Saturday 20 January 2018

Bereksperimen dengan gewang

Sebelum ini aku lebih kepada teknik bottom dengan target tilapia Dan puyu tetapi sekarang dah berjinak dengan teknik baling tarik dengan Umpan tipu.
BNO,Sabak Bernam memang padang mancing yang lumayan.
Sebelum ini aku menggunakan gewang top water,sf Dan jf until menjerat si ruan tetapi Kali in aku Cuba pula dengan gewang selaman dalam,sp.SP yang dicuba adalah dari jenama kinetic Dan zman.Memang terbaik sp ini untuk menjerat ruan.
Aku juga berkesempatan mencuba gewang kecik hadiah dari adik ku,made in Japan.Terkangkang mata 3 kena tokak ngn ruan curut
Aku mengilat dari pukul 5 hingga jam 7,sekor lokoh guna sp kinetic,2 berjaya didaratkan guna SP zman,sekor guna gewang kecik jepun.
Aku berhentipun setelah sp yang aku baling tersangkut dekat pokok,kena cukailah jawabnya,sp,jig head,cili ngn shock leader..huhu
Jika aka kesempatan ingin aku merasai tarikan si bulan pula...












Saturday 6 January 2018

2018,Azam tahun baru

Tahun lepas aku kenal BC,belajar dengan sifu Fauzu Mamat,lama-lama jadi gila casting pulak..Habis gewang aku beli,dari sp,jf,sf,spinner,spoon aku rembat.Sebab zaman sekarang senang nak beli,online jer..
Tahun 2018 aku berazam untuk mendarat si bulan,toman dengan teknik casting.Jika berkesempatan ingin juga mendaratkan siakap Dan kerapu liar dengan teknik Umpan tipu.
Seseorang pemancing harus mencuba teknik yang baru,kena timba ilmu,jangan malu bertanya dengan sifu..Aku sendiri banyak belajar cara ikatan dengan adikku,Adam,salah seorang sifuku.
Walaubagaimanapun Kita jangan memandang lekeh kepada kaki pancing yang lain,yang berlainan teknik pancing kerana Kita sama,satu hobi yang hanyir..
Sekarang,aku Makin kurang updated blog ini,kadang-kadang sibuk dengan tugas hakiki,zaman telah berubah, lebih senang diupdated di FB,lebih cepat respond..
Apa-apa pun Pancing Mesti Terus
#pemburuikan
#warmas
 Pewarisku,Faiz semoga sihat sokmo...
Ruan curut yang sudi bergambar,CnR..
Trip solo,Ada juga yang sudi...
Sp kinetic,ekonomi dah mercik...
Ni hasil Adam,teknik bottom..
 Aku yang siang tuk jadi lauk santapan kami.
Stiker dapat gift beli baju polo Kat fb..
Hanya mampu miliki stiker jer..hehe