Monday 27 May 2013

Aku terjebak sudah

Pada 25 Mei lepas, iaitu selepas makan tengahhari, aku bertemankan puteriku telah berkesempatan melawat kolam air tawar berbayar di Felda Bukit Cerakah. Aku berkesempatan menanya kaki pancing tentang selok belok kolam tersebut. Apa jenis umpan. Apa jenis ikan. Itulah yang patut kita lakukan setiap kali kita mengunjungi kolam baru. Jangan sombong dan main redah sahaja. Menurut kaki pancing tersebut, kolam ini dihuni oleh spesis pacu, rohu, patin, keli dan baung. Menurutnya juga kalau ingin senang pancing, guna umpan cacing untuk menjerat pacu. Berbunga2 hatiku mendengar nasihat tersebut. Di sebelah sana, aku menyaksikan ada kaki pancing yang mendaratkan si pacu ini. Dalam 5 minit sahaja, 2-3 ekor berjaya mereka daratkan. Lumayan beb.

 Tuan puteri yang menemaniku ketika sesi lawatan tersebut.


 Anak taukeh kolam yang terus mengasah bakatnya.

 Kolam Pancing D'Felda Generasi ke 2, bayaran RM 20 untuk 3 jam. 

Setelah itu aku kembali ke rumah, meneruskan tugasku sebagai seorang cikgu. Menanda kertas peperiksaan pertengahan tahun pelajarku. Hatiku berdebar2 mengingatkan aksi kaki pancing mendaratkan si pacu tadi. Aku tidak dapat fokus.

Akhirnya, selepas sembahyang Zohor, tepat jam 3 petang, aku mengambil keputusan untuk menduga penghuni kolam tadi. Berbekalkan umpan cacing dan cengkerik yang di beli di kedai aquarium Fasa 2, Puncak Alam, aku dengan ditemani sekali lagi oleh puteriku telah menerjah kolam itu.

Sampai pukul 3.30 ptg, aku terus melabuhkan joranku. Tidak sampai 5 minit, joranku melentur, menandakan umpan cacing telah dirembat oleh penghuni dasar. Setelah berjaya mengawal larian penghuni dasar, aku akhirnya berjaya mendaratkan pacu. Tidak menang tangan aku melayan sentapan demi sentapan si pacu. Pacu kolam ini telah mengamuk!!!

Sepanjang pemerhatianku di kolam tersebut:
1)Pacu aktif makan umpan jam 3-4 ptg, 4-5 ptg kurang aktif, 5-6 ptg tidak aktif
2) Umpan cacing terbaik untuk menjerat pacu. Namun umpan cengkerik juga dirembatnya.
3)Mancing tanpa batu ladung lebih berjaya untuk menjerat pacu kolam ini.

Walaupun aku tidak berjaya mendaratkan spesis lain, aku tetap berpuas hati dengan trip ini kerana telah berjaya mendaratkan 12 ekor pacu. Ikan-ikan tersebut telahku bahagikan antara jiran sebelah menyebelah rumahku.

 Berita kejayaan trip ini telah aku sampaikan kepada adik-beradikku yang juga merupakan geng pemburu ikan. Menggigil2 tangan mereka, bergetar2 joran mereka untuk bersama menerjah kolam ini. Akhirnya tercapailah kata sepakat dimana pada 2 hb Jun nanti Geng Pemburu Ikan akan menyerang kolam tersebut.

 Pacu pertamaku.

 Puteriku, pewaris geng pemburu ikan.

 Tag yang diberikan kepada pemancing.

 Kolam bersebelahan ladang kelapa sawit.

 Kolam boleh nampak dari Jalan Meru Tambahan. 


 Port terbaik, kat 'astaka'.

 Nasib baik ada jongkong, aku tak bawa pancang.

 Hasil trip kali ini, 12 ekor pacu.

Hasil bedah siasat ke atas pacu kolam tersebut. 

Menurut sember di internet:
Ikan Pacu atau Tambaqui ataupun dikenali dalam bahasa orang-orang sains perikanan sebagai Colossoma Marcopomum adalah ikan yang sering menghuni tasik dan sungai-sungai air tawar ditempat yang beriklim khatulistiwa tropika di seluruh dunia.  Ikan ini merupakan saudara jauh kepada ikan Piranha di Amazon, sungguhpun tidak ramai yang dapat membezakan antara Ikan Pacu dan Piranha. 

Friday 24 May 2013

Hasil Chiku 6

Cuti sekolah telah tiba, masa yang sesuai untuk menerjah port baru. Hari ini Geng Pemburu Ikan, Awal, Adam ngan Adiksu telah menerjah Sg Chiku 6. Berbekalkan umpan cacing tanah, cengkerik dan anak ikan. Trip bermula pukul 4.00 ptg hingga 5.15 ptg. Hasilnya Adam telah berjaya mendaratkan anak ikan baung dan Adiksu pula berjaya merasai tentangan anak si sebarau. Walau bagaimanapun trip ini tidak berjaya menjerat spesis bagak Sg Chiku 6.

Pada mulanya mereka merancang untuk memasuki kawasan Chiku 7 tetapi keadaan jalan tidak mengizinkan kereta Saga  melaluinya, jalannya teruk. Jadi Chiku 6 adalah gantinya.

Daripada trip ini, didapati umpan cacing lebih mendapat sambutan. Disamping itu, joran Awal patah kerana tali tersangkut pada balak. Ini semua tidak mematahkan semangat Geng Pemburu Ikan untuk menerjah mencari port baru.

Hasil tangkapan kali ini telah dibawa balik untuk dilepaskan di dalam kolam kami. Di harap ikan ini dapat membesar dengan sihat dalam kolam tersebut.


Anak baung dan anak sebarau yang sudi menjamah umapan cacing pada trip kali ini.

Port yang Kumpau

Bukan salah port, ilmu belum cukup di dada. Tetapi ini semua tidak akan mematahkan semangat seorang pemancing tegar. Dimana ada air pasti ada ikan. Betul ker?

Memancing boleh melatih kita bersabar dan menerima ketentuan takdir. Memang bukan rezeki. Yang pasti akan ada kunjungan yang akan datang di port tersebut.

 Parit dekat Lampu Isyarat berhampiran Econsave Puncak Alam.


 Port hadapan Puncak Bestari.

 Dekat Exit Bukit Jelutung Lebuhraya Guthrie


Tepi Jalan Batu Arang berdekatan Simpang Kem Bina Negara Meru 



Hadapan Petronas pintu masuk Uitm Puncak Alam.

Lain padang, lain belalangnya. Begitulah juga dengan ikan. Lain spesis, lain port maka lainlah umpannya. Sama2lah kita bereksperimen untuk menawan si ikan.

Komplot yang kumpau

Pada 21 Mei yang lepas, kami bertiga telah menerjah satu lombong berdekatan Kg Muhibbah, berhampiran Exit Awang Besar Lebuhraya Kesas. Kami sampai di situ pada pukul 4 ptg. Berbekal 2 joran, umpan cacing dan cengkerik. Kami ingin menduga penghuni dasar lombong tersebut.

Keadaan angin yang kuat menyukarkan kami melontar matakail jauh ke tengah lombong. Walau bagaimanapun ini semua tidak dapat melunturkan semangat pemancing tegar seperti kami. Melalui tinjau kami, lombong ini dihuni oleh ikan tilapia dan ikan bandaran. Banyak bangkai ikan-ikan tersebut di merata daratan lombong, ini mungkin dibuang oleh pemancing yang mensasarkan spesis yang lebih lumayan.

Hampir 2 jam kami menunggu sentapan penghuni dasar, hanya getuan2 kecil sahaja yang kami terima. Inilah komplot pertama kami dan ianya KUMPAU. Walau bagaimanapun ini tidak akan menghalang dari kami merangcang komplot seterusnya. Ibarat kata pepatah, "perjalanan yang jauh bermula dengan langkah yang pertama".

Terdapat ramai juga kami pancing yang mencuba nasib di sini. Sebelum pulang, sempat kami bertanya
kepada seorang kaki pancing. "Bang guna umpan apa?". Lalu dijawabnya "Roti" sambil berseloroh, "Apa barang mancing tepi parit, layan Patin kat 'laut dalam' lah". Malu kami dibuatnya, lalu kami terus berkemas dan berangkat pulang. Sepanjang perjalanan pulang kami terngiang2 jawapan tadi."ikan Patin". Lalu kami bertekad akan  kembali lagi ke lombong ini suatu masa nanti.

 Shahrul sabar menanti tarikan ikan yang tidak kunjung tiba.

Tarmizi, ahli terbaru geng pemburu ikan, hampir nak terjun ke dalam lombong akibat geram dengan gelagat ikan yang bermain di permukaan air tetapi tidak mahu merembat umpan.

Sunday 19 May 2013

Ikan Tilan

Ikan tilan, kelihatan seperti belut tetapi kepalanya berbeza.

Trip kali ini disertai oleh Awal ngan Adik Su. Lokasi adalah jalan baru Gua Muasang-Tasik Kenyir berdekatan Felda Perasu, lokasinya adalah jambatan pertama jalan tersebut. Trip bermula pukul 5 ptg hingga 7 ptg berumpankan cacing. Hasilnya adalah seekor ikan linang dan seekor ikan lampan. Walaupun hasil tidak seberapa tetapi trip ini membuktikan banyak lagi lubuk yang boleh diterjah sepanjang jalan tersebut.

 Inilah rupanya, Ikan tilan.

Anak Ikan Lampan yang telah dilepaskan dalam kolam depan rumah kami. 

Lebih baik pancing ikan daripada pancing orang.Renung2kan.