Thursday 8 December 2016

Terjah Tasik Biru

Cuti sekolah Kali INI,aku bersama puteri Dan puteraku berkesempatan terjah Tasik Biru, Kundang.
Tasik Biru dikhabarkan mempunyai PB yang galak pada belah paginya.
Aku bertolak 11.30 pg dari Puncak Alam Dan tiba lebih kurang 12.00 thr. Berbekalkan dedak,sawit peram Dan udang yang ditangguk di tasik depan rumahku, untuk menjerat penghuni dasar tasik.
3 joran dengan umpan yang berbeza aku labuhkan.Puteri Dan puteraku sungguh seronok kerana di tasik INI terdapat taman permainan.
Disamping ITU terdapat pondok,tapak pakir Dan gerai jualan di kawasan tasik sangat sesuai untuk kaki pancing membawa keluarga untuk memancing sambil beriadah. Tiada bayaran yang dikenakan.
Pada hari ITU terdapat juga kaki pancing yang membawa anak bersama.Dia memilih port dihujung taman permainan manakala aku dihadapan pondok.Ada juga Apek yang mengilat untuk menjerat PB.
Setelah ketiga-tiga joranku dilabuhkan.Akhirnya joran yang berumpan anak udang berjaya menjerat spesis Diamond.
Pada mulanya aku berhajat untuk memeliharanya tetapi sayang ianya mati semasa dalam karung.Nampaknya jadi lauklah ia.
Aku memancing hingga pukul 3 ptg,hanya umpan udang sahaja yang disentuh,itupun hanya seekor yang berjaya didaratkan.
Lain Kali aku akan datang lagi dengan bekalan andak udang yang banyak.Udang juga boleh ditangguk di tasik INI.
Aku sempat menjeling ke arah kaki pancing di hujung taman permainan tadi.Dia juga berjaya mendaratkan di Diamond dengan udang yang ditangguknya.
Tasik Biru, mung tunggu aku datang....








Tuesday 6 December 2016

Tauk

Menahan tauk adalah teknik pancingan tradisional yang memerlukan peralatan yang ringkas sahaja.
Sebatang buluh atau kayu diikat dengan tangsi yang dihujungnya diikat rapi Mata kail.Pangjang tangsi lebih kurang sedepa Dan panjang buluh juga lebih kurang sedepa.
Umpan yang selalu digunakan ialah cacing,anak ikan,katak ataupun apa saja yang difikir mampu menjerat ikan.
Target ikan selalunya haruan ataupun keli.
Tauk akan dipacak di tempat yang sesuai dan akan ditinggalkan dalam tempoh tertentu.
Kali ini adikku Adam Dan Udin bersama gengnya Cuba menahan tauk diport kegemaran mereka,Gertok ke 3 Jalan Ganu.
Berumpankan anak ikan mereka menyasarkan si kepala ular,Haruan.Dikala menunggu tauk menjerat mangsa,mereka bersenam tangan dengan teknik casting.
Hasil trip kali ini agak memuaskan, 7 haruan didaratkan dengan teknik tauk Dan casting.
 Persiapan tauk dibuat malam sebelum trip.
 Hasil casting sambil menunggu tauk.
 Tauk yang berhasil.
 Inilah rezeki pada trip Kali ini.
 Udin dengan tauknya yang berjaya menjerat si ruan

Adam,muka Ada senyum bila tauknya juga berhasil.

Tauk selalunya ditahan pada musim tengkujuh iaitu selepas hari turunnya hujan. Walau bagaimanapun pada musim kemarau juga boleh mencuba tauk.