Friday 21 June 2013

Terjah Empangan Batu

Pada 17-19 Jun yang lalu aku telah ke Empangan Batu, Ulu Yam. Sebenarnya aku ke sini adalah atas tugas rasmi sebagai AJK Aktiviti Perkhemahan Kor Kadet Polis Peringkat Negeri Selangor. Sambil menyelam minum airlah,setiap kali ada peluang aku pasti akan ke Empangan Batu untuk menduga penghuni dasarnya.

Pada hari pertama, Isnin, 17 Jun kira-kira jam 4 petang setelah selesai tugas, aku bersama Shahrul telah berkomplot untuk menawan ikan empangan tersebut. Berbekalkan umpan cacing dan cengkerik, kami melabuhkan joran masing2. Setelah menunggu hampir sejam, umpan kami tidak diusik ikan. Shahrul mula menukar strategi setelah melihat kelibat anak ikan bermain di tepi tebing empangan. Berbekalkan rod teleskopik dan mata udang, Shahru berjaya mendaratkan ikan tiger (ikan hiasan yang ada belang2). Melihat gelagat Shahrul dengan rod teleskopik mendaratkan anak ikan , aku pun teruja dan turut mengubah strategik. Akhirnya kami berjaya mendaratkan 10 ekor ikan kepar dan 3 ekor ikan tiger.

Pada hari kedua, Selasa, 18 Jun, kira-kira jam 5 petang, kali ini aku bersendirian kerana Shahrul sibuk menguruskan tugasnya. Kali ini aku berumpankan daging ayam dan roti. Hajatnya ikan menduga toman atau belida. Hampir sejam menunggu, umpan tidak diusik ikan. Sekali lagi aku terpaksa mengubah strategi, kali ini casting mengunakan 'pensil'. Setelah berkali2 mengarau, ada seekor ikan toman telah mengejar gewang. Mungkin kerana teknik karauan terlalu laju menyebabkan toman tersebut tidak dapat merembat gewangku. Melihat kelibat toman tersebut, aku semakin semangat untuk casting. Akhirnya aku penat bercasting dan hampa tanpa sebarang hasil.

Pada hari ketiga, Rabu, 19 Jun, setelah program perkhemahan selesai, aku sekali lagi bersendirian mengcasting gewang yang aku bawa untuk cuba menjerat toman Empangan Batu. Mungkin ilmuku belum cukup untuk menarik toman membaham gewang yang aku persembahkan. Yang pasti aku akan kembali ke Empangan Batu lagi untuk mendapatkan lesen toman.

Seperti yang kita tahu, alam ini dikongsi oleh makhluk halus yang juga ciptaanNya. Ada kejadian mistik yang dialami oleh kami ketika perkhemahan tersebut. Ingatan kepada yang akan masuk hutan, jagalah adab kita. Jangan diganggu rumah 'mereka'.

 Gaya mesti ada, walaupun belum tentu hasilnya.

 Shahrul merasmikan joran barunya. 

 Nampak tak ikannya?

 Inilah hasilnya, ikan kepar dan ikan tiger.

 Shahrul meninjau kelibat anak ikan.

 Ikan Kepar.

 Mana ikan?

 Bukti peninggalan kaki pancing. 

 Lagi buktinya.

Senjataku yang penat mengcasting. 

Sesiapa yang pernah berjaya di Empangan Batu, sudi kiranya berkongsi tips untuk menawan penghuni dasarnya. Silakan...

Thursday 20 June 2013

Siakap RM3 lagi

Pada Sabtu, 15 Jun, Awal ngan Mamat telah menerjah kolam siakap di Banting. Ini adalah kolam yang lain dari yang pernah aku ceritakan dahulu. Memang telah lama Awal dan Mamat merancang komplot tetapi kekangan masa mengatasi segalanya.
Tepat jam 11 pagi, berbekalkan umpan udang mati, mereka cuba menjinakkan siakap kolam tersebut. Betul kata orang, lain kolam lain umpannya. Siakap disini seperti malu2 untuk menjamah umpan udang tersebut. Mereka juga cuba casting dengan gewang tetapi masih tidak berhasil.
Setelah melihat ada kaki pancing berjaya mendaratkan siakap dengan teknik casting udang hidup. Mereka cuba teknik tersebut, casting dengan udang hidup.
Ternyata teknik tersebut berjaya menarik siakap kolam ini untuk beraksi. Lontaran demi lontaran disambut ganas si siakap. Akhirnya sehingga pukul 4 petang mereka berjaya mendaratkan 8 ekor siakap dengan berat keseluruhan 9.3kg. Ini bermakna seekor ikan berat kira2 lebih 1 kg.

'Karen' casting lebih dahsyat berbanding teknik bottom. Cubalah baru tau.

Siakap pertama dengan teknik bottom. Lama tunggu ni.


 .Mamat pertama kali terjah kolam siakap


Hasilnya,berbaloi2...

Wednesday 5 June 2013

Trip Pacu kali ke 2

Pada 2hb Jun yang lalu aku bersama Awal telah sekali lagi menerjah Kolam Pancing D'Felda di Felda Bukit Cerakah untuk memburu Pacu. Kami tiba di kolam pada pukul 11 pg. Berbekalkan umpan cacing yang lebih dari trip sebelum ini. Kami nekad untuk menduga si Pacu. Disebabkan hari itu adalah hari Ahad, kedai umpan tutup. Jadi tak dapatlah kami persembahkan umpan segar kepada pacu.

Walaubagaimanapun, tidak sampai 5 minit, joranku melentur menandakan umpan telah diragut penghuni dasar. Gulung punya gulung, akhirnya kelihatanlah kelibat pacu yang agak besar. Berbunga hatiku, tetapi sayang akhirnya perambut 30lb putus dikerjakan pacu.

Aksi pacu tadi membuatkan kami terus bersemangat. Balingan demi balingan dipersembahkan tetapi pacu sahaja yang kurang berselera dengan umpan kami. Di hadapan kami, kelihatan seorang pakcik tidak henti2 menaikkan pacu, sehingga ada kaki pancing yang berseloroh. "Habis la ikan nanti". Aksi pakcik tadi membuatkan kami bertambah panas.

Pada hari itu juga kami berkesempatan melihat aksi kaki pancing mendaratkan rohu dan patin. Aku telah berkesempatan untuk menanya taukeh kolam, umpan untuk rohu. Beliau yang berkesempatan juga memancing dan berjaya mendaratkan beberapa ekor rohu telah memberitahu kami untuk menjerat rohu mesti menggunakan mata bom, dedak dikepal pada spring dan roti disangkut pada mata kail.

Kami yang baru berjinak dengan kolam berbayar, tidak yakin untuk menyediakan dedak untuk memancing kerana cetek ilmu. Kami takut untuk mencuba.

 Awal dengan pacu pertamanya.

 Pacu sebesar  kira-kira 2 tapak tangan. 

 Port kami kali ini, berdekatan dengan kincir air. 

 Keputusannya. Awal 2 - Aku 1. Aku kalah di tempat sendiri. 

Port Astaka yang telah dipenuhi oleh kaki pancing. 

Trip kali ini kurang berhasil mungkin kerana:
1) umpan tidak segar
2) port kurang menjadi. (Dari pemerhatian aku bersama puteriku pada trip terdahulu, port astaka dengan port pondok kecil tepi ladang sawit adalah port lumayan)