Sunday 20 November 2016

Port mancing sekitar PJ

Sebenarnya sekitar Petaling Jaya banyak tasik Dan lopak air yang boleh menjadi port mancing yang menarik.
Setiap kali aku ulang balik PJ ke Puncak Alam,aku dapat melihat beberapa tasik.Ada yang perlukan permit Dan Ada yang tidak perlu.Aku belum berkesempatan untuk menduga penghuni dasar ataupun sekurang-kurangnya menjadi penunggu tasik yang setia,melabuhkan joran,menantikan umpan diusik.
Berikut adalah portnya.
1.Tasik Kelana Jaya,hadapan Giant.
2.Tasik Taman Jaya,hadapan Amcorp mall
3.Tasik Sri Aman,sebelah SMK Sri Aman.
4.Takingan Air sebelah wisma peter,PJ one
5.Hadapan Western Digital.
6.Belakang perumahan hadapan Kelab Golf Subang.
7.Sebelah SJMC,tepi federal
8.Tasik Flat Mentari Court.

Mungkin Ada yang pernah menewaskan ikan dikawasan ini,harap dapat berkongsi pengalaman dengan kami.
pancing mesti terus,pemburu ikan terus memburu....




Pemandangan sekitar Tasik Sri Aman.


Gertok ke 3 jalan Ganu

Jalan Aring Tasik Kenyir memang menjadi port pilihan adikku,Adam n the geng.
Gertok Ketiga jalan tersebut adalah port kegemaran mereka.
Teknik :pancingan dasar
Umpan :cacing
Hasil: tengas,kepar n baung.
Gambar sebagai bukti...
Pancing mesti terus...



Tuesday 8 November 2016

Ikan Trofi Puncak Alam

Puncak Alam mempunyai banyak lopak air yang menjadi port mancing kaki pancing sekitarnya. Kawasan tersebut ialah berdekatan Econsave, tasik Puncak Bestari, sebelah Masjid Puncak Alam, Tasik Alam Suria dari roundabout Alam Suria hingga Ambang Suria. 

Spesis yang selalu dinaikan oleh kaki pancing ialah tilapia, keli, ketutu, haruan dan likoh. Likoh dianggap ikan trofi di Puncak Alam.

Telah lama saya mengidamkan tarikan si likoh ini tetapi belum ada rezeki. Walau bagai saya berkesempatan untuk melihat kaki pancing mendaratkan si trofi ini. Selepas berita kejayaan ini tersebar maka tasik sekitar Puncak Alam akan dipenuhi oleh kaki pancing untuk mencuba nasib. 

Si Likoh culas untuk memakan umpan menjadikan ianya mempunyai nilai tersendiri. Campuran dedak dengan pelbagai perisa digunakan untuk menjeratnya, perisa pisang, pandan, strawberi, cempedak, sawit dan pelbagai lagi dicuba untuk menjeratnya. 

Saya belum berkesempatan untuk mencungkil rahsia umpan kaki pancing yang berjaya mendaratkan si trofi ini. Misi memburu likoh tetap diteruskan dengan bereksperimen bancuhan dedak. 


Ikan Likoh Emas yang terdapat di Puncak Alam (sumber: Gambar Internet)

Inilah senyuman setelah mendaratkan trofi (sumber : fb)

Untuk mengetahui tips pancingan likoh, bolehlah layari blog http://topangler81.blogspot.my/2009/06/tips-memancing-leekoh.html