Wednesday 7 August 2013

terjah kenyir

Pada hari buat ketupat, hari rabu, 7hb ogos yg lepas, sehari sblm raya puasa, kami dr geng pemburu ikan telah berkesempatan terjah anak sg Tasik Kenyir.
Jam7.30pg kami 8 ahli geng bertolak dr rumah kami di Felda Chiku 2, melalui Felda Aring untuk ke Tasik Kenyir.Jln rosak teruk sehinggalah memasuki sempadan Hulu Terengganu,baru jalan elok dan lancar.Jam 9.30pg, kami sampai di Kelah Rakit Resort. Berumpankan cacing kami cuba menewaskan penghuni dasar. Hampir sejam tanpa sambutan, kami tukar strategik guna bancuhan dedak berperisa pisang. Joranku dilabuhkan terus diragut penghuni dasar dengan rakus tapi sayang perambutku putus. Aku pun menjerit supaya tukar kepada umpan dedak.Selepas itu seekor demi sekor ikan lampam berjaya kami daratkan.
Ketika kami seronok melayan ikan lampam, muncul kelibat si toman di bawah rumah rakit, Adam,Awal dan adik cuba menjerat si toman dengan umpan anak lampam.Beberapa kali mereka mendapat sambaran ganas toman tetapi spesis kepala ular ini berjaya melepaskan diri. Kami memancimg sehingga pukul 2.30ptg. Hasilnya 7 ekor ikan lampam. Kami pasti kembali lagi nanti
Antara juadah untuk berbuka. Hasil pancingan sebelum ini.

Ikan Lampan, sedap digoreng garing2.

Susunan senjata kami.

Awal duk tunggu umpan mengena.

Adam pose dengan hasil pertamaku, guna pancing jaring.

Bergaya untuk muka depan majalah....