Saturday 26 March 2016

Pen Pancing

Pen pun boleh buat pancing?Pancing mini berbentuk seperti pen INI mudah untuk dibawa ke mana-mana,simpan jer dalam beg semasa menghadiri kursus,boleh LA layan port di situ.
Pen pancing INI aku beli secara online melalui FB,group kaki pancing.Telah Ku hanyirkan di Tasik Alam Suria.Belum berkesempatan untuk diuji di port lain.Jika aku kena hadiri kursus, pastiku bawa ia sebagai teman.
PANCING mesti terus....



anak-anaku sedang uji pancing ITU.










 antara yang mangsa tilapia,ketutu Dan keli.
INI lah pen pancing dengan harga mampu milik.

Sunday 13 March 2016

Madu Kelulut

Dua orang adikku,Udo Dan Asu telah mula berjinak-jinak dengan ternakan kelulut di kampung kami,Felda Chiku 2. Madu kelulut mempunyai khasiat yang lebih baik berbanding madu lebah biasa.








Wednesday 9 March 2016

mancing, siang Dan makan

Aku mancing sendiri, aku siang ikan sendiri Dan aku makan bersama-sama kawanku.
Hasil pancingan aku bawa ke sekolah untuk dimasak oleh makcik kantin.
Syukur rezeki dapat dikongsi bersama-sama.


 haruan di casting otai taman sebelah.



 ikan disiang di tepi tasik.


 Ku mancing seorang diri.





rezeki dikongsi sama-sama.

Thursday 3 March 2016

Lesen 2016

Cepat betul masa berlalu,pejam celik,tahun 2016 dh masuk bulan Mac,bermakna dh 1/4 tahun kita lalui.
Tahun ini aku masih sempat memancing walaupun sibuk dengan tugas hakikiku,cuma tak berkesempatan mencoret nukilan di sini.
Tasik Alam Suria, Puncak Alam tetap menjadi portku.Sebelum ke sekolah, semat aku lontarkan umpan untuk menyapa penghuni tasik.Kadang-kadang bersambut,kadang-kadang kumpau.Walaupun kumpau,esok pasti turun lagi.....
Pancing Mesti Terus!


 Ikan yang sudi menyambut umpanku.


 Port tepi jalan Batu Arang,tapi kurang menjadi...

 Siput pun geram dengan umpan anak udang


Inilah lesen Ku untuk 2016,si lampan..