Monday 24 September 2018

Outing Bersama Geng Taman

Outing dengan Geng Taman.

Pada 16 September yang lalu, aku berkesempatan berkomplot dengan Geng Tamanku,cuti saempena Hari Malaysia, kami penuhi dengan merancang komplot di Kolam RM3, Jalan Air Tawar, Jugra.

Geng Tamanku ini selalu juga berkomplot, mereka selalu pergi mencadat sotong. Kali ini mereka cuba terjah kolam pula. Memang rezekiku kali ini dapat menyertai mereka.

Bertolak jam 9.00 pagi dari Puncak Alam dan kami tiba di kolam tersebut kira-kira pukul 11.00 pagi. Terus kami ke kaunter pendaftaran untuk urusan daftar, membeli umpan udang dan ikan kembong serta perambut. Pendek kata jika kita nak walk-in pun ok kat kolam ni, umpan, perambut semua ada, malahan joran pun boleh disewa, hanya perlu berurusan dengan staf kolam sahaja.

Setelah semuanya selesai kami terus bergegas ke kolam ikan bawal terlebih dahulu. Dengan berumpankan udang hidup, kami cuba untuk menjerat si bawal. Aku lebih suka teknik casting dengan sp zman. Hanya Abang Alias sahaja yang terus ke kolam kerapu. Setelah hampir setengah jam, umpan dilabuh tanpa diusik penghuni kolam, kami mula gelisah.

Di kolam Jenahak, kelihatan seorang budak sangat meriah mendaratkan Si ‘Bantal  Emas” berhampiran batang PVC, aku cuba mengilat sp zman di kawasan tersebut tetapi hampa. Akhirnya aku bertukar ke umpan udang hidup, hanya beberapa kali baling dan tarik, si jenahak dengan rakus membaham umpanku. Tetepi saying, rabut kerana mata kail yang aku gunakan kecil tidak sesuai dengan jenahak.

Seterusnya aku cuba pula dengan mata kail yang lebih besar, dan juga rabut kerana perambut yang aku gunakan kecil pula. Nasib baik rabut,jika tidak koyak poketku membayarnya, Jenahak RM 35 per kg…hehehe..

Aku mencadangkan kepada Cikgu Shahid, Cikgu Kamal dan Abg Mie supaya mencuba nasib di kolam Jenahak, kerana si bawal sombong pada kali ini. Ketika itu, Abg Alias telahpun berjaya mendarat Si Kerapu.

Setelah mereka berpindah ke kolam Jenahak, akhirnya mereka berjaya mendaratkan ikan Jenahak masing-masing. Tinggal aku sahaja yang belum berjaya mendartakan ikan walaupun telah 2 kali strike.

Dalam keadaan hujan renyai-renyai, aku tetap tabah mengilat si jenahak di kawasan tadi. Tiba-tiba aku rasa tali pancingku seperti tersangkut di dasar. Anak Abang Alias menyuruhku mengendurkan tali dan cuba karau kembali dengan harapan tali pancing itu terlepas. Tanpa kami sangka, rupanya ada Si Jenahak yang terstrike di pancingku.”Tak feel lah bang, tarik ikan cam tu”perli anak Abang Alias...

Selepas berjaya mendaratkan si jenahak, aku kembali mencuba mengilat dengan sp, semua kolam aku try, kerapu, jenahak,bawal,kaci, siakap malah tilapia pun aku cuba tetapi hampa.

Akhirnya kami berhenti memancing setelah hujan turun dengan lebatnya, kira-kira pukul 2.30 petang. Di kaunter pendaftaran, khidmat menyiang ikan disediakan, setelah ikan ditimbang dan dibayar,kami serempak dengan seorang kaki pancing yang baru balik dari laut kerana dipukul ribut. Dia memberitahu hanya sempat mendaratkan seekor jenahak sahaja dan telah bercadang untuk meneruskan pancingan di kolam ini.

Kemudahan yang disediakan.

  1. Surau
  2. Tandas
  3. Pondok
  4. Umpan
  5. Perambut
  6. Burger dan makanan ringan (penghantaran disediakan)
  7. Khidmat menyiang ikan
  8. Joran untuk disewa

Harga Ikan per kg

  1. Jenahak RM 35
  2. Kerapu RM 45
  3. Bawal Emas RM 30
  4. Siakap RM 17
  5. Kaci RM 28
  6. Tilapia RM13 (tak pasti per kg)

Kolam RM3 Jugra ini dijamin strike, Cuma perlu sediakan duit yang secukupnya sahaja... ibarata ukurlah baju di badan sendiri...hehe.. Sediakan juga kelengkapan yang perlu seperti playar, sarung tangan, karung ataupun gari ikan jika tak mahu berputih mata ataupun ditimpa kecederaan.

Jom komplot, kumpau itu pasti, strike itu bonus...pancing mesti terus, pantang berundur kecuali bini call..















Gambar sebagai kenangan...