Sunday 20 December 2020

Mancing atau Menjala?

 Mancing atau menjala mempunyai kepuasannya yang tersendiri. Mancing ataupun menjala memerlukan tekniknya yang tersendiri.Selalunya orang yang menjala juga merupakan kaki pancing pada mulanya.

Jala lebih teknikal berbanding memancing. Rasanya tak semua kaki pancing mampu menebar jala. Saya pun tak mampu menebar jala tradisonal hanya mampu menebar jala moden buatan China.

Jala lebih memenatkan berbanding memancing. Jala 4 kaki pun dah rasa mengahnya. Banyangkan jala 14 kaki, 2-3 kali tebar pasti rasa nak tercabut bahu. Walau bagaimanapun jala mampu memberikan hasil yang banyak dalam jangka masa yang pendek berbanding memancing jika setiap tebarannya membuka dengan bulat yang penuh. 

Jika dulu tiap - tiap kali balik kampung, BNO mahupun Chiku 2, pasti saya membawa joran bersama,tak kira spinning mahupun casting. Namun kini setiap kali ada peluang balik kampung, pasti jala setia menemani. Tambahan lagi kini saya memiliki 2 jala buatan China ini, saiz 4 kaki dan 14 kaki.

Sebenarnya teknik menebar jala boleh dipelajari dari youtube, taip saja cara mudah tebar jala ataupun casting net, pasti banyak youtuber yang berkongsi tips untuk menebar jala.

Jala atau mancing,bukan persoalan utama sebenarnya tetapi saling menghormati di antara pemancing dengan penjala itu lebih utama. Janganlah kita tebar jala berdekatan dengan kaki pancing, lagi parah jika kaki pancing sedang kumpau. Begitu juga kaki pancing, janganlah memandang sinis kepada penjala, bukan setiap kali tebaran membuahkan hasil. Apa salahnya jika kita bertoleransi, rezeki Allah kita kongsi bersama. Tujuannya sama, untuk mendapatkan ikan, cuma caranya sahaja yang berbeza.

Jadilah pemancing dan penjala yang beretika. Ikan yang kecil dilepaskan kembali, jangan semua nak tapau, bila ikan dah makin kurang, merungut pula. 

                                                       Dulu memancing, kini menjala.

                                          Barisan senjata yang akan banyak berehat lepas ini.


                          Jala moden, boleh didapati di TCE (bukan jenis yang saya gunakan).

                  Perbuatan tidak beretika, ikan kecil dibiarkan mati begitu sahaja, kejamnya manusia...

                                      Antara hasil menjala di Tasik Alam Suria, Puncak Alam. 

                                     Jala pernah koyak, tersangkut body motor...huhuhu.

                                           Sekali sekala gian gak nak mancing....hehehe

                                                            Sekali tebar, 3 ekor, jadilah...

Bandaraya juga tersangkut dijala,leceh la, ambil masa nak lepaskannya...Betul ker bandaraya ni perosak ekosistem???


                                           Jala 4 kaki, senang nak tebar dekat parit - parit kecil...

Yang besar kita ambil, yang kecil kita lepas balik, biar membesar dulu, nanti kita jala balik....hehe...



Thursday 17 December 2020

Mana nak cari cacing?







 Mana nak cari cacing? Itu mungkin persoalan yang sering bermain di fikiran kaki pancing di kota batu ni.Di kawasan kampung, memang senang untuk mencari cacing,gali sahaja di mana-mana spot yang berpontesi,pasti ada cacing. 

Bagi pemancing kota raya,cacing selalunya dibeli dikedai pancing kerana susah untuk mencari cacing di tanah taman perumahan, mungkin kerana tanahnya keras untuk dicangkul.

Sebenarnya ada cara yang mudah untuk mendapatkan cacing,cari sahaja di kawasan perangkap sampah di longkang-longkang. Cuba geledah timbunan sampah yang terperangkap,tentu tersembunyi koloni cacing,walaupun tidak berapa besar,tetapi cukup untuk dicangkup di mata kail bersaiz kecil. Belum cuba,belum tahu...