Friday 21 January 2022

Homestay Padi Hijau

 Jika anda inginkan suasana padi menghijau saujana mata memandang. Homestay Padi Hijau adalah pilihan yang tepat. Buka sahaja pintu dapur, anda dapat menikmati kehijauan padi yang mendamaikan. Homestay ini terletak di  Parit 7 Timur, 45300 Sungai Besar, Selangor . 

Jika ada seorang kaki pancing, Homestay Padi Hijau sangat sesuai untuk anda kerana buka sahaja pintu dapur, anda boleh mencampak umpan di parit untuk cuba menjerat puyu, haruan dan jika bertuah dapat mendaratkan belut. 

Jika anda seorang yang suka bergambar, Homestay Padi Hijau juga sesuai untuk anda kerana banyak view dan angle yang menarik untuk anda abadikan. 

Jika anda seorang yang suka berbeku, jangan risau, pihak Homestay Padi Hijau menyediakan tapak untuk berbeku. Anda boleh menikmatinya ditemani bunyi-bunyi alam, mendamaikan.


Ayuh, rasailah sendiri pengalaman mendamaikan, indah lagi menyegarkan ini. 














Alamat

No 15, Parit 8 Timur Sungai Panjang 45300 Sungai Besar, Selangor

 

Waktu Operasi : 

Setiap hari (tempahan perlu dibuat lebih awal)


Nombor Telefon :
 

011-20903883

Thursday 20 January 2022

Kenapa berhenti memancing

 Hobi memancing ini kebanyakan bermula sejak dari kecil lagi. Jarang pemancing bermula setelah dewasa. Ada yang berterusan memancing dan ada juga yang telah berhenti terus dari memancing. Mungkin banyak faktor yang menyebabkan seseorang itu berhenti memancing. Disini saya cuba senaraikan antara faktor yang menyebabkan seseorang berhenti terus dari memancing. 

BERKAHWIN

Tidak dinafikan ini adalah sebab yang paling utama, sesorang kaki pancing berhenti melayan hobinya. Mungkin mereka ingin fokus kepada urusan keluarga. Mungkin juga disebabkan pasangan mereka tidak menyokong hobi mereka. Bertuah jika dapat pasangan yang sama hobi. 

KEWANGAN

Dewasa ini , setelah pendemik Covid19 melanda negara. Ramai yang terjejas termasuklah kaki pancing. Mereka terpaksa berhenti seketika atau berhenti terus dari memancing. Umum mengetahui bahawa kelengkapan memancing agak tinggi perbelanjaannya. Walaubagaimanapun, memancing juga boleh menjadi sumber rezeki seseorang. 

PORT SEMAKIN BERKURANG

Jika dahulu, kita hanya perlu pergi ke depan atau ke belakang rumah untuk melayan hobi memancing ini. Zaman terus berubah, dan tuntutan kemajuan yang menyebabkan banyak port memancing terpaksa dikorbankan. Port memancing semakin jauh ke dalam hutan, menyebabkan kaki pancing berfikir banyak kali untuk pergi memancing. Jika ke laut dalam, tentu soal kewangan menjadi penghalang mereka. 

GENG DAH TIADA

Memancing sendirian kadang kala membosankan. Dahulu kita rancak memancing kerana kita ada geng, ada sifu dan ada nubis. Tetapi sekarang kebanyakkan mereka telah berhenti memancing mungkin kerana beberapa faktor di atas, meninggalkan kita sendirian. Akhirnya kita juga terpaksa behenti sementara dari memancing. 

PKP

PKP demi PKP dengan SOP yang ketat, sedikit sebanyak merencat kemeriahan dunia pancingan. Jika dahulu kolam, tasik mahupun parit, meriah jika terdapat pertandingan memancing. Tetapi PKP demi PKP, dan kita pun tidak tahu sampai bila dunia ini akan kembali normal seperti dahulu, telah mematahkan semangat kaki pancing untuk terus bertahan. 

Inilah beberapa faktor yang difikirkan telah menyebabkan kaki pancing untuk mengambil keputusan menggantung terus joran mereka, ada juga yang telah menjual semua kelengkapan memancing demi kelangsungan hidup. Walau bagaimanapun, diharap dunia pancing negara kembali rancak seperi dahulu, di mana-mana pun rancak....PANCING MESTI TERUS, STRIKE ITU BONUS, KUMPAU ITU PASTI, PANTANG UNDUR KECUALI BINI CALL..