Tuesday 25 June 2019

Memburu patin Sg. Dengkil

Pada 14 Jun yang lalu,aku berkesempatan berkomplot dengan kawan-kawanku,cikgu dari La Salle PJ,katanya sempena meraikan perpindahanku ke sekolah baru. Sebelum ini mereke kerap kali juga ke sini Dan berjaya mendaratkan beberapa ekor ikan patin dengan menggunakan umpan roti tanpa perisa.
Kali ini kami bertolak dari PJ dalam pukul 3 ptg Dan sampai di port in kira-kira jam 4.30 ptg.Port ini senang until di Cari,berhampiran Pasar Dengkil,Ada signboard ke kuil,masuk terus,nanti akan jumpa ramai kaki pancing yang menebing di sepanjang sungai itu.
Berumpankan roti gardenia,kami Cuba untuk mendaratkan patin. Kiri Dan kanan port kami, meriah dengan hasil tangkapan,cuma kami sahaja belum berjaya.Cuma menerima sentapan penghuni dasar tetapi rabut,Tak berjaya didaratkan.
Aku Cuba menambah perisa pandan pada umpan roti, Dan dilabuhkan ke dasar. Tiba-tiba joranku bergerak tanda umpan Mula diusik penghuni dasar, aku biarkan seketika sehingga tarikannya Makin kuat,aku terus mengarau Tali kail,bebunga hati kami mengharapkan Cik patin. Muhaimin terpaksa turun untuk membantuku mendaratkan ikan tersebut.Setelah berjaya didaratkan,rupanya si bandaran yang memakan umpan,kecewa kami.Ikan bandaran itu kami Lepaskan kembali.
Aku, Fikri Dan Muhaimin terus menunggu joran kami ditarik penghuni dasar, nampaknya ikan tidak aktif pads Kali ini kerana sebelum ini Hari hujan beberapa Hari berturut-turut. Kami pulang setelah jam hampir pukul 5.
Trip yang singkat ini telah membuka lembaran baru untuk kami terus memburu patin Sg. Dengkil.Berdasarkan maklumat dari FB, Kumpulan Pancing FB, mereka menggunakan umpan roti canai separuh masak untuk menjerat cik patin di situ...Roti Canai??boleh Cuba Ni jika berkesempatan...












Wednesday 19 June 2019

Port tepi tol

Dulu pernah heboh pasal toman tol Batu Tiga, Shah Alam. Siapa sangka tepi laluan moto ada port yang dihuni oleh spesis dambaan kaki pancing.
Saya juga mempunyai port yang baik untuk melepaskan gian tarikan si penghuni dasar. Memang jalan ini adalah laluan pergi balik ke tempat kerja sehinggalah pada suatu hari saya terlihat seorang pakcik menjala di situ. Naluri seorang kaki pancing pasti membuak-buak untuk mengetahui apakah hasil tebaran jala itu. Saya memberhentikan moto dan menyapa pakcik tersebut. Dia rupanya dari Jalan Hj Kasban, Meru sanggup ke Tol Shah Alam berdekatan Bukit Jelutung untuk menjala, pasti ada yang menarik di port itu. Kagum saya selepas melihat beberapa ekor sepat siam sebesar tapak tangan orang dewasa dan beberapa ekor tilapia yang agak besar juga.
Bermula dari situ, saya memasang plan untuk mengorek hasil dasar port itu. Kali pertama saya ke situ ialah pada bulan puasa yang lalu, berbekalkan jala yang adik saya beli secara atas talian, saya cuba menebar di port itu. Walaupun kurang mahir, saya berjaya juga mendapatkan beberapa ekor tilapia dan sepat yang kecil.
Selepas itu saya mengubah taktikal, setelah melihat tinggalan kaki pancing yang sebelum ini, nampaknya mereka menggunakan pancingan jaring. Setelah segala persiapan dibuat, saya sekali lagi ke port ini, memang berjaya dengan pancingan jaring ini, dedak yang dikepal di spring berjaya menarik sepat siam untuk menghampirinya lantas menjeratnya. Sepat tersebuat ada yang saya pelihara dalam aquarium dan ada juga untuk dibuat pekasam.
Saya juga berjaya mendaratkan seekor tilapia disini dengan teknik casting, ikannya memanag jinak, walaupun sp menghentam badannya, ia tetap di disarangnya sehinggalah ia hilang sabar setelah banyak kali saya casting. Tilapia 400g ini adalah trofi tilapia liar pertama saya. Sebelum ini saya dan mencuba casting tilapia di kolam milik ayah saya di kampung ketika pulang berhari raya.
Kesimpulannya jangan disangka di tepi tol tiada ikan, cuba dulu baru tahu.Bak kata pepatah, "di mana ada air, pasti ada ikan"....hehehe...














Tilapia Alam Suria

Tilapia merupakan spesis pendatang yang telah menguasai perairan kita termasuklah di kawasan Puncak Alam, Kuala Selangor. Puncak Alam memiliki banyak kawasan lopak-lopak air yang sentiasa menjadi port terjah kaki pancing.

Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman memancing tilapia di kawasan Alam Suria, Puncak Alam. Sebelum ini saya menggunakan umpan cacing yang dibeli untuk menjerat tilapia tetapi kurang memberangsangkan. Pernah juga mencuba dengan bancuhan dedak tetapi tetap mengecewakan.

Sehinggalah saya berkesempatan mengorek rahsia dari seorang otai yang selalu kelihatan memancing di kawasan ini. Mujurla dia tidak lokek ilmu, menurutnya, tilapia di kawasan ini galak merembat umpan udang. Udang tersebut hendaklah ditangguk di tasik tersebut.

Dengan menggunakan batu ladung hidup untuk membolehkan balingan jauh ke tengah disamping untuk umpan udang bebas bergerak seperti semulajadi. Ternyata teknik tersebut berjaya menjerat tilapia. Kadang-kadang ikan keli dan ketutu juga terpedaya dengan umpan udang tersebut. 

Hampir setiap petang saya akan memancing tilapia ini kerana tasik ini berada di depan rumah saya sahaja. Hasil pancingan ini saya jadikan ikan pekasam untuk juadah sendiri dan dijual kepada rakan-rakan di tempat kerja.


Ramai juga kaki pancing yang memancing di kawasan tasik ini. Ada juga yang membawa keluarga. Tasik ini sebenarnya kawasan tadahan hujan yang berfungsi untuk mengelakan banjir. Walau bagaimanapun kadang-kadang kelihatan ada orang yang menjala dan menjaring ikan di tasik ini. Memang rezeki masing-masing, tetapi diharap mereka tidak tamak dengan mengaut keluar hasil tasik ini dengan rakus. Tinggalkan sedikit untuk kami,kaki pancing Puncak Alam untuk melepaskan gian merasa tarikan penghuni dasar tasik ini.
 Tasik Alam Suria, salah satu kawasan tadahan hujan bagi mengelakan banjir di kawasan Puncak Alam.


 3 batang joran digunakan dengan straw sebagai penggera apabila umpan diusik tilapia.




2 ekor anak udang dicangkuk di mata kail untuk menarik selera tilapia. 

Tilapia sebesar tapak tangan sesuai untuk dijadikan hidangan. 

Selain tilapia hitam, terdapat juga spesis tilapia belang (mayan cichlid)

Antara hasil dalam masa beberapa jam, jika tilapia galak memakan umpan. 

 Tepung gandum digunakan untuk menghilangkan hanyir ikan tilapia

 Tilapia yang telah siap disiang, dibasuh sebelum dilumurkan beras kisar dan garam untuk dijadikan ikan pekasam.

 Pekasam tilapia memang sedap dimakan ketika masih panas bersama nasi panas, bertambah nasi nanti dibuatnya.

 Ikan trofi Tasik Alam Suria, Puncak Alam. PB juga telah mula mendiami tasik ini untuk merancakan arena pancingan Puncak Alam.