Tuesday 26 February 2013

Bereksperimen dengan umpan

Bagiku memancing ibarat bereksperiman dengan ikan. Baru2 ini aku telah berkesempatan memancing sekali lagi di BNO. Kali ini aku ingin menguji keberkesanan umpan. Umpan yang aku guna ialah cacing, cengkerik, ulat kayu (umpan2 ini dibeli dari kedai ikan hiasan) dan belalang (ditangkap ketika menunggu umpan disentap ikan)

Rasa2 anda umpan mana yang paling berkesan?Targetku, seperti biasa, si tilapia. Ternyata cacing adalah umpan yang paling disukai oleh si tilapia. Cengkerik disukai oleh puyu. Ulat kayu kurang sambutan, hanya beberapa ekor haruan kecil dan puyu menjamah umpan ini. Belalang yang masih hidup pula berjaya menjerat bapak haruan.

Nanti di kesempatan lain, aku akan cuba bereksperiman dengan gewang pula untuk menjerat penghuni dasar parit BNO.

 Hasil keseluruhan eksperimen.


 Tilapia remaja yang dilepaskan kembali.


 Ikan Lundu, si pencuri umpan. Hati2 dengat sengatnya, bisa.


  Satey umpan ulat. Umpan lain tidak sempat ambil gambarnya. 


 Bapak haruan dengan umpan belalang hidup.

 Tilapia terbesar dalam trip ini.


Joran dengan 3 cincin pun berjaya mendaratkan bapak haruan. Itulah, dikatakan rezeki. 

Memancing adalah eksperiman. Teruskan bereksperimen selagi stok ikan masih ada. Jadi sama2lah kita menjaga stok ikan kita, tidak kira di parit, tasik, lombong, sungai dan mana2 lapangan memancing. 

Monday 25 February 2013

Bercuti di Tok Bali, Pasir Puteh

Sempena cuti Tahun Baru Cina, kami sekeluarga telah berpeluang bercuti di Tok Bali, Pasir Puteh. Kami telah menginap di Dee Wana Resort, Kg Dalam Rhu. Bila berkumpul semua ahli keluarga kami pasti meriah.
Geng Pemburu Ikan juga berkumpul dan telah merancang beberapa komplot untuk menawan penghuni dasar Tok Bali.

Mula2 pada sebelah petang, kami mencuba pancingan pantai di persisiran Pantai Bisikan Bayu, di hadapan Dee Wana resort. Berumpankan udang, sotong dan hirisan isi ikan kembung. Walau bagaimanapun angin terlalu kuat, set pancing kami tak mampu untuk dilontar jauh ke tengah pantai. Menurut otai di situ, lagi jauh lontaran, lagi tinggi untuk ikan menjamah umpan.

Ini semua tidak mematahkan semangat kami, pada malamnya kami mencuba di kawasan jambatan Tok Bali. Banyak perambut kami berkubur di situ kerana tersangkut pada batu. Memang meriah suasana malam di situ, terdapat ramai kaki pancing mencuba nasib. Dari tebing, bawah jambatan malahan dari atas jambatan juga penuh kaki pancing.

Pada malam seterusnya, kami berpeluang memancing di jeti Tok Aman Resort. Di sinilah baru kami merasa sentapan ikan. Poksu, Geng Pemburu Ikan hampir mendaratkan spesis ikan besar tetapi hampa apabila perambutnya putus. Berdebar2 kami semua ketika itu.

Walaupun trip ini kurang berjaya, kami pasti akan kembali lagi ke Tok Bali. Tunggu!!!!

 Hadapan Dee Wana Resort.

Bangku disediakan di Dee Wana Restaurant untuk pengungjung menikmati angin petang.


Hadapan Tok Aman Bali. 

Jeti Tok Aman Bali. Boleh memancing secara santai bersama keluarga.
 Poknik Mat dengan gayanya ketika aktiviti pancing pantai di Pantai Bisikan Bayu,Kg Dalam Rhu.


Mana umpan?Mana hasil?Cuba teka.

Barisan senjata kami tetapi hasil tangkapan tidak seberapa. 

Monday 18 February 2013

Pertandingan Memancing Pantai Sg Lang

Pada hari Ahad, 17 Februari lalu, satu pertandingan memancing pantai telah diadakan di Pantai Sg Lang, Sabak Bernam. Lokasi ini berdekatan dengan Politeknik Sultan Idris, Sabak Bernam. Pertandingan ini anjuran WakJali Event dengan yuran RM100. Hadiah bagi juara RM30k, kedua 10k, ketiga 5k, hadiah sehingga tempat 60. Hadiah semua kira-kira RM 61 100.

Acara ini berjaya menarik ramai kaki pancing untuk menduga penghuni dasar Sg Lang. Secara tidak langsung acara ini boleh mempromosi Sabak Bernam sebagai destinasi memancing disamping dapat meningkatkan ekonomi penduduk tempatan.

Memang hajat dihati ingin menyertai pertandingan ini tetapi ilmu belum cukup lagi ibarat kata pepatah kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Saya telah berkesempatan untuk meninjau suasana pertandingan tersebut. Sangat meriah...kereta parking kiri kanan jalan..deretan kaki pancing memenuhi pantai ,siap bawa anak isteri dan siap berkhemah lagi.

Nanti bila berkesempatan, saya akan mencuba menduga penghuni pantai ini. Buat masa sekarang, saya hanya meneroka parit2 di sekitar Sabak Bernam sahaja. Bila ilmu sudah penuh didada baru saya cuba pertandingan seperti ini. Majulah Sukan Memancing Negara!

 Kaki Pancing memancing dari binaan pemencah ombak

Deretan kereta diparking bukti sambutan terhadap acara ini.

Khemah didirikan untuk berteduh dari terik mentari.

*Acara ini ada diwar-warkan dalam sisipan Joran BH, Jumaat 15 Feb.*

Tuesday 12 February 2013

Port memancing

Dari Puncak Perdana, Puncak Alam, Kg Bukit Hijau, Kg Bukit Kuching hingga Bagan Nakhoda Omar terdapat banyak port memancing. Selalunya akan terdapat kaki pancing yang akan cuba menduga penghuni dasar di tempat2 tersebut.

Aku akan memperlahankan keretaku apabila terdapat kelibat kaki pancing yang sedang memancing, untuk melihat hasil tangkapan mereka. Tindakan ini mengundang leteran dari isteriku.




 Tasik depan rumah, Alam Suria, Puncak Alam.


Tasik kat simpang Puncak Bestari, Puncak Alam



Port haruan berhampiran tempat jual kerepek, jalan Puncak Alam.



 Port belida kat tepi Jalan Meru Tambahan.





Dikatakan port toman, Tasik kiri kanan kat tepi jalan Puncak Perdana.



Terbukti port talapia di hadapan barisan kedai di Bagan Nakhoda Omar. 


Antara port yang sempat aku rakam gambar sepanjang aktiviti memancingku. Banyak lagi port yang terlepas aku rakam. 






Kura - kura

Sekolah dah mula,jadi aku sibuk dan tak sempat nak update blog ni. Walau bagaimanapun aktiviti MEMANCING tetap aku teruskan. Selalu aku akan memancing selepas balik dari sekolah. Setiap kali memancing, aku akan merakam gambar untuk blog ni,cuma kadang2 tak sempat nak update.

Tarikhnya aku dah lupa, tapi aku pangcing di tasik depan rumah jer. Aku baling pancing yang berumpan cacing dah balik ke rumah kerana ada tetamu di rumah, adik iparku dan suaminya datang bertandang ke rumah.

Dari rumah,aku tetap memerhatikan pelampung joranku. Tiba-tiba aku sedar yang pelampungku tenggelam timbul. Ekoran itu, aku berlari, bergegas ke tasik mendapatkan joranku. Tarikan dari penghuni dasar dah kendur, mungkin sudah lama tersangkut di mata kail.

Mula2 aku sangkakan ikan haruan  atau ikan keli yang besar, berdasarkan kelibat hitam di permukaan air. Setelah berjaya didaratkan, aku terkejut kerana seekor kura-kura yang merambat joranku.Aku bawa kura-kura tersebut dan menanya isteri dan puteriku jikalau mereka ingin memelihara kura-kura tersebut. Tetapi meraka tidak inginkan kura-kura tersebut dan akhirnya aku lepaskan kembali ke tasik tadi

Terima kasih si kura-kura, moga jumpa lagi.


Tasik yang menjadi lapangan pancingku.


Kura-kura yang agak besar. 


Terima kasih, kura - kura.



Berat, besar juga ni, kira-kira 2 tapak tanganku.