Saturday 8 April 2017

Gua Musang,destinasi mancing

Gua Musang terletak di hulu Kelantan merupakan pintu masuk dari arah Kuala Lipis.Daerah ini mempunyai banyak jaringan sungai seperti Sungai Nenggiri,Sungai Lebir,Sungai Galas yang mempunyai penghuni dasarnya. Dikatakan kelah Sg Nenggiri adalah yang paling mahal di Malaysia.
Disamping itu,daerah ini juga mempunyai sungai pergunungan seperti Sg Relai yang merupakan port si sebarau.
Daerah ini juga mempunyai Taman Negara Kuala Koh yang pasti menjanjikan pengalam menarik memancing sambil berkhemah ditemani unggas malam.
Selain itu,daerah ini juga banyak anak-anak sungai seperti Sg Chiku yang merupakan port si baung.
Jom kita sama-sama terjah tetapi etika memancing juga perlu kita titikberatkaan supaya bekalan ikan kita berada dalam keadaan yang baik.
Ingat kita hanya meminjam alam ini dari generasi akan datang.Peliharalah sungai kita ...




Wednesday 5 April 2017

Meng'casting' ruan di kala pagi

Alhamdulillah,akhirnya aku dapat berkomplot bersama sifu Fauzu Mamat, penulis ruangan Majalah Pancing.
Jam 9 lebih kami sampai di port kali ini.Belum apa-apa lagi,aku ditegur oleh sifu,supaya membuang batu ladung di joranku,sebenarnya setting joran itu untuk teknik bottom...
hehe
Tapi oklah,sifu ganti dengan sp zman siap dengan cili yang baru.Cili sebelum ini kata tak sesuai dengan untuk casting.
Baling pertama, cantik lenggokan zman ini,patutlah ruan tergoda
Balingan demi balingan kami lontar tetapi ruan hanya membuat miskol sahaja.
Kami bergerak ke kawasan lebih ke dalam.Tiba-tiba....zuuuup...bunyi kekili BC sifu Fauzu,ruan curut pertama berjaya didaratkan.Selepas bergambar,kami lepaskan ia kembali.
Tanpaku duga,sifu Fauzu menyuruhku mencuba BCnya.Habis jadi mee goreng jadinya,tetapi dia tetap tabah mengajarku.Antara tips yang diberikan ialah..
1.tekan ibu jari dahulu,balingan dari atas kepala
2.tekan ibu jari sekali lagi tika gewang sentuh air,pusing sedikit pemutar
3.biarkan seketika sehingga riak air  hilang baru dikarau.
Berjaya juga aku buat balingan tetapi acap kali juga jadi mee goreng.
Akhirnya aku mengalah dan terus casting guna spinerku,tanpaku sangka ada juga si rempit yang galak menghentam spku,memang bertuah sp pemberian sifu.
Setelah sampai ke kawasan tengah tasik,kami berpatah balik,casting sehingga ke tempat awal tadi.
Masa berpatah balik,Fauzu sekali lagi berjaya menjerat si ruan curut.
Nampaknya si bapak dan ibu ruan bersembunyi dan tidak sudi menjamah sp yang kami hulurkan.
3 ruan sepanjang 2 jam mengilat kira lumayan juga.2 tewas oleh BC sifu Fauzu dan 1 tewas oleh spinner ku.
Walaubagaimanapun 2 sp terpaksa berkubur di dasar tasik.
Terima kasih sifu sudi ajar ambo...
















Port adalah rahsia...hehe