Monday 4 April 2016

kolam pancing paloh 1

sebenarnya banyak kolam pancing berbayar sekitar daerah gua musang antaranya di ciku 2,perasu,lepan jaya,ciku 3, paloh 1 Dan tepi jalanraya dekat restoran bayu lenang (kalu tidak silap).
Adam bersama beberapa kawannya telah berkesempatanmenduga kolam pancing paloh 1.Dengan bayaran rm25 untuk 3 jam Dan maksima perambut Mata 2.
sebenarnya Adam telah berjaya mendaratkat keli seberat 3.9kg,tapi sayang tak sempat ambil gambar tuan kolam telah melepaskan kembali ikan itu .jadi pengajaran di sini, ajak kawan untuk timbang ikan supaya kita dapat mengabdikannya,mungkin ITU rekod terberat kita.
jika Ada kesempatan lagi,kami akan terjah semua kolam di daerah INI....ikan,mung tunggu kawe datang....
 pembakar semangat kami...he he

 dedak yang diguna dalam siri terjah Adam Tanpa guna perisa tambahan.


 big boss kami, menyempurnakan pelepasan si jelawat di kolam rumah kami.

 suasana kolam yang damai terapi Minda jika strike...jika tidak,boleh hang in...

kolam saujana utama

Kolam saujana utama Ada 2 kolam air tawar dengan bayaran deposit rm36 untuk 5 jam Dan rm 24 minimum 3 jam.Kolam 1 konsep tangkap Dan lepas,kolam 2 tangkap Dan bawa balik.
Aku telah berkesempatan untuk menguji kolam INI dengan berbekalkan umpan bro Dan umpan power.umpan bro dibeli melalui fb Dan umpan power Kat kedai FASA 2.
aku memancing pagi,sempat 3 jam sahaja kerana wajib hadir solat jumaat.
ikan di kolam 2 memang galak mencuit umpan Dan beberapa Kali terkena tetapi hanya 2 ekor berjaya Ku daratkan,sekor rabut di tepi tebing di depan Mata....huhuhu
 ikan galak bila kincir air beroperasi..

 si rohu yang terpaksa Ku sepak kerana terlucut di tepi tebing....

 pacu yang tak sangka strike kerana disangka telah terlepas...


signboard Kiri kanan jalan masuk ke kolam.Ada restoran yang beroperasi waktu petang.

pasti Ku terjah lagi,janji dapat lepas gian...pancing mesti terus!!!