Sunday 20 December 2020

Mancing atau Menjala?

 Mancing atau menjala mempunyai kepuasannya yang tersendiri. Mancing ataupun menjala memerlukan tekniknya yang tersendiri.Selalunya orang yang menjala juga merupakan kaki pancing pada mulanya.

Jala lebih teknikal berbanding memancing. Rasanya tak semua kaki pancing mampu menebar jala. Saya pun tak mampu menebar jala tradisonal hanya mampu menebar jala moden buatan China.

Jala lebih memenatkan berbanding memancing. Jala 4 kaki pun dah rasa mengahnya. Banyangkan jala 14 kaki, 2-3 kali tebar pasti rasa nak tercabut bahu. Walau bagaimanapun jala mampu memberikan hasil yang banyak dalam jangka masa yang pendek berbanding memancing jika setiap tebarannya membuka dengan bulat yang penuh. 

Jika dulu tiap - tiap kali balik kampung, BNO mahupun Chiku 2, pasti saya membawa joran bersama,tak kira spinning mahupun casting. Namun kini setiap kali ada peluang balik kampung, pasti jala setia menemani. Tambahan lagi kini saya memiliki 2 jala buatan China ini, saiz 4 kaki dan 14 kaki.

Sebenarnya teknik menebar jala boleh dipelajari dari youtube, taip saja cara mudah tebar jala ataupun casting net, pasti banyak youtuber yang berkongsi tips untuk menebar jala.

Jala atau mancing,bukan persoalan utama sebenarnya tetapi saling menghormati di antara pemancing dengan penjala itu lebih utama. Janganlah kita tebar jala berdekatan dengan kaki pancing, lagi parah jika kaki pancing sedang kumpau. Begitu juga kaki pancing, janganlah memandang sinis kepada penjala, bukan setiap kali tebaran membuahkan hasil. Apa salahnya jika kita bertoleransi, rezeki Allah kita kongsi bersama. Tujuannya sama, untuk mendapatkan ikan, cuma caranya sahaja yang berbeza.

Jadilah pemancing dan penjala yang beretika. Ikan yang kecil dilepaskan kembali, jangan semua nak tapau, bila ikan dah makin kurang, merungut pula. 

                                                       Dulu memancing, kini menjala.

                                          Barisan senjata yang akan banyak berehat lepas ini.


                          Jala moden, boleh didapati di TCE (bukan jenis yang saya gunakan).

                  Perbuatan tidak beretika, ikan kecil dibiarkan mati begitu sahaja, kejamnya manusia...

                                      Antara hasil menjala di Tasik Alam Suria, Puncak Alam. 

                                     Jala pernah koyak, tersangkut body motor...huhuhu.

                                           Sekali sekala gian gak nak mancing....hehehe

                                                            Sekali tebar, 3 ekor, jadilah...

Bandaraya juga tersangkut dijala,leceh la, ambil masa nak lepaskannya...Betul ker bandaraya ni perosak ekosistem???


                                           Jala 4 kaki, senang nak tebar dekat parit - parit kecil...

Yang besar kita ambil, yang kecil kita lepas balik, biar membesar dulu, nanti kita jala balik....hehe...



Thursday 17 December 2020

Mana nak cari cacing?







 Mana nak cari cacing? Itu mungkin persoalan yang sering bermain di fikiran kaki pancing di kota batu ni.Di kawasan kampung, memang senang untuk mencari cacing,gali sahaja di mana-mana spot yang berpontesi,pasti ada cacing. 

Bagi pemancing kota raya,cacing selalunya dibeli dikedai pancing kerana susah untuk mencari cacing di tanah taman perumahan, mungkin kerana tanahnya keras untuk dicangkul.

Sebenarnya ada cara yang mudah untuk mendapatkan cacing,cari sahaja di kawasan perangkap sampah di longkang-longkang. Cuba geledah timbunan sampah yang terperangkap,tentu tersembunyi koloni cacing,walaupun tidak berapa besar,tetapi cukup untuk dicangkup di mata kail bersaiz kecil. Belum cuba,belum tahu...

Thursday 8 October 2020

Kolam Pancing Afprow

 Kolam pancing ini terletak di Saujana Utama, Sg Buloh. Berdekatan dengan gerai buah FAMA. Disini ada kolam pancing air tawar dan air masin.

Saya berkesempatan mencuba nasib di kolam air masin.Di sini kebanyakkan kaki pancing menggunakan teknik casting berumpankan udang kopek yang mensasarkan siakap dan jika bertuah boleh mendaratkan si kerapu.

Bayaran adalah RM60 untuk 3jam dan deposit RM10.

Pada kunjungan kali ini saya bersama sifu, Fauzu Mamat. Memang penuh setiap inci kolam dengan kaki pancing walaupun hari tersebut adalah hari kerja.

Fauzu memang kerap kali memancing disini dan tak pernah pulang dengan tangan kosong. Saya yang pertama kali dan kumpau pulak tu...huhu. Tetapi jangan risau,anda tetap tidak pulang dengan tangan kosong kerana taukeh kolam akan memberikan seekor ikan siakap untuk dibawa pulang. Ada juga lauk untuk keluarga,jangan risau..

Fauzu bercadang untuk mencuba diwaktu malam pula pada kunjungan lain nanti. Katanya malam ikan lagi galak...Betul ker?











Tuesday 6 October 2020

Hiking Bukit Botak Puncak Alam

Permulaan perjalanan...

Check point 1, bawah pencawang TNB

Susunan batu yang menarik, kena tahu bermain dengan 'angle'...

Check point 2, bendera Malaysia...MERDEKA!!!...

Kerusi dari akar, boleh duduk berehat sekejap...


Hujung pendakian...keadaan langit yang cerah membantu mencantikan shot..

Ku lihat hijau...

3-4 kali mereka duk main turun naik guna tali ni....seronok nampaknya..

Kanak-kanak pun ramai yang hiking Bukit Botak ni...

Face mask...

Sepohon kayu, daunnya rimbun...

Cabaran tali...boleh tahan..


Landmark di sini...wajib bergambar di sini..

1,2,3...lompat!!!

Bergambar ala -ala kulit album lagu...hehe...

Gambar setelah diedit..memang cun...



 Tahun 2020 bakal diingati sebagai tahun Covid19. Seluruh dunia sengsara dengan pandemik yang bermula di China ini. Diharap dunia kembali pulih seperti biasa dan kita dapat melakukan aktiviti harian termasuklah hobi kita tanpa ragu-ragu lagi.

Dalam posting kali ini, saya ingin berkongsi tentang hobi baru saya iaitu Hiking. Sebenarnya ia bermula setelah Kelab Guru sekolah saya menganjurkan hiking ke Bukit Botak, Puncak Alam.

Sebenarnya sebelum ini saya pernah Hiking di beberapa bukit tetapi belum jatuh cinta dengan hobi ini. Namun setelah disajikan permandangan yang indah di trek Bukit Botak,terus cinta itu berputik. Sehinggakan saya naik Bukit Botak seorang diri selang  sehari selepas trip dengan kelab guru.

Bukit Botak mungkin tidak.mencabar bagi yang mahir dan selalu hiking tetapi agak mengah bagi yang baru berjinak dengan hobi ini.

Dipermulaan treknya kita dihidang dengan laluan mendaki hampir 90 darjah melalui jalan ladang sawit. Setelah berjaya melalui trek mendaki tersebut, kita akan sampai di bawah pencawang TNB, boleh dianggap sebagai check point 1. Bolehlah kita bergambar dengan bertemakan bunga lalang sambil menarik nafas dan membasahkan tengkak.

Seterusnya masih lagi laluan mendaki tetapi tidak berapa curam sehinggalah kita sampai ke laluan bertali. Ada kanak-kanak sekolah rendah yang sangat sukakan cabaran tali ini, beberapa kali mereka turun dan naik menggunakan tali tersebut. Setelah berjaya mengharungi cabaran tali ini,kita sebenarnya telah sampai di check point2, banyak view yang cantik di area tersebut. Ada bendera,susunan batu,lereng bukit. Sekali lagi boleh kita berehat sejenak.

Pendakian diteruskan sehingga kita sampai di pertengahan trek, check point 3,puncak Bukit Cerakah dengan  ketinggian 214 m. Boleh abadikan kenangan bersama signboard sebagai bukti telah berjaya menawannya.

Namun pendakian belum lagi selesai, belum sampai ke Bukit Botak. Pendakian diteruskan sehinggalah ke hujung trek dan pemandangan di sini membuatkan kita seperti berada di planet lain. Cahaya matahari memainkan peranan untuk mendapatkan shot yang cantik di check4 dan terakhir ini.

Perjalan balik melalui trek yang sama kita naik tadi,bolehlah bergambar sekali lagi jika tidak berpuas hati.

Apa yang penting semasa hiking,kita perlulah jaga kebersihan dan adab kita kerana Alam yamg cantik ini tidak layak dikotori. Disamping itu alam ini juga ada makhluk Allah yang lain.