Thursday 4 December 2014

BNO port mancing

BNO, bagi penduduk sekitar Sabak Bernam memang sudah mengetahui BNO merupakan port mancing yang tidak akan mengecewakan.

BNO memiliki jeti untuk ke Kelong Paradise bagi kaki pancing untuk mencuba nasib di tengah laut. http://www.kelongparadise.com

BNO juga memiliki pantai yang menarik untuk kaki pancing bersantai bersama keluarga sambil 'surf casting'. Boleh perkena mee udang, http://www.khairunnisahamdan.com/2014/05/tempat-makan-best-mee-udang-sabak-bernam.html.

BNO juga memiliki jaringan parit yang menyimpan khazanah ikan air tawar seperti tilapia, sepat, puyu, haruan dan bulan. Umpan yang selalu aku gunakan adalah cacing yang dibeli di kedai akuarium. Majoriti hasil pancingan aku adalah tilapia atau orang tempatan mengelar spesis cichild ini sebagai flowerhorn. Memang spesis ini telah mendominasi sistem saliran di sini sehingga spesis tempatan semakin berkurangan.

BNO, Bagan Nakhoda Omar...

Tilapia hitam, tilapia 'flowerhorn' 

 Port dekat pembentung...

 Layan sorang2...

 Reba2 tempat puyu bersembunyi.

 Sistem saliran yang menjadi habitat pelbagai spesis. 


 Tuan puteri yang sudi menemaniku tetapi asyik ajakku balik...hehehe...

 Selfie di pantai BNO.

 Joranku mencemar duli di Pantai BNO.

 Sediakan batu ladung yang banyak kerana pantai ini adalah kawasan berbatu.

 Belacak...

 Kaki pancing yang mencuba nasib...

 Kelihatan jeti untuk ke Kelong Paradise.

 Kadang2 banyak, kadang2 sedikit tapi yang pasti tidak pernah kumpau....

 Selfie di tepi parit.

Antara port kesukaanku...jln penghulu....


Wednesday 3 December 2014

Ikan Wadik Tilapia

Resipi untuk membuat ikan wadik sebenar senang. Ikan wadik adalah ikan pekasam versi banjar. Bahan yang diperlukan ialah beras sangan , garam kasar dan asam gelugor (asam keping). Beras sangan adalah beras yang digoreng tanpa minyak dan perlu dikisar. Beras digaul sebati dengan garam kasar.

Ikan  yang telah siap disiang dan dibersihkan sehingga tiada darah dilumur dengan beras kisar. PERLU DIPASTIKAN TIADA DARAH SUPAYA TIDAK BERBAU BUSUK.

Selepas ikan dilumur, susun di dalam botol dan diselang seli dengan asam keping. Susun sehingga penuh dan taburkan garam dibahagian atas sekali.

Ikan perlu diperap sekurang2nya 2 bulan. Untuk penyediaan ikan wadik perlu dibersihkan sebelum digoreng. Setelah hampir masak, masukkan hirisin bawang dan cili. Ikan wadik sedap dinikmati demgan nasi panas





SELAMAT MENCUBA...

Tuesday 2 December 2014

kolam sg congkak

Cikgu bahiry berkesempatan menduga penghuni kolam sg congkak bersama2 kawannya.
Jom layan gambar..tak yah cerita banyak, biar gambar yang berbicara...





Wednesday 5 November 2014

Santai di Pantai Remis, Jeram

Pantai Remis, Jeram berdekatan dengan Puncak Alam. Masa perjalanan lebih kurang 30 minit memang sesuai untuk kaki pancing membawa keluarga bersantai sambil melayan hobi hanyir ini.

Aku bersama Cgu Adi dengan tiba-tiba merancang untuk terjah Pantai Remis.Memang telah lama kami berkira-kira untuk terjah Pantai Remis tetapi tidak berkesempatan kerana komitmen masing-masing.

Akhinya pada petang itu, selepas solat Asar, kami ke kedai Acheh di Puncak Alam untuk membeli udang putih sebagai umpan kali ini.

Pantai ini memang ramai orang pada setiap hujung minggu. Tedapat gerai-gerai, medan ikan bakar untuk pengunjung menjamu selera. Ramai juga yang bermain layang-layang. Memang sesuai untuk membawa keluarga untuk menikmati suasana petang nan indah sambil ditemani angin sepoi-sepoi bahasa takala melabuhkan joran.

Selalunya disini kaki pancing mendaratkan spesis seperti gelama, ikan duri dan ikan semilang. Apa yang penting kaki pancing dapat meluangkan masa bersama isteri dan anak sambil memancing. Tidaklah mereka merungngut kita tidak meluangkan masa bersama mereka kerana sibuk memancing sahaja.

Pancing-pancing juga,masa bersama keluarga jangan diabaikan...

 Fatin dan sepupunya Ariq seronok menjamu aiskrim.

 Afiq, anak buahku yang berjaya aku tarik ke dunia pancing.

 Cikgu Adi bersama keluarganya.

 Cikgu Adi bersama si durinya, kelihatan juga Aqif bersama jorannya.

 Inilah isteri dan puteriku yang sentiasa menyokong hobi hanyirku.

 Kaki pancing dikala senja melabuhkan tirai.

 Cantik tika mentari menyimbahkan teriknya .

Si gelama yang sudi menjamah umpan yang dilabuhkan.

Misi Patin Putra Perdana

Geng Pemburu ikan berkesempatan berkomplot di Putra Perdana untuk memburu patin yang dikhabarkan menghuni tasik tersebut. Trip kali ini disertai aku, Sahrol, Mizi, Edy dan ahli baru kami, Fikri.

Pukul 10 kami sampai dan bersarapan di kedai makan bersebelahan Masjid Putra Perdana. Fitri pemastautin Purta Perdana sebagai penunjuk arah telah membawa kami ke port berdekatan Pusat Pameran Putra Perdana. Port kali ini di hujung jalan.

Terbentang luas saujana mata memandang tasik di depan mata. Sesekali kelihatan riak2 air tanda ada penghuninya sedang berkejaran. Semangat kami terus berbuak2. Tanpa berlengah2 lagi, kami terus menyiapkan joran masing2.

Panas terik mentari membakar kulit kami. Matahari tegak di atas kepala, pokok untuk berteduh pun tiada. Tetapi misi tetap kami teruskan. Akhirnya ahli baru kami mendapat sentapan rakus, terus Fikri mengarau tali jorannya dan berjaya mendarat si lampam.

Ego kami sebagai senior Geng Pemburu Ikan sedang dicabar oleh Fikri. Sekali lagi joran Fikri mendapat sentapan lebih ganas. Kali ini si baung pula terjerat. Memang tercabar bro dengan junior dibuatnya. Akhirnya Shahrul menyelamatkan maruah kami dengan hasilnya si lampam.

Kami berhenti memancing untuk menunaikan kewajipan sebagai hambaNya. Hari itu adalah hari Jumaat, maka kami ke masjid tadi untuk menunaikan Solat Jumaat.

Selepas solat kami menjamu selera sekali lagi di kedai tadi. Kami perkena nasi ayam, memang terbaik la nasi ayam situ, supnya kaw...

Misi mencari patin diteruskan lagi. Kali ini kami mengambil keputusan untuk mencuba port berdekatan gerai makan tepi tasik. Pancing masing2 telah dilabuhkan dengan harapan ada patin yang sudi menjamah umpan dedak kaki. Tetapi hampa...

Akhirnya kami mengubah strategi, dari patin ke tilapia. Dengan menggunakan umpan cacing yang sempat Edy beli selepas solat di kedai umpan berhadapan 7E di pekan Putra Perdana. Demi merasa tarikan ikan kami terpaksa ubah strategi. Memang galak tilapia meragut umpan cacing yang kami suakan.

Tak perlu lontar jauh2 umpan, sekadar ditepi2 sahaja, sudah ada tilapia sebesar 3 jari menyambut umpan kami. Patin Putra Perdana seperti tidak sudi dengan umpan kami....,hehehehehe...

Ternyata kami masih perlu menambah ilmu sebelum berangan2 untuk menjerat patin liar...Patin Putra Perdana tunggu kami datang....

 Pertauliahan Fikri dengan hasil baung.

 Fikri membuka trip dengan lampam.

 Tilapia akhirnya yang menjadi target...

 Cgu Bahiry membakar kami dengan patin kolamnya..

 Fikri sempat 'pose' dengan patin Taman Jaya yang dipancing kaki pancing di situ.

Port baru yang dikenalpasti untuk trip seterusnya..

Panasnya memang membakar tetapi pancing tetap terus...

Sunday 2 November 2014

SPM sudah bermula

Hari ini 3 November, bermakna sudah 11 bulan kita lalui untuk tahun 2014 dan hanya tinggal 1 bulan lagi sebelum 2015 mengjengah. Diari pancing kami untuk tahun ini memang rancak. Ada trip berhasil dan banyak juga trip yang kumpaw dan bangau berdarah. Tetapi pancing mesti tetap terus.

Dari parit, sungai, lombomg, kolam hingga ke pantai dan laut kami terjah untuk memenuhi tuntutan hobi hanyir ini. Masa, wang dan tenaga kami korbankan untuk menrasai tarikan sang penghuni dasar. 

Sekarang musim tengkujuh dan tidak lama lagi cuti sekolah tiba. Kesempatan ini pasti diambil oleh semua kaki pancing untuk menerjah port2 pancing. Pancing - pancing juga tetapi keselamatan perlu diutamakan.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT MENJAWAB untuk semua calon SPM 2014 dan semoga memperolehi keputusan yang cemerlang.

Jom layan gambar...

 Komplot Tg Harapan yang terus memberi harapan kepada kami.

 Hamdan, otai sepit biru di  Sg Bernam.

 Awal, otai siakap kolam RM3 Banting.

 Edy sempat terjah sambil bawa pelajar champing di Bestari Jaya.

 Kadang2 kumpaw itu indah di Kota Damansara Seksyen 8.

 Sharul bersama ipar2nya di Bagan Datoh.

 Masa awal2 penglibatanku dalam dunia hanyir ini, Kunci Air BNO.

Trofi dari Lubuk Chakoh, Temerloh.

 Siakap Kolam RM3  yang tewas kali ini.

 Barisan tangkapan di Sg Chamang, Bentong.

 Adam bersama tengas Sg Relai.

 Hasil Cikgu Adi di Kolam d'Felda.

 Hasil yang selalu membuatkanku tidak kumpaw, Tilapia.

 Cikgu Zul and Geng di Sg Chamang.

 Abg Fazil, Otai Rohu tetap steady.

Cikgu Bahiry, Pacu Kolam Laguna.

 Bersama Idoda, Nasir Kebabooom di Pameran SACC.

 Kerapu tewas di tangan Abg Fazil.

Cikgu Adi di Kelong Teluk Gong.

Semoga tahun 2015 lebih berjaya buat GENG PEMBURU IKAN. PANCING MESTI TERUS...