Thursday 14 March 2013

T-sirt Majalah Umpan

T-sirt yang ditunggu2 akhirnya telah sampai. Aku telah melanggan Majalah Umpan keluaran Karangkraf dan telah mendapat t-sirt tersebut. Nanti akan aku gayakan tiap2 kali memancing. Terima kasih Majalah Umpan.


Inilah t-sirtnya.



Port memancing berhadapan Sales Galery IJM, Shah Alam 2, Puncak Alam. Pernah menyaksikan Mat Indon mendaratkan 'ikan merah' yang besar.

Memancing Hari Keluarga UMW Toyota

Pertandingan memancing sempena Hari Keluarga UMW Toyota telah berlangsung di Kolam Sea Lion, Klang.
Inilah siakap juara, kira2 4kg.

Haruan berumpankan anak ikan kap

Eksperimen kali ini menggunakan anak ikan kap, target adalah si haruan dan lokasi adalah tasik belakang taman perumahanku, tempat rumah tinggal yang tenggelam.

Balik dari sekolah, aku terus ke tasik tersebut bersama 2 batang joran. Aku kena hati2 memancing di sini kerana terdapat banyak bahan buangan dari projek pembinaan, kayu yang ada paku bersepah. Silap2 hari, boleh tercucuk kaki.

Setelah umpan disangkut, joran dilabuhkan. Aku menunggu hampir setengah jam, tiba2 joran xpuyuku ditarik rakus. Aku mengawal larian mangsa dari memasuki kawasan reba. Setelah berjaya didaratkan, aku puas hati kerana seekor haruan yang kasar berjaya ditewaskan.

 Inilah umpan yang digunakan kali ini


 Haruan yang tewas dihujung joranku.

Terdapat juga pekerja Indon yang menjala tilapia berhampiran tempat aku memancing. Mereka berjaya mendapatkan beberapa ekor tilapia yang besar. Aku hanya mendapat seekor haruan sahaja. Cemburu rasanya. Rezeki masing2 nak buat macam mana, redha jer.


Inilah portnya.

Wednesday 13 March 2013

Puyu Kg Bukit Hijau

Lokasi memancing kali ini adalah berdekatan dengan Puncak Alam iaitu Kg Bukit Hijau, Ijok. Jalan pintas dari Puncak Alam ke Pekan Sg Buloh yang akan melalui Kg Bukit Hijau. Selalunya terdapat ramai kaki pancing yang memancing di sepanjang parit Kg Bukit Hijau hingga ke Kg Bukit Kuching.

Target kali ini ialah ikan puyu. Berbekalkan joran teleskopik, tangsi 15lb sepanjang sehasta, mata kail udang size 4 dan berumpankan cacing. Aku cuba merasa tarikan rakus si puyu. Port yang dituju adalah berdekatan dengan pembentung. Banyak puyu yang bermain di situ. Cuma disini banyak rumput yang akan menghalang sentapan joran yang akan menggagalkan puyu dari didaratkan.

 Hasil tangkapan kali ini

 Rimbunan rumput dalam parit membantu puyu melepaskan diri. 

Besar aku siang untuk dimasak, kecik aku simpan untuk dipelihara. 

Port ini sesuai untuk melepaskan gian merasa tarikan ikan.


Hari ini 5/4/13, balik dari sekolah, aku terus ke port mancing. Target hari ini adalah ikan haruan. Dengan berumpankan cacing beli, 3 batang joran, aku cuba menduga penghuni dasar. Aku juga cuba 'casting'. Dah lama tidak menerima sambaran ganas haruan menghentam gewang. Tapi masih gagal, nampaknya joran berumpan lebih mendapat sambutan. 
  
 Setelah dibedah siasat. Inilah hasilnya. Haruan ini telah makan anak puyu terlebih dahulu sebelum merembat umpanku.


 Sebelah sini, depan muka pembentung.


 Haruan ini seperti menyerah diri, muncul berdekatan tebing. Aku suakan joran teleskopik dengan mata udang dirembatnya.


 Haruan yang didaratkan dengan joran hijau, 3 cincin jer.

  Port serangan hendap si haruan.

Parit tepi jalan yang menghubungkan Kg Bukit Hijau dengan Puncak Alam.

Sunday 10 March 2013

Siakap Kolam RM3

Cuti hari Ahad, 10 Mac 2013, geng pemburu ikan berkesempatan menyerbu Kolam RM3, Kg Air Tawar, Banting. Trip ini dianjurkan oleh Alang Awal dan disertai oleh Angah Due, Andak Edah dan Acik Nida.

Bertolak kira2 pukul 8 pagi dari Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam. Kami terlebih dahulu mencari udang di kedai acheh untuk dijadikan umpan. Namun udang telah habis. Ini tidak dapat melemahkan semangat kami. Kami meneruskan perjalanan dan akan membeli umpan udang mati di kawasan Banting sahaja.

Kira2 pukul 9.30 pagi kami sampai di kolam tersebut. Kelihatan deretan kereta park di kiri kanan jalan membuktikan kolam ini memang menjadi tumpuan kaki pancing. Setelah membayar RM3 per joran dan membeli udang hidup, kami terus ke kolam pancing. Kolam hampir penuh, memaksa kami menapak hingga ke hujung kolam.

Tanpa berlengah lagi kami terus melabuhkan umpan. Joran Acik Nida terlebih dahulu mendapat lesen dan diikuti oleh Andak Edah setelah berjaya mendaratkan siakap. Nampaknya kaum Hawa terlebih dahulu mendaratkan ikan, tercabar kaum Adam dibuatnya. Dengan berkat kesabaran akhirnya semua ahli geng pemburu ikan berjaya merasa sentapan siakap, melayan larian ganasnya dan akhirnya berjaya mendaratkannya. Walau bagaimana pun banyak juga yang berjaya melarikan diri dan banyak juga perambut putus setelah bersimpul dengan pemancing lain.

Apabila segenap inci kolam dipenuhi kaki pancing, peratus untuk tali bersimpul antara lain sangat tinggi. Tetapi sikap tolak ansur antara kaki pancing sangat dipuji untuk melepaskan simpulan tersebut.

Akhirnya trip kali ini berjaya mendaratkan 13 ekor siakap pelbagai saiz. Geng Pemburu Ikan telah bermurah hati untuk memberikan 2 ekor ikan kepada seorang kaki pancing cilik yang kurang bernasib baik untuk mendaratkan ikan. Jadi kami membawa pulang 11 ekor dan setelah ditimbang beratnya hampir 4.7kg. Setelah membayar RM15 perkilo, kami membawa pulang hasil tangkapan tersebut untuk dijadikan juadah nanti.

Menurut Alang Awal, trip seterusnya akan diadakan dengan disertai juga oleh Poknik Mat, Udo Adam dan Usu Din. Tunggu trip kami seterusnya!!!!!!
Bersiap sedia menyediakan umpan.


Hasil pertama dari joran Acik Nida, Alang Awal yang terpaksa mengeluarkan mata kail dari mulut ikan.

Akhirnya, hero dapat lesen siakap. Selalu layan tilapia jer.

Geng Pemburu Ikan bermurah hati memberikan 2 ekor ikan kepada pemancing cilik ini.

Sibuk menyusun senjata dan hasil tangkapan untuk sesi bergambar.

Terbaik!!!

Tuan puteri yang ikut serta pada trip kali ini.