Thursday 4 December 2014

BNO port mancing

BNO, bagi penduduk sekitar Sabak Bernam memang sudah mengetahui BNO merupakan port mancing yang tidak akan mengecewakan.

BNO memiliki jeti untuk ke Kelong Paradise bagi kaki pancing untuk mencuba nasib di tengah laut. http://www.kelongparadise.com

BNO juga memiliki pantai yang menarik untuk kaki pancing bersantai bersama keluarga sambil 'surf casting'. Boleh perkena mee udang, http://www.khairunnisahamdan.com/2014/05/tempat-makan-best-mee-udang-sabak-bernam.html.

BNO juga memiliki jaringan parit yang menyimpan khazanah ikan air tawar seperti tilapia, sepat, puyu, haruan dan bulan. Umpan yang selalu aku gunakan adalah cacing yang dibeli di kedai akuarium. Majoriti hasil pancingan aku adalah tilapia atau orang tempatan mengelar spesis cichild ini sebagai flowerhorn. Memang spesis ini telah mendominasi sistem saliran di sini sehingga spesis tempatan semakin berkurangan.

BNO, Bagan Nakhoda Omar...

Tilapia hitam, tilapia 'flowerhorn' 

 Port dekat pembentung...

 Layan sorang2...

 Reba2 tempat puyu bersembunyi.

 Sistem saliran yang menjadi habitat pelbagai spesis. 


 Tuan puteri yang sudi menemaniku tetapi asyik ajakku balik...hehehe...

 Selfie di pantai BNO.

 Joranku mencemar duli di Pantai BNO.

 Sediakan batu ladung yang banyak kerana pantai ini adalah kawasan berbatu.

 Belacak...

 Kaki pancing yang mencuba nasib...

 Kelihatan jeti untuk ke Kelong Paradise.

 Kadang2 banyak, kadang2 sedikit tapi yang pasti tidak pernah kumpau....

 Selfie di tepi parit.

Antara port kesukaanku...jln penghulu....


Wednesday 3 December 2014

Ikan Wadik Tilapia

Resipi untuk membuat ikan wadik sebenar senang. Ikan wadik adalah ikan pekasam versi banjar. Bahan yang diperlukan ialah beras sangan , garam kasar dan asam gelugor (asam keping). Beras sangan adalah beras yang digoreng tanpa minyak dan perlu dikisar. Beras digaul sebati dengan garam kasar.

Ikan  yang telah siap disiang dan dibersihkan sehingga tiada darah dilumur dengan beras kisar. PERLU DIPASTIKAN TIADA DARAH SUPAYA TIDAK BERBAU BUSUK.

Selepas ikan dilumur, susun di dalam botol dan diselang seli dengan asam keping. Susun sehingga penuh dan taburkan garam dibahagian atas sekali.

Ikan perlu diperap sekurang2nya 2 bulan. Untuk penyediaan ikan wadik perlu dibersihkan sebelum digoreng. Setelah hampir masak, masukkan hirisin bawang dan cili. Ikan wadik sedap dinikmati demgan nasi panas





SELAMAT MENCUBA...

Tuesday 2 December 2014

kolam sg congkak

Cikgu bahiry berkesempatan menduga penghuni kolam sg congkak bersama2 kawannya.
Jom layan gambar..tak yah cerita banyak, biar gambar yang berbicara...