Tuesday 29 December 2015

misi buru baung

berbekal umpan tapa yang dibeli, beberapa adikku bersama anak buah Dan kawan mereka telah berkesempatan until menguji umpan tapa tersebut.targetnya mestilah si misai ikan baung.
portnya ialah di sungai chiku 2, dalam ladang kelapa sawit.
walaupun hasilnya tidak seberapa janji pancing mesti terus...





Friday 25 December 2015

Suatu Masa Dahulu

Berbekalkan tangguk, kami meraduk parit di serata kawasan perumahan kami. Pasti ada yang menjadi mangsa kami, selalunya Seluang, kadang- kadang anak Keli atau Haruan, bertuah jika Sepat yang menjadi mangsa.
Lantas otakku memutarkan memori zaman kanak-kanak kami....
"Hujan turun membasahi tanah, air dalam parit pasti naik,hati kami berbunga, hujan pun berhenti, cacing dicari, tauk batang buluh dicapai,langkah diatur, kaki terus melangkah ke tepi parit. Tauk dipacak di tebing parit dan ditinggalkan. Balik kerumah dengan angan-angan Bapak Haruan atau Keli pasti terjerat . Sebelum senja kami datang menjenguk tauk, selalunya Haruan atau Keli sebesar betis kami terjerat....."
Begitulah indahnya zaman kanak-kanak kami. Sebut sahaja parit mana  di kawasan perumahan kami, semua kami terjah.
Kami berazam, anak-anak kami pasti dapat merasai indahnya berkubang di parit setiap kali balik ke rumah mak ayah kami, biar mereka rasa selut dari menghadap gajet...

 Rindu nak tangguk ikan...
 Parit yang berjasa mengajar kami dunia hanyir ini.
Hasil yang Ku tangguk, seluang jer..Abahku pernah dapat si merah pipi.

Tempat kurungan mangsa kami. Kami berhajat untuk naik tarafnya.



Beberapa gambar nostalgia, bukti kami terjebak dalam dunia hanyir ini sejak kanak-kanak lagi. Itulah rupa asal kolam yang bersimen di atas tu...


 Pewaris kami, anak buah kami, Along, Aqif Dan Afiq telah didedahkan dengan hobi hanyir ini.


PANCING mesti terus...

Monday 14 December 2015

komplot akhir tahun

dua orang adik Ku, Adam n udin telah menghanyirkan tangan mereka di port jambatan pertama jln aring - kenyir.dengan umpan anak ikan kap yang dibeli di chiku 3 mereka memasang hajat untuk merasa tarikan sang penghuni dasar...jom layan gambar....
 udin dengan haruan rempit...
 port yang cantik, mungkin umpan tak cun..
 Adam Cuba memujuk si ruan.
 mana pergi penghuni paya nie???

basil trip: 2 haruan,3 tilapia n 1 lampan
yg sempat bergambar haruan jer, yang lain ada yg terjun kolam kami atau kuali..

pancing mesti terus bro!!!