Thursday 8 June 2017

Mama ruan Puncak Alam

Selamat berpuasa semua.Baru berkesempatan untuk updated blog kerana sibuk dengan tugas hakikiku,minggu exam sibuk la sikit...
Ni sebenarnya komplot lama,aku dan adikku,Adam.Hari pertama kami mengilat di port tersebut.Beberapa kali dapat miskol dari ruan,ada yang dah lekat tapi terlepas di bibir air.Aku sendiri 2 kali terlucut ruan sebegitu,menggigil aku dibuatnya.
Tak puas hati,kami datang lagi pada
hari kedua.Seperti hari semalam,seawal jam 8 pagi.Keputusan awalnya seperti semalam, miskol dan terlucut.
Sehinggalah jam 11 pagi,sifu Fauzu dan kawannya join kami berdua.Tika masing seronok melontar dan tarik gewang,tiba-
tiba Fauzu menjerit,"bulih dah,bapok besar boh",rupa Adam telah berjaya mendaratkan mama ruan.
Menurut Adam,dia memang nampak si mama bermain air di tepi tebing,balingan pertama tidak bersambut tetapi balingan kedua,setelah gewang mencecah air terus dirembat si mama.
Setelah puas bergambar kami melepaskan kembali si mama tadi,supaya ianya dapat terus membiak di port tersebut.
Berbaloi rasa 2 hari kami datang mengilat di sini.
Amalkan konsep tangkap dan lepas demi kelangsungan ikan-ikan di perairan kita.Ingat kita hanya meminjam Alam INI Dari generasi yang akan datang.
Pancing Mesti Terus...
 Sp zman memang jadi boh...
 Heroku dengan joran pemberian Adam untuk aku biasakan dengan BC.

 Sifu,Fauzu mengajar kami untuk bergaya bersama hasil tangkapan.

 Agak2 berapa kilo si mama ruan ni?
Port rahsia kami,tempat kami melepaskan gian gigil tangan.