Sunday 28 June 2015

Ikan ketutu

Betulkah harga ikan ini rm80 perkilo? Itu lah pernah aku dengar….

Aku pernah dapat ketutu ini, mincing lepas hujan kat tasik depan umah, kat depan laluan air masuk dengan umpan cacing.

Hajat nak jaul kepada kawan tetapi tak kesampaian, apabila keesokannya si ketutu telah lompat dari aquarium untuk bunuh diri. Sampai hati tul si ketutu…


Akhirnya ketutu ini aku siang, isinya memang cantik, putih jer dan ketutu telah ku buat ikan wadik. Memang banyak stok ikan wadik kat umah nie. Sebab hasil mancing tak tau nak buat apa dah, jadi ikan wadik lah semuanya, boleh simpan lama.





Thursday 18 June 2015

Kalu sudah kaki pancing…

Tugas sebagai seorang pendidik sebenarnya memberi peluang kepada diri ini untuk terus menyuburkan minat memancing di dalam diri ini. Sekurang-kurangnya ada peluang, masa untuk terjah disamping menjalankan tugas pendidik. Mungkin ada pihak diluar sana terpaksa melupakan minat memancing kerana kekangan kerjaya masing-masing.

Pada 29-31 Mei yang lalu, kami telah menjalankan Kem Perdana di Kem Rimba Tamu, Batang Kali. Semasa lawatan tapak pada 13 Mei, kami juga mengambil peluang untuk intai-intai port2 memancing. Lalu terpandanglah Kolam D’Kali di Kg Kuantan tersebut.

Bila tiba tarikh yang dinantikan tersebut dengan segala persiapan yang telah dibuat dengan rapi, setelah semua pelajar nyenyak diselimuti dingin malam. Kami tetap berjaga…kami ke kolam tadi. Kenapa kami ke sana?

Pengajaran dari terjah kali ini
1)      Jangan kunci habis drag ketika bertarung jika tidak mahu kecewa (perambutku putus dikerjakan penghuni kolam dipercayai tongsan)

2)      Kawan boleh meninggalkan kita ketika pertarungan kerana pertarungan di sebelah lebih hebat dan berjaya mendaratkan mangsa…kita ditinggalkan begitu saje…hehehe

Umpan yang digunakan ialah:
1)Dedak wangi umpan bro
2)Tepung strawberi cucuk jajan umpan bro

Boleh la try tgk FB:UmpanBro











Wednesday 17 June 2015

Benih Keli

Apakah melepaskan benih ikan ke saliran awam salah?

Salah atau tidak, itu soal undang-undang tetapi tanpa kita sedar, memang banyak spesis pendatang menguasai tasik, sungai malah parit sekalipun dikuasai oleh sepsis ini seperti tilapia, peacock bass, keli afrika dan banyak lagi.

Memang ada pro dan kontra dalam isu ini, ada baik dan buruknya. Tetapi bagi kaki pancing situasai ini sedikit sebanyak dapat memeriahkan dunia hanyir ini. Tepuk dada, Tanya selera. Umpan disiapkan, joran dilabuhkan, bila dapat spesis pendatang ini adakah akan dibuang, dilepaskan atau dibawa balik???

Baru-baru ini saya juga telah melanggar etika pemancing ini, saya juga telah melepaskan benih ikan keli ke dalam tasik di depan rumah saya dengan niat untuk memeriahkan dunia pancing setempat. Kira-kira 100 ekor anak keli sebesar 1-2 inci dilepaskan bebas untuk meneroka tasik tersebut.

Satu sahaja harapan saya, siapa yang dapat tangkap keli-keli tersebut dapat mengambil gambar dan upload di sini untuk tatapan kita semua.


Pancing mesti terus….