Saturday 26 October 2013

Udang Galah



 Setelah habis menyaksikan kejayaan TRW berjaya melangkah ke final Piala Malaysia dengan mengecewakan ATM, Tarmizi dengan bertemankan joran menuju ke kolam udang yang berdekatan rumahnya.

Berumpankan perumpun Tarmizi cuba untuk mendaratkan si sepit biru Kolam Udang Mambau, Negori 9.

Menurutnya sesi pancing kali ini adalah untuk meraikan kejayaan pasukan negerinya ke pentas final sekali lagi.

Mancing udang memerlukan teknik yang berbeza dengan memancing ikan. Memancing udang perlu lebih lembut semasa menyentap joran.

Pancing udang pun best woi....



terjah Putra Perdana

Pada tanggal 24 Oktober yang lalu, kami bertiga telah berpeluang menerjah tasik sekitar putra perdana. Port kali ini berhadapan masjid dan berdekatan kedai makan. Memang strategik.

Berumpankan cacing, kami cuba menduga penghuni dasar. Baru jer aku melabuhkan umpan, tiba-tiba hujung joranku melentur menandakan ada ikan yang cuba mencuri umpan. Dengan berhati-hati aku mengarau tali untuk memastikan ikan berjaya didaratkan. Aku berjaya mendaratkan seekor tilapia.

Seterusnya Shahrul pula tidak menang tangan melawan tarikan tilapia.Kami terpaksa cepat mrngarau tali supaya ikan tidak menyusup ke kawasan reba kayu untuk menyelamatkan diri. Ternyata trip kali ini menyaksikan Shahrul mengganas melayan tarikan ikan. Shahrul bertuah menjumpai lubuk tilapia.

Tarmizi tetap setia dengan teknik jaring berumpan bancuhan dedak. Ikan di sini seperti tidak sudi menjamah umpan dedak. Berkat kesabarannya, akhirnya Tarmizi berjaya juga mendaratkan seekor tilapia dengan umpan dedak.

Kami berhenti memancing kira-kira jam pukul 6 petang. Kami bertekad untuk kembali lagi ke sini di masa hadapan.

Pancing mesti terus....




pertandingan memancing toyota




Pada 20 hb oktober lepas, syawal, adikku telah menyertai pertandingan anjuran kilangnya di kolam sea lion,klang. Pertandingan bermula pukul 9 disertai oleh kakitangan kilang toyota.

Kolam ini merupakan kolam air masin. Berumpankan  ikan kembung potong,syawal berjaya mendaratkan senangin dan ikan jenahak dengan umpan anak ikan belanak hidup.

walaupun tidak memenangi hadiah pertandingan,syawal tetap puas hati merasai tentangan ikan gred A.







Saturday 12 October 2013

Ikan Tengas

Adam, adikku telah berkesempatan terjah Sg Relau, Felda Chiku 1 bersama-sama kawannya. Jalan ke Sg. Relau hanya boleh dijejaki dengan motosikal sahaja.

Pancingan bermula kira-kira jam 8 pagi dengan berumpankan isi kelapa sawit potong. Mereka berjaya mendaratkan banyak ekor ikan tengas.

Ikan tengas adalah sedara ikan kelah. Ikan tengas juga dikenali sebagai ikan kejor

Inilah hasil ikan tengas, mancing sehingga pukul 2 petang, 6 ekor..

Ikan Tengas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ikan Tengas
Pengelasan saintifik
Alam:Haiwan
Filum:Kordata
Kelas:Actinopterygii
Order:Cypriniformes
Keluarga:Cyprinidae
Genus:Neolissochilus
Spesies:N. hexagonolepsis
Nama binomial
Neolissochilus hexagonolepis
Ikan tengasbahasa InggerisCopper mahseer[1], (Neolissochilus hexagonolepis, duluAcrossocheilus hexagonolepsis) juga dikenali sebagai Ikan Kejor adalah ikan air tawar yang tergolong dalam famili Ikan Kap (Cyprinidae). Taksonomi ikan ini masih kurang jelas kerana terdapat beberapa kekeliruan dan pertindihan nama spesiesnya. Ikan-ikan dari genus ini boleh didapati di air yang mengalir laju dan jernih airnya dan biasa ditemui di kawasan sungai berbatu di kawasan tanah tinggi. Secara amnya, ikan tengas ini adalah dari jenis omnivor yang memakan haiwan-haiwan kecil, alga dan tumbuhan-tumbuhan air tawar.
Namun begitu di Malaysia, Ikan tengas dari spesies (Neolissochilus soroides) lebih mudah ditemui di kawasan hulu sungai air tawar yang jernih, berbatu dan terletak dikawasan jeram yang tinggi diSemenanjung Malaysia. Ia pernah dilaporkan mudah ditemui di hulu-hulu sungai di [[Hulu Perak],[Pulau Pinang]], Langkawi dan Kedah. Ikan tengas spesies ini kelihatan agak mirip dengan Ikan Kelah (Tor tambroides), satu lagi spesies ikan air tawar yang amat terkenal di Malaysia. namun kedua-dua ikan ini dapat dibezakan dengan struktur cuping median yang terletak di bibir bawah ikan yang ada pada ikan kelah namun tiada pada ikan tengas, ini membuatkan seakan-akan ikan tengas kelihatan tiada atau sedikit bibir bawahnya.
Harga ikan tengas adalah agak mahal kerana, menangkapnya sukar utuk dilakukan kerana secara semulajadinya ia hanya boleh didapati melalui kaedah pengkapan secara tradisional menggunakan jala atau joran di hulu sungai yang berair jernih, sejuk, berbatu dan berjeram yang nun jauh ke dalam hutan. Tidak ramai pengusaha yang menternak ikan tengas secara serius untuk penjualan di pasaran terbuka. Ikan tengas juga lebih sedap dimasak pekasam. Di Malaysia antara sungai yang menjadi habitat bagi Ikan tengas ialah diSungai Kurau.

 Ikan di atas: Ikan Kelah @ Masheer
Ikan di bawah: Ikan Tengas @ Neolissochilus Hexagonolepis

 Bulatan merah menunjukkan perbezaan bibir ikan Ikan Kelah dan Ikan Tengas.
Ikan yang dalam bulatan merah ialah ikan Kelah



Kami kuar Majalah Umpan

Majalah Umpan edisi ke 12, Nov-Dis 2013 wajib anda dapatkan. Kenapa?Kerana pada ruangan Album Umpan muka surat 110, ada gambar kami berdua, aku dan Awal, ahli Geng Pemburu Ikan.

Terima kasih kepada Editor, En Mohd Hasrizal kerana sekali lagi memilih karya kami untuk dimuat dalam majalah Umpan.

Aku tertarik dengan coretan editor, menceritakan bagaimana hobinya, memancing kini membuka kerjaya sebagai editor Umpan. Sambil melayan hobi, sambil makan gaji. Hebat!!Akupun impikan situasi seperti ini, hobi sebagai kerjaya.

Kepada sesiapa yang belum memiliki majalah Umpan, segeralah berbuat demikian. Banyak cerita trip2 memancing, tips membuat umpan dan banyak lagi yang terdapat dalam majalah ini. Memang berbaloi-baloi beb...

"UMPAN"
INSPIRASI DUNIA PEMANCING

 (Tanda logo) akan menerima hadiah tajaan Juara Tackle Sdn. Bhd. 

Inilah cover keluaran bulan ini.Cepat, sebelum kehabisan..

Sunday 6 October 2013

TRW memang hebat

Begitulah tajuk Berita Harian hari ini, Ahad 6 Oktober 2013. Maaf kerana aku terbawa-bawa dengan emosiku untuk post kali ini. Kejayaan Kelantan mengaibkan JDT dengan jaringan 6-1 memang membuatkan aku puas hati. Biarlah kalah kepada team lain tetapi jangan sekali kalah kepada JDT. Kenapa?Biarlah kami sahaja yang tahu...

Berbalik kepada aktiviti memancing, kali ini aku ingin postkan bahan yang lama. Trip ini dibuat ketika Kelantan menewaskan JDT pada final FA tahun ini. JDT lagi...Hehehe

Trip ke kolam banting...
Bersama ayahanda...
Hasilnya...
13 ekor siakap dgn berat 5.5kg...
Teknik bottom n casting...
Lokasi kolam siakap banting ...
(29 Jun 2013)
Poksu Din, Afiq, Abah dan Adam Udo.


Hasil tangkapan kali ni...
Spesis siakap...
Total : 8ekr (9.3kg)
Menduga kolam baru...
Hasil 9 tp bg kat orang sekor n bwk blk 8ekr jea...
Masa : 11:00pg-4:00ptg
Teknik casting berumpankan udang mati n udang hidup
(15 Jun 2013)


Hasil Kolam Siakap RM3.

 Antara penjaring gol klate, Paan (m-19,62), Piya (m-32), Wakamil (m-46), Obina (m-45) dan Indra (m-89)

Ayuh Kelantanku.....Hari ini, kita mesti menang...This Is Kota Bharu....

Tasik Prima, Puchong

Puchong memang banyak tasik bekas lombong. Sebelum ini kami pernah terjah Taman Tasik Puchong (D'Island) dan tasik sekitar Putra Perdana. Kali ini kami berkesempatan berkomplot di Tasik Prima pula. Suasana di tasik ini berbeza berbanding di D'Island kerana di sini banyak pokok untuk kami berteduh berbanding di D'Island kami terpaksa berpanas terik.

Bertarikh 1 Oktober, kira -kira pukul 3.00 ptg, Aku bersama Mizi tiba di Tasik Prima. Terima kasih diucapkan kepada Fitri kerana sekali lagi sudi membawa kami ke port ini. Mula-mula aku dan Mizi memancing di atas pelantar tempat untuk menaiki bot. Bebekalkan anak ikan keli, Mizi cuba untuk menjerat toman yang dikhabarkan menghuni tasik ini. Oleh kerana pelantar yang kecil, aku beralih ke port yang lain.

Di bawah pokok, port aku kali ini. Aku menabur dedak yang dicampur dengan dedak anak ayam. Kelihatan banyak anak ikan tilapia berebut-rebut dedak yang aku taburkan. Kasi rasuah dahulu...

Di pelantar tadi, Mizi menjerit keriangan kerana telah berjaya mendaratkan spesis tilapia yang berwarna merah kekuningan, RED MONK dengan umpan rahsianya, dedak campur tempoyak. Di sini aku juga berjaya mendaratkan spesis tilapia.

Dari terjah kali ini, kami simpulkan bahawa tilapia di  D' Island lebih kasar saiznya. Tasik Prima lebih teduh berbanding D'Island. Tepuk dada tanyalah selera...

Kami mengakhiri sesi pancing pada pukul 6 petang dengan 10 ekor tilapia, sebesar tapak tangan sahaja. Seterusnya port kami di ambil oleh sepasang uncle dan aunty cina yang katanya baru belajar memancing.

 Apa-apa pun, Pancing Mesti Terus Tanpa Kira Hasilnya!!!!

 Pinjam kerusi Mizi untuk posing jap..

 Ni Kaloi kesayanganku.

 Kini kaloi ada teman, Red Monk Tasik Prima.

 Satu dari 2 ekor yang berjaya hidup dalam akuariumku.

Tilapia merah yang biasa kita lihat, yang kekuningan jarang kita lihat.

Terjah Kolam Seksyen 24 Shah Alam

Perkara : Terjah Kolam Seksyen 24
Tarikh : 26 September 2013
Masa : 3.15 ptg - 1.15 pg (10 jam)
Bayaran : RM30 per joran
Umpan : Bancuhan dedak perisa strawberi, perisa pandan, perisa kelapa, campur tempoyak dan cacing.
Ahli : Due, Mizi dan Syawal.

3.15 ptg - 5.00 ptg
Pada awalnya ikan seperti tak sudi menjamah umpan. Kira - kira jam 4.30 ptg, Mizi menerima sentapan rakus penghuni dasar. Mizi dengan dedak campur tempoyak berjaya menewaskan Pacu kira-kira 5kg. Aku dengan umpan perisa strawberi tidak menerima sebarang sentapan. Akhirnya aku menggunakan umpan campuran tempoyak juga, tidak lama kemudian, joranku ditarik rakus oleh penghuni dasar, mujur aku sempat mencapai joran dan mengawal larian ikan. Akirnya aku juga berjaya mendaratkan Pacu kira - kira 4 kg. Seterusnya aku terus gunakan umpan campuran tempoyak, sekali lagi aku menerima sentapan ikan, sistem drag terus diketatkan, tali terus dikarau, tetapi kali ini ikan berjaya meloloskan diri. Sekali lagi aku tukar umpan, guna cacing pula, sekali lagi joranku ditarik penghuni dasar dan sekali lagi ikan berjaya meloloskan diri. Hampa kami dibuatnya.

5.00 ptg - 7.30 mlm
Aku dan Mizi terus memancing dengan harapan dapat menewaskan ikan - ikan yang kasar seperti Mekong, Tongsan dan Patin. Kami disajikan aksi kaki pancing bertarung dengan ikan - ikan ini. Memang teruja dibuatnya. Cuma ikan sahaja yang tidak sudi menjamah umpan kami.

7.30mlm - 11.00 mlm
Adikku, Syawal pula meneruskan usaha kami. Dia baru pulang dari kerja terus ke kolam untuk menyambung  aktiviti memancing menggunakan tiket kami berdua. Aku dan Mizi terpaksa pulang ke rumah masing - masing. Menurut Syawal, dia gagal melontar umpan jauh ke tengah  kolam. Rata -rata kaki pancing yang berjaya mendaratkan ikan bersaiz bagak, melontar umpan jauh ke tengah kolam. Ini bermakna kami harus meningkatkan skil balingan kami untuk menandingi otai-otai semua. Syawal gagal mendaratkan sebarang ikan dan berhenti memancing pada jam 11.00 malam.

Keputusannya
Due vs Pacu (1-2). Due berjaya mendaratkan seekor pacu dan 2 ekor yang berjaya meloloskan diri

Mizi vs Pacu (1-0). Mizi berjaya mendaratkan seekor pacu.

Syawal vs Pacu (0-0). Syawal gagal mendaratkan ikan.

Jadi secara keseluruhannya Geng Pemburu Ikan vs Pacu (2-2). SERI!!!Jadi pasti ada repeat, cuma masa yang akan menentukan.

Kesimpulannya, didapati bahawa Kolam Seksyen 24 memang destinasi wajib dikunjungi kaki pancing untuk merasai tarikan ikan bersaiz bagak. Kemudahan yang ada seperti tandas, surau, pondok dan restaurant sangat memuaskan. Cuma pekerja yang enggan menimbang ikan Pacu yang kami pancing sedikit mencacatkan trip kali ini.
 Pacu yang Mizi tewaskan. 

 Penuh bakul, besar tak si Pacu ni?

 Tak nampak bacaan pun?Pekerja enggan menimbang, katanya ikan kami masih kecil.

Berat ooi...