Monday 14 January 2013

Ikan Ubi

Pulang dari sekolah, aku terlihat ada orang memancing di tasik depan rumahku, ini membuatkan aku teruja untuk memancing juga.  Setelah sembahyang asar, aku membawa set pancingku menuju ke tasik tersebut. Berumpankan cacing yang dibeli dari kedai ikan hiasan, aku menunggu sambaran dari penghuni tasik tersebut. Hampir setengah jam aku menunggu, akhirnya aku terdengar kocakkan air yang kuat dan diikuti dengan lenturan hujung joranku. Aku bergegas mendapatkan joran untuk menghalang ikan tersebut dari memasuki kawasan rumput Mensiang. Hampir 2 minit aku bertarung dengan ikan tersebut, akhinya debaran jantungku reda setelah aku berjaya mendaratkan ikan tersebut, si ikan ubi.

Inilah ikan ubi yang sudi melayanku. Akhirnya dilepaskan kembali kerana menurut isteriku, ikan ubi tawar isinya.



Inilah tempat aku melepaskan gian memancing, tasik di depan rumahku.

Belut

Adam Uda, geng Pemburu Ikan telah menghantar gambar belut yang berjaya dipancingnya. Menurutnya belut tersebut dipancing di kolam depan rumah kami di FELDA CHIKU 2, Gua Musang. Berumpankan anak seluang, belut tersebut berjaya ditewaskan setelah 2 kali berjaya melepaskan diri. Kali pertama patah mata kail, kali kedua putus tali. Dengan berkat kesabaran Uda, akhinya berjaya juga menewaskan belut yang hampir 2 kaki. Belut tersebut akan dipelihara sehingga kami sekeluarga pulang ke Chiku kerana puteri kami yang mengidap asma akan makan sup belut tersebut untuk menyembuhkan asmanya.

Agak2 berapa kaki panjang belut ni?

Akhirnya belut ini telah selamat dibuat sup dan digoreng.

Adam Uda memang mahir mencari lubang belut. Sekali lagi dia berjaya mendaratkan belut dengan menggunakan umpan anak seluang. Port belut ini adalah di kolan hadapan rumah kami. 

 Belut yang kedua dari kolam depan rumah.

 Kolam depan rumah tempat kami adik beradik menyuburkan hobi hanyir ini. Sekarang hampir kering kerana kemarau.

 Uda berkain pelikat, masih mampu menundukkan belut.

Belut yang dulu, sebelum disiang oleh Uda sendiri.

Siakap

Alang Awal, geng Pemburu Ikan bersama kawan2 telah menduga kolam siakap di Kg Air Tawar, Banting Selangor. Bertolak dari Shah Alam pada pukul 6 dan sampai pada pukul 7.30 di kolam tersebut. Berumpankan udang mati dari kedai Acheh, mereka ingin menduga penghuni kolam tersebut.

Menurut Alang, perambut 40lb putus dikerjakan dek siakap kolam tersebut. Ini telah menyebabkan mereka bertiga bertekad akan menjinakkan siakap walau bagaimana sekalipun. Tarikan demi tarikan dari siakap, penghuni kolam membuatkan mereka tidak menang tangan melayan sambaran ganas si siakap. Rezeki mereka memang murah pada kali ini kerana mereka bertiga berjaya mendaratkan 13 ekor siakap, setelah sesi berakhir pada 11.25 malam. Dengan caj RM15 per kg, mereka membawa pulang kesemua ikan tersebut untuk dijadikan juadah makan mereka.

Dengan bayaran RM3 untuk setiap sesi pancingan, ternyata berbaloi kerana mereka boleh membawa balik ikan dengan cas RM15 per kg. KOLAM RM3 KG AIR TAWAR, KOLAM PANCING SAIKAP BEBAS TEKANAN dengan konsep Tangkap dan Timbang, memang sesuai untuk kaki pancing. Pulang dengan hasil, pasti isteri di rumah tersenyum kerana siakap tersebut boleh dijadikan hidangan untuk keluarga.

Alang dan geng ceria bersama siakap yang berjaya ditewaskan. 

Menurut Alang, trip seterusnya akan mencul tidak lama lagi dengan disertai oleh ahli keluarga PEMBURU IKAN. 

Monday 7 January 2013

Hasil BNO

BNO, Bagan Nahkoda Omar, Sabak Bernam adalah kampung isteriku. Tiap -tiap bulan kami akan balik ke kampung. Selalunya akulah yang tak sabar2 nak balik kampung (terbalik lak,ini kampung isteri) kerana tak sabar2 nak merasa getuan penghuni dasar BNO.

Inilah hasil BNO

Ikan Lundu yang suka mencuri umpan. Bolehlah layan dari tak ada sambutan.


Talapia, haruan dan ikan bulan yang pernah berjaya aku daratkan.


Berbunga hatiku apabila hasil pancinganku dibuat ikan kering oleh isteri tercinta.

BNO memang terkenal dengan parit, pantai malah terdapat kelong yang mampu membuat kaki pancing pasti akan datang lagi ke sini.

Thursday 3 January 2013

Hasil Puncak Alam

Puncak Alam, Kuala Selangor merupakan kawasan yang mempunyai banyak tasik,paya dan parit. Penghuni dasarnya masih belum diterokai sepenuhnya lagi. Walau bagaimanapun projek pembangunan yang giat diusahakan dikhuatiri akan menjejaskan khazanah alam ini. Lantaran itu akan memusnahkan port2 MEMANCING.


Ikan haruan yang berjaya didaratkan menggunakan cacing (atas) dan gewang (bawah).


Ikan keli yang sudi menjamah umpan cacing yang akhirnya menjadi santapan kami sekeluarga.




 Ini ikan belida atau ikan selat?Aku pun tak pasti tetapi tulang memang berselirat.


 Talapia yang agak jernih berbanding yang terdapat di Bagan Nahkoda Omar.

Si kecil,ubi pun sudi menjamah umpan. Dilepaskan kembali supaya dapat bertarung lagi bila besar nanti.


Inilah hasil dari ahli Pemburu Ikan. Trip seterusnya akan muncul setelah semua Pemburu Ikan berkumpul kembali.

Ternyata Puncak Alam boleh menjadi tempat untuk anda melepaskan gian MEMANCING. Sudah menjadi rutinku setiap pulang dari kerja pasti joran akanku bawa ke kawasan lopak air Puncak Alam. Peliharalah khazanah Puncak Alam ini.

Tuesday 1 January 2013

1 Jan 2013

Hari ini,saya,isteri dan puteri saya telah bangun pagi kerana kami akan ke Taman Botani Negara, Shah Alam (dulu dikenali sebagai Taman Pertanian Bukit Cerakah). Kami telah membuat persiapan malam sebelumnya dengan men'search' google map jalan ke sana.Berpandukan peta google kami dari Puncak Alam lebih dekat melalui Bukit Jelutung untuk ke destinasi tersebut. Redah punca redah, last2 kami keluar dekat Lebuh Raya Guthrie.Tak jumpa pun destinasi tersebut (sesat sudah). Nasib baik isteriku expert jalan Shah Alam,kami meneruskan perjalanan melalui Gaint Shah Alam. Alhamdulillah sampai juga kami di taman tersebut. Orang ramai telah pun mula membanjiri taman tersebut, yang beratur untuk menaiki bas pun dah panjang. Jadi kami mengambil keputusan untuk menyewa basikal, kami terpaksa menyewa basikal yang mempunyai bakul untuk baby tetapi basikal tersebut terhad. Kami pun berjalan kaki menyusuri jalan taman tersebut untuk ke satu destinasi yang kami ingin tuju iaitu Empangan Sg Air Kuning. Walaubagaimanapun setelah penat kami menapak tetapi gagal juga kami menjejaki empangan tersebut yang merupakan tempat yang sesuai untuk kaki pancing meluangkan masa bersama keluarga sambil melayan hobi MEMANCING. Aku gagal pada kali ini tetapi aku bertekad akan menduga penghuni empangan tersebut pada masa akan datang.

Selamat Tahun Baru 2013

Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Kehadiran blog ini adalah untuk saya membuat catatan berkaitan hobi saya iaitu MEMANCING. Hobi ini bermula dari saya masih kecil lagi kerana tempat tinggal saya, Felda Chiku banyak sungai dan parit. Hobi ini terus subur setelah saya berkahwin dengan isteri yang berasal dari Bagan Nakhoda Omar yang memang terkenal sebagai port memancing. Hobi ini terus meluap2 setelah saya berpindah ke Puncak Alam yang terkenal dengan tasik2nya. Diharap blog ini dapat menjadi wadah perkongsian ilmu memancing dengan otai2 di luar sana.