Wednesday 24 July 2013

Cikgu berkomplot

Bulan puasa bukan penghalang dari kaki pancing untuk memancing. Isnin, 22 Julai yang lepas aku bersama Shahrul telah menerjah tasik di Puchong Prima, berhampiran D'Island. Waktu persekolahan habis pukul 12.30 tgh hari untuk bulan puasa.

Kemudian aku telah ke Taman Medan, untuk mencari cacing untuk dijadikan umpan. Tetapi cacing sudah kehabisan stok. Aku hanya beli dedak, cengkerik dan anak ikan kap untuk dijadikan umpan.

Setelah selesai solat zohor di rumah Shahrul di Kinrara, kami bertolak ke lokasi. Panas terik menyambut kami. Tetapi ini semua tidak mematahkan semangat kami. Mula2 kami melabuhkan jorang dengan umpan cengkerik, tetapi tiada sambutan dari penghuni dasar. Aku mencuba dengan anak ikan kap pula, dengan harapan mendapat sambaran dari toman, tak pun si haruan, tetapi masih hampa.

Akhir sekali aku membancuh dedak untuk dijadikan umpan. Bancuhan dedak bersama roti Gardenia dikepal di spring di hujung jaring dan dilabuhkan. Setelah menunggu hampir 10 minit, aku cuba mengarau tali joranku. Tiada tentangan, tetapi ada seekor ikan tilapia merah tersangkut di dalam jaringku.
Melihat aku berjaya mendaratkan ikan, Shahrul telah meminjam joranku. Setelah dedak dikepal, joran dilabuhkan. Akhirnya Shahrul juga berjaya mendaratkan seekor tilapia hitam.

Dari komplot kali ini, dapat aku simpulkan untuk memancing tilapia lebih senang menggunakan jaring dan dedak dikepal di springnya. Bersebelahan dengan kami, ada kaki pancing bersama anaknya berjaya mendaratkan ikan tilapia merah dan hitam bersaiz kertas A4, yang paling besar pernah aku saksikan. Aku sempat mengorek rahsia dari abang tersebut. Dia mengepal tanah bersama cacing untuk menjerat tilapia bersaiz kasar tersebut.

Kami pasti akan kembali ke tasik ini untuk mendaratkan tilapia merah mahupun hitam yang bersaiz A4 paper.

 Tilapia hitam yang berjaya Shahrul daratkan. 

 Inilah hasil kami, walaupun kurang cemerlang, komplot ini membuka lembaran baru dalam memancing ikan tilapia. 

 Susah juga nak keluarkan ikan ini. Hampir terlepas ke dalam tasik dibuatnya. 

Semasa lawatan tapak, bersama Tarmizi. Dia tidak dapat menyertai komplot kali ini. 

Monday 22 July 2013

Aku dapat no.2

Alhamdulillah, hasil nukilanku akhirnya diterbitkan dalam Majalah Umpan keluaran Julai - Ogos 2013. Terima kasih diucapkan kepada En Hasrizal, editor Majalah Umpan kerana sudi menerbitkan karya tersebut untuk ruangan Cecerita.
Kejayaan ini akan membakar minatku untuk terus memancing dan bekarya. Aktiviti memancing sebenarnya boleh menjadi sumber pendapatan sampingan. Aktiviti memancing boleh disertai oleh jurufoto untuk merakam detik2 aksi kaki pancing. Gambar tersebut boleh dihantar ke majalah untuk diterbitkan. Coretan tentang aktiviti memancing juga boleh dihantar ke majalah.
Oleh itu kaki pancing kena bergandingan dengan jurufoto dan penulis untuk menghasilkan karya yang hebat.
Kaki Pancing, Jurufoto dan Penulis..seiring sejalan...

 Inilah hadiah yang aku dapat, boleh mancing lagi.

 Cover Majalah Umpan Julai - Ogos 2013, yang ada karyaku.

Karyaku, Cikgu dengan jorannya.

Bersama En Hasrizal, editor majalah Umpan di Karangkraf.