Sunday 20 January 2019

Port Alam Jaya

Rupanya di tepi jalan nak ke econsave Ada port meruan yang baik, port ini sebenarnya dah lama Dan telah ditimbus sedikit.
Di port Ni lebih sesuai menggunakan soft frog atau pun jump frog kerana banyak pelepah kelapa sawit yang tenggelam,Dan airnya agak cetek.
Menurut otai -otai yang selalu mancing di sini pernah mendaratkan ruan 1 kg lebih Dan beberapa ekor bujuk.
Kali ini aku kumpau,lain Kali Kita Cuba lagi...



Monday 7 January 2019

Port Lopak bakal berkubur

Kemajuan dan pemodenan,itulah yang menjadi pemangsa kepada port-port memancing sejak dari dulu sehingga sekarang,malah akan berterusan...Itulah harga yang perlu Kita bayar untuk sebuah kemajuan dan pemodenan. Tasik, sungai malahan laut sekalipun tak boleh lari dari proses ini.Kita terpaksa memejamkan mata untuk melihat port mancing Kita yang dahulunya,berdekatan dengan rumah dikambus untuk membina taman perumahan, jalan Dan sebagainya. Suatu Hari nanti Kita terpaksa masuk jauh ke dalam hutan hanya untuk merasa tarikan si haruan, Dan spesis kepala ular yang lain...
Port kami di Puncak Bestari,Puncak Alam juga akan mengalami nasib yang sama.Port yang kami namakan port lopak kerana haruan di sini suka membuat aksi lompatan untuk melepaskna diri ataupun terkejut dengan kehadiran sp kami..Itu semua akan menjadi kenangan indah buat kami,yang akan kami ceritakan kepada anak cucu kami nanti bahawa Puncak Alam dulu mempunyai port haruan yang sangat baik. 
Besar harapan kami supaya port ini tidak ditimbus sepenuhnya, tinggalkan sedikit walaupun sekangkang kera untuk dijadikan tempat kami melepaskan gian merasa tarikan si haruan....Amin
Disertakan beberapa gambar meruan di port Lopak ini untuk Kita kenangkan adai ianya kalah kepada proses pembangunan Dan kemajuan ini...pancing mesti terus, kumpau itu pasti, strike itu bonus,pantang undur kecuali bini call....hehe...