tentangan diberikan oleh mangsa. Mungkin tilapia besar yang tersangkut getus hatiku kerana memang sebelum ini aku selalu berjaya mendaratkan spesis itu.

Nah! Sekali terkezut aku. PACU!! Teriakku keriangan. Seterusnya aku mendapatkan joran kedua pula. Tentangan juga kuat. "Tak kan sekali lagi pacu", tanyaku sendiri.

Nah! Sekali lagi terkezutaku. PACU!!!!

Khabar gembira ini terus aku kongsi bersama Geng Pemburu Ikan. "Penutup hari yang gembira", kata adikku, Syawal.

Pacu, pengubat duka. Bak kata pepatah ' kuman seberang laut nampak, gajah di depan mata pula tak nampak'. Sehingga sekarang aku masih tertanya-tanya bgaimana pacu boleh berada di tasik ini, depan rumahku. Adakah ada individu yang melepaskan ikan kolam ini ke tasik tersebut????

Kerja - kerja mendalamkan tasik oleh pihak pemaju.

Suasana terkini tasik.

Saujana mata memandang.

Sepasang pacu.

2 senjata dengan 2 mangsanya.

Pacu yang besar lebih 1kg.

Yang kecik hampir 1kg juga.

Kelihatan botol dan sampah selepas hari hujan...

Ni betul - betul depan rumahku.

Tasik Alam Suria, Puncak Alam.

Tebing berlumpur yang dulu jelas kelihatan kini tiada lagi.

Dulu banyak rumput mensiang.

Port tetapku, dulu, kini dan sekarang...

Dulu ada tebing berlumpur. Kini tiada lagi.


Jelajah Tasik Kuala Lumpur siri 2

Jelajah kali ini bertempat di Taman Tasik Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur pada 30 November iaitu pada hari Sabtu. Pertandingan ini bermula tepat jam 9.00 pg dan berakhir 1.00 ptg.

Dengan yuran penyertaan RM20, kami Geng Pemburu Ikan telah menghanyirkan diri dengan buat kali pertama menyertai jelajah ini. Walaupun kami gagal mendaratkan sebarang ikan tetapi banyak ilmu yang dapat kami cedok dari otai - otai. Berbekalkan kata - kata pepatah 'setiap perjalanan yang jauh bermula dari langkah yang pertama'. Kami gagahkan diri juga.

Di tasik ini memang terdapat banyak lumut dan rumpai. Kami gagal melabuhkan umpan dengan baik. "Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga",memang ada benarnya pepatah tersebut.

Suka duka sepanjang pertandingan tersebut akan kami jadikan azimat untuk lebih berjaya di kemudian hari.

Jelajah Tasik, tunggu kami datang...

Jom jamu mata dengan warna - warni sepanjang hari tersebut......

 Banner kat meja urusetia.

 
Sulong (merah) teman kami kali ini.

 Joran pancing pantai digunakan di tasik ini.

 Ada peserta siap pasang khemah, booking port.

 Apek ini banyak kali menaikkan keli. Umpan apa lah agaknya dia guna.

 Antara ikan yang tewas kali ini.

 Geng pemburu ikan duk bincang, naperlah ikan tak nak makan umpan ni...

 Pemancing cilik yang berjaya mendaratkan tilapia.

 Ini aje lah yang kami dapat, tag peserta sebagai kenangan.

 Kawan - kawan yang menyokongku semasa pendaftaran.

 Gaul umpan baru, yang sebelum ini, ikan tak sentuh pun....

 Pemancing wanita yang memeriahkan pertandingan.

 Patin yang didaratkan sejurus selepas siren dibunyikan. Power tul umpan mamak tu????

 Otai Fazil (biru gelap) datang memberi sokongan.

 Pemenangnya, patin 5.7kg, kedua tongsang 5.5kg dan ketiga patin 4.3kg...

Krew memang banyak membantu para peserta. Terbaeeeekkk...

Info Jelajah Tasik KL boleh diikuti di laman web http://jorankl.weely.com dan di Facebook jorankl

Thursday 28 November 2013

3 Tasik

Cuti sekolah telah tiba, musim tengkujuh juga tiba. Bagi kaki pancing inilah masa yang ditunggu-tunggu untuk menerjah port mancing. Walau bagaimanapun keselamatan harus diutamakan.

Bertarikh 22 November, hari Jumaat, kami Geng Pemburu ikan telah merancang komplot terbesar bagi tahun ini. Komplot kali ini diwakili oleh aku, Mizi, Sahrul , Edy dan 2 orang anaknya, Yusof dan Hakim.

Jam 10 pg kami sampai di tasik yang pertama. iaitu Tasik Puchong (D' Island), berbekalkan umpan cacing dan dedak. Kelihatan juga beberapa kumpulan kaki pancing di tebing tasik yang amat luas ini. Tasik ini boleh dilihat dari highway SKVE. Namun ada rentangan jaring yang dipasang dari tebing ke tengah, sedikit menggangu kami. "Rezeki masing-masing," itulah pesan Mizi yang kami selalu ingat.

Kami memancing di kawasan yang sama, berdekatan sangkar. Sedang kami seronok memancing, tiba-tiba hujan lebat. Basah kuyup kami. Hujan berhenti kami terus memancing, "lepas hujan mesti ikan makan selalunya,"kataku kepada Sahrul untuk menyedapkan hati masing - masing kerana hampir 2 jam kami di situ tanpa hasil.

Kata-kataku diakui oleh Mizi setalah dia berjaya mendaratkan seekor tilapia. Selepas itu Sahrul juga berjaya mendaratkan tilapia. Kami berhenti memancing jam 12.30 thr, kami bergegas masjid di Putra Perdana untuk bersama jemaah menunaikan Solat Jumaat.

Selepas makan di kedai berdekatan masjid tadi, kami ke tasik kedua, tasik di hadapan masjid. Kelihatan air naik dan melimpahi tebing tempat biasa kami melabuhkan joran. Dengan kawasan yang terhad, kami tetap melabuhkan joran masing - masing dengan harapan dapat mendaratkan banyak tilapia kerana pada trip sebelum ini kami berhasil.

Jam hampir menunjukkan pukul 5 ptg, kami tidak berjaya mendapatkan sebarang hasil. "Langgar tali pun tidak, macam mana ni?"tanya Mizi kepadaku.

Akhirnya Mizi mengajak kami ke tasik seterusnya, iaitu Tasik Prima. Sampainya kami di tasik, kami di sambut oleh sekumpulan Red Monk yang bermain di tepi tebing berdekatan jeti bot. Aku terus menabur dedak dan roti sebagai rasuah kepada kumpulan ikan tersebut. Ternaya Red Monk sudi menjamah dedak itu. Melihat situasi tersebut, Edy bergegas mendapatkan jalanya. Mizi meminta untuk menebar jala tersebut. Sekali tebar, 2-3 ekor Red Monk terperangkap. Edy juga ingin menunjukkan skil menebarnya. Dia juga berjaya memerangkap Red Monk.

Akhirnya kami pulang dengan 12 ekor Red Monk, 3 ekor tilapia hitam dan seekor anak peacock bass.  3 tasik, Tasik  D'Island, Tasik Putra Perdana dan Tasik Prima.

Komplot Mesti Terus....

 Aku kecewa di Tasik Putra Perdana.

 Aku kecewa di Tasik D'Island

 Anak Peacock Bass.

 Red Monk, cantik diletak dalam akuarium..

 Edy (baju merah), Shahrul (biru) dan Yusof sedang setting senjata masing -masing.

 Shahrul duk cari port yang sesuai.

 Tilapia hitam, tak cantik tapi dimakan sodapppp...

 Inilah barisan senjata Edy.

 Di pelantar bot, Tasik Prima.

 Mizi menunjukkan skill menjalanya.

 Red Monk Tasik Prima kini di dalam akuarium Edy.

Senjata sulit kami, jala...hahaha...

Thursday 14 November 2013

Udang Kara

Tarmizi, otai udang kara dari Seremban, sekali lagi mengganas di Lake Garden. Dengan gumpalan dedak yang dikepal pada spring jaring, dia berjaya menjerat beberapa udang kara yang agak besar.

Menurutnya, udang galak menjamah umpan pada waktu malam berbanding siang hari. Walau bagaimanapun stok udang di tasik tersebut semakin berkurangan kerana pertambahan kaki pancing yang menerjah tasik tersebut.

Baru baru ini rod Barkley miliknya patah riuk dikerjakan oleh penghuni dasar tasik tersebut. Dipercayai spesis pacu liar berskala lebih 5kg.

Tasik Lake Garden, Seremban semakin popular dikalangan kaki pancing sekitar Seremban. "Tiap - tiap malam tasik tersebut dipenuhi kaki pancing seperti pesta la pulak", bicara Tarmizi dengan penuh semangat kepadaku, untuk mengumpan kami, geng Pemburu Ikan ke tasik tersebut. Hajat di hati, memang ingin kami terjah, tetapi apakan daya, jarak mengatasinya.

Lake Garden, Seremban, tunggu kami....

 Inilah hasil berjaga malam.


 Tengok sepit, biru.


Inilah barisan kita...

Saturday 26 October 2013

Udang Galah



 Setelah habis menyaksikan kejayaan TRW berjaya melangkah ke final Piala Malaysia dengan mengecewakan ATM, Tarmizi dengan bertemankan joran menuju ke kolam udang yang berdekatan rumahnya.

Berumpankan perumpun Tarmizi cuba untuk mendaratkan si sepit biru Kolam Udang Mambau, Negori 9.

Menurutnya sesi pancing kali ini adalah untuk meraikan kejayaan pasukan negerinya ke pentas final sekali lagi.

Mancing udang memerlukan teknik yang berbeza dengan memancing ikan. Memancing udang perlu lebih lembut semasa menyentap joran.

Pancing udang pun best woi....



terjah Putra Perdana

Pada tanggal 24 Oktober yang lalu, kami bertiga telah berpeluang menerjah tasik sekitar putra perdana. Port kali ini berhadapan masjid dan berdekatan kedai makan. Memang strategik.

Berumpankan cacing, kami cuba menduga penghuni dasar. Baru jer aku melabuhkan umpan, tiba-tiba hujung joranku melentur menandakan ada ikan yang cuba mencuri umpan. Dengan berhati-hati aku mengarau tali untuk memastikan ikan berjaya didaratkan. Aku berjaya mendaratkan seekor tilapia.

Seterusnya Shahrul pula tidak menang tangan melawan tarikan tilapia.Kami terpaksa cepat mrngarau tali supaya ikan tidak menyusup ke kawasan reba kayu untuk menyelamatkan diri. Ternyata trip kali ini menyaksikan Shahrul mengganas melayan tarikan ikan. Shahrul bertuah menjumpai lubuk tilapia.

Tarmizi tetap setia dengan teknik jaring berumpan bancuhan dedak. Ikan di sini seperti tidak sudi menjamah umpan dedak. Berkat kesabarannya, akhirnya Tarmizi berjaya juga mendaratkan seekor tilapia dengan umpan dedak.

Kami berhenti memancing kira-kira jam pukul 6 petang. Kami bertekad untuk kembali lagi ke sini di masa hadapan.

Pancing mesti terus....