Friday 4 October 2019

Menjala

Selain dari memancing, menahan bubu atau jaring, menjala juga merupakan teknik untuk mendapatkan hasil tangkapan yang banyak dalam jangka masa yang singkat sahaja. Namun bukan semua orang tahu untuk menebarkan jala. Dan bukannya mustahil untuk kita belajar menebar jala, banyak teknik di youtube yang boleh kita praktikan.
Pada mulanya memang susah untuk saya tebarkan jala, sehingga habis rosak jala dibuatnya.Namun saya tidak mudah mengalah dan meminta adik saya, Rostan untuk membeli jala yang baru secara atas talain.
Sekarang dah makin mahir untuk menebarkan jala. Hampir tiap-tiap hari saya akan menebar jala sebelum pergi ke sekolah.Tangkapan terbesar saya adalah ikan tilapia hitam dengan ukuran 13 inci dan 700 beratnya. Ikan tersebut menjadi juadah makan tengahhari kami sekeluarga. Ikan tilapia Tasik Alam Suria tidak berbau seperti di sesetengah tempat yang lain.
Selepas ini saya akan cuba menjala di tempat lain dengan sasaran spesis ikan yang lain pula. Seronok rupanya menjala tetapi baju dan seluar pasti basah jika menjala.Itu belum lagi jika jala tersangkut di dasar tasik, memang tak sanggup saya untuk menyelam. Menjala juga memerlukan stamina dan sangat memenatkan malah boleh menyebabkan sakit bahu dibuatnya. Tetapi itu semua tidak dapat melemahkan saya dari terus mengasah skill menjala saya. Jala tetap jala...
Namun ada dikalangan kaki pancing yang tidak senang dengan kehadiran orang yang menjala mungkin mereka beranggapan jala mengacau ikan dari memakan umpan mereka. Penjala juga seharusnya tidak mendekati kawasan berdekatan kaki jala. Tasik, sungai dan parit masih luas,pergi menjala di tempat yang jauh dari kaki pancing. Kita sama hobi, mungkin caranya sahaja berbeza...