Thursday 19 September 2013

Kolam Hj Nawawi

Pada Rabu, 18 September yang lepas aku ditugaskan menghantar pelajar menyertai kem di Pusat Kokurikulum Negeri Selangor, Kem Tekali di Hulu Langat. Aku disertai oleh Geng Pemburu Ikan, Shahrul dan Tarmizi. Kami juga disertai rekrut baru, Sulong.

Bak kata pepatah, 'sambil menyelam minum air'. Setelah menghantar pelajar ke kem tersebut, kami bercadang untuk terjah Empangan Semenyih tetapi hajat kami terbantut setalah diberitahu oleh jurulatih Pusat Kokurikulum bahawa jalan ke empangan telah runtuh.

Riak- riak kecewa jelas terpancar dimuka kami. Mujurlah berdekatan kem tersebut ada sebuah kolam pancing berbayar, Kolam Hj Nawawi. Setelah membayar yuran masuk iaitu RM 5 sejam, kami terus ke pondok tepi kolam . Kelihatan ramai kaki pancing memenuhi kolam tersebut.

Bermula kira - kira jam 4.30 ptg, aku melabuhkan joran berumpankan dedak berperisa pandan. Tarmizi, seperti biasa masih setia dengan dedak dicampur tempoyak. Shahrul pula menggunakan kombinasi dedak kami berdua. Rekrut kami, Sulong memerhatikan setiap tingkahlaku kami dengan penuh perhatian.

Tidak lama kemudian, Tarmizi menerima sentapan dari penghuni dasar. Setelah tali dikarau menghampiri tebing kolam kelihatan jelas sisik si tilapia merah. Tersenyum lebar Tarmizi dengan situasi ini tetapi sayang setelah semakin hampir, mangsa berjaya meloloskan diri. Kecewa kami dibuatnya.

Joranku sunyi tanpa usikan ikan. Aku mengambil keputusan untuk menyediakan bacuhan dedak yang baru. Kali ini aku tambahkan perisa kelapa kepada bancuhan dedak.Setelah siap, aku lontarkan mata bom ke tengah kolam. Tidak lama kemudian, pancang joranku hampir tersungkur menerima asakan ikan.Shahrul yang berdekatan dengan joranku terus mencapai joranku dan mengawal larian ikan. Seterusnya aku mengambil alih dari Shahrul untuk mendaratkan mangsa. Akhirnya aku berjaya mendaratkan ikan tilapia merah yang agak besar.

Setelah berjaya mendaratkan ikan tersebut kami semakin bersemangat untuk terus memancing. Sekali lagi, joran Tarmizi menjerit menandakan ada ikan yang terjerat. Tarmizi dengan berhati - hati mengawal larian ikan. Sekali lagi dia kecewa setelah ikan berjaya melarikan diri. Kali ini tanpa menunjukkan dirinya, ikan meloloskan diri. Terkilan dihati Tarmizi kerana tidak dapat mengetahui spesis ikan tersebut. 2 kali ditewaskan oleh penghuni kolam ternyata mengecewakan kami.

Kami menamatkan sesi pancingan kira -kira pukul 6.30 ptg, kerana kami harus bergegas untuk pulang ke rumah masing - masing. Pancing Mesti Terus!!!!

 Kolam Lubuk Ikan ker Kolam HJ Nawawi?

 Bergambar sebelum memancing.

 Pacu yang baru sampai ketika kami mancing.

 Shahrul (baju putih), Tarmizi (baju hijau), Aku (baju merah) dan Sulong (baju biru).

 Tilapia bersaiz 30cm.

 Bergambar bersama hasil tangkapan.

Sulong berpotensi menjadi ahli baru Geng Pemburu Ikan.


Lawatan ke Kolam Seksyen 24 Shah Alam

Pada Selasa, 17 September yang lepas, aku bersama Syawal telah membuat lawatan ke Kolam Seksyen 24, Shah Alam. Kami sampai pada pukul 4.30 ptg, kelihatan ramai kaki pancing memenuhi tebing kolam walaupun hari bekerja.

Terdapat kolam ikan bersimen berdekatan kaunter yang memuatkan spesis seperti arapaima dan aligator gar untuk tatapan pengungjung.

Jam di tangan menunjukkan pukul 5 ptg, tiba-tiba ada kaki pancing beraksi menandakan ada ikan yang terjerat di hujung pancingnya. Akhirnya beliau berjaya mendaratkan ikan patin kira - kira 5-6kg. Tetapi beliau melepaskan kembali ikan tersebut ke dalam kolam. Kami berdua tergaman melihat gelagatnya. Kami tertanya-tanya kenapa belia berbuat demikian.

Kelihatan di hujung sana, ada pekerja kolam mengusung ikan bersaiz besar untuk dibawa ke kaunter sambil di temani tuan joran yang diragut ikan tersebut. Setelah hampir dengan kami, kelihatan ikan keli mekong yang besar dibawa untuk ditimbang. Kami terkejut kerana inilah kali pertama kami melihat speseis ikan yang besar ini dihadapan kami. Setelah ditimbang, tertera 12.6kg. Sekali lagi kami terkejut apabila pekerja kolam melepaskan kembali ikan tersebut.

Akhirnya pertanyaan kami terjawab setelah melihat senarai jackpot, untuk ikan patin sekurang-kurangnya 8.7kg layak memasuki carta dan untuk keli mekong 17kg ke atas.

Oleh sebab itu dapat disimpulkan bahawa kolam ini dihuni oleh ikan bersaiz bagak-bagak. Dengan kadar bayaran RM30 untuk 10 jam, memang berbaloi-baloi kalau dapat menerima asakan spesis bagak - bagak  ini.

Jikalau ada kesempatan, kami pasti akan membawa joran untuk menduga kekuatan dengan penghuni kolam ini. Memang Terbaik!!!!

 Kaunter Kolam.

 Keli Mekong 12.6kg.

 Ni piraiba kan?

 Araipaima yang menyambut kunjungan kami.

 Kelihatan deretan kereta dan kaki pancing memenuhi kolam walaupun hari bekerja.

Antara penghuni kolam.

Di bawah Jambatan Sg Bernam.

Sg Bernam adalah sempadan geografi yang memisahkan negeri Selangor dengan Perak. Sempena Hari Malaysia iaitu pada 16 September yang lepas, kami bertiga, aku, Syawal dan Mamat sekali lagi berkesempatan berkomplot.

Kami tiba lewat, iaitu kira - kira pukul 10 pg, air kelihatan sedang surut. Tanpa berlengah lagi, kami melabuhkan joran masing - masing. Tidak sampai 5 minit, joran pancingan pantaiku melentur diasak penghuni dasar. Aku ketika itu sedang menyiapkan joranku yang satu lagi. Mujur adikku, Syawal sempat mengambil joran tadi dan mengawal larian penghuni dasar. Akhirnya penghuni dasar dapat ditewaskan. Seekor keli sebesar lengan orang dewasa dapat ditewaskan berumpankan cacing.

Melihat keadaan ini, hati kami berbunga, tidak sampai 5 minit, sudah ada yang sudi menjamah umpan yang dihulurkan. Setelah siap semua 7 batang joran dengan menggunakan pelbagai jenis umpan seperti cacing, udang pasar dan bacuhan dedak, kami setia menunggu umpan dimakan.

Sehingga pukul 12 tengahari, air semakin surut dan kami gagal menambah hasil tangkapan. Kami bersetuju untuk berhenti memancing dan akan meninjau port memancing sekitar pekan Sabak. Syabas diucapkan kepada Majlis Daerah Sabak Bernam kerana menyediakan pelantar pemancing di persisiran sungai berdekatan pekan Sabak. Kelihatan ramai kaki pancing yang mencuba nasib di situ untuk mendaratkan si sepit biru.

Lantaran itu, kami bercadang akan datang lagi ke pekan Sabak untuk mendaratkan khazanah Sg Bernam.

 Ada kawasan lapang di tiang bawah jambatan memudahkan kami memancing.

 Jambatan Sg Bernam untuk kedua-dua arah.

 Bergambar sementara menunggu penghuni dasar menjamah.

 Gaya Mamat membuat balingan, ada gaya.

 Inilah keli yang merasmikan joran pantaiku dengan berumpankan cacing.

Syawal dan Mamat berbincang tentang trip komplot seterusnya.

Tuesday 17 September 2013

Terjah Bagan Datoh

Sempena cuti Hari Malaysia yang lepas, kami Geng Pemburu Ikan telah berjaya terjah Bagan Datoh. Trip pada 15 September ini, dirancang atas kesempatan Majlis Menyambut Menantu, adik iparku, Md Noor dengan  pasangannya Nas Fatehah. Adikku, Syawal dari Shah Alam dan Mamat dari Rawang bersamaku telah berjaya berkomplot kali ini.

Selepas majlis selesai, kira -kira pukul 3 petang, kami bertolak dari Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam ke Bagan Datoh untuk misi menewaskan siakap liar dan ikan bulan. Lokasi yang kami ingin terjah ialah  Kunci Air Kg. Sg. Balai, Bagan Datoh. Tanpa panduan GPS, kami gagal ke lokasi tersebut. Akhirnya kira - kira pukul 4 petang, kami sampai ke Jeti Bagan Datoh. Kelihatan ramai kaki pancing mencuba nasib di jeti tersebut.

Alang - alang sudah sampai di Bagan Datoh, kami mengambil kesempatan untuk mencuba nasib di jeti tersebut. Mungkin kami tidak dapat mendaratkan spesis yang disasarkan (siakap dan ikan bulan)  kerana melihatkan rata - rata kaki pancing berjaya melihat ikan duri, ikan sembilang dan anak gelama.

Berbekalkan umpan udang mati yang diberi oleh Pak Li, kami melabuhkan joran masing - masing. Nasihat kami kepada kaki pancing semua, tempah bekalan udang hidup awal -awal, jika tidak kempunan nanti. Inilah yang terjadi kepada kami. Bekalan udang hidup, SOLD OUT. Nasib baik Pak Li, bermurah hati, sedekahkan udang mati tersebut kepada kami. Untuk kaki pancing sekitar Bagan Nakhoda Omar, boleh menghubungi Pak Li untuk bekalan umpan hidup di talian 0136087572.

Hampir sejam menunggu, akhirnya aku 'merasmikan'tangkapan dengan ikan duri. Selepas itu, kami terus mendaratkan ikan duri, duri dan duri lagi. Syawal telah berjaya mendapatkan DOUBLE STRIKE, anak dan bapak ikan duri.   Melihat keadaan ini, aku cuba mengubah teknik, pancing tebing pula, setelah melihat kaki pancing tak menang tangan mendaratkan anak gelama.

Pancing tebing memang seronok kerana setiap umpan yang dihulurkan pantas dirembat penghuni dasar. Tetapi aku gagal mendaratkan ikan kerana banyak kali tali putus kerana tersangkut pada batu. Akhirnya aku berjaya mendaratkan seekor ikan ketutu berumpankan udang mati. Setelah kehabisan umpan dan banyak perambutku putus, aku kembali ke atas jeti, menyertai adik - adikku.

Jeti tersebut kami berkongsi dengan pengunjung lain. Ada juga pengantin baru yang merakam detik - detik bersejarah mereka berlatarkan jeti tersebut. Keadaan makin gelap, setelah jam hampir pukul 8. Jeti tersebut tiada lampu. Diharap pihak berwajib dapat menyediakan lampu untuk memudahkan kaki pancing yang memancing di waktu malam.

Kami pulang ke Bagan Datoh dengan hasil 9 ekor ikan duri, 1 ekor anak gelama, 1 ekor anak ketutu dan 1 ekor ikan sumpit. 'Kegagalan' ini membuatkan kami bertekad untuk ke Bagan Datoh lagi.

Adik - adikku telah menempah Teratak Umi dengan bayaran RM45 semalam untuk mereka bermalam. Untuk kaki pancing yang mengunjungi Bagan Nakhoda Omar, bolehlah mencuba Teratak Umi dengan menghubungi di talian 0192846550. Biliknya sangat selesa dengan bayaran yang berpatutan.

Kami berehat untuk meneruskan trip keesokannya, Jambatan Sg Bernam.

 Tebing berbatu yang banyak memutuskan perambutku. 

 Ikan ketutu, katanya mahal harganya, betul ker?

 Otai guna rod teleskopik jer, berjaya mendaratkan banyak anak gelama. 

 Syawal sedang betulkan kekiliku, tali keluar sendiri sehingga kusut. 

 Kelihatan air surut.

 Air yang tenang, jangan disangka tiada ikan duri. 

 Inilah hasil tangkapan kali ini.

Pelantar yang disediakan memudahkan kaki pancing. Syabas!!!

Monday 9 September 2013

Ikan Kepar

Hari ini, 9 Sept, kira-kira pukul 3 ptg, kami geng pemburu ikan sekali lagi berjaya berkomplot. Port kali ini telah diperkenalkan oleh kawan kami, Fitri, penghuni Putra Perdana. 

Fitri telah menunjukkan 3 port yang cantik untuk kami berkomplot. Tempat pertama berdekatan masjid dan kedai makan. Tempat kedua, tepi highway dan kawasan pembinaan. Tempat ketiga, bersebelahan kawasan setinggan tinggal. Akhirnya, port ketiga yang menjadi lapangan kami berkomplot kali ini. 

Kali ini berbekalkan bacuhan dedak perisa udang yang ditambah serbuk kunyit dan dedak yang digaul bersama tempoyak. Pada awalnya, hujan turun dengan lebat, tetapi ini tidak mematahkan semangat kami untu terus setia menunggu umpan diusik penghuni tasik. Hampir sejam kami menunggu, tiada sambutan. Kawasan sekeliling pun tiada kelibat kaki pancing, hanya kami bertiga di kawasan tinggalan pekerja indon ini. Perasaan ragu dan cuak mula menguasai diri masing-masing. Takkan port yang cantik sebegini tidak diterjah oleh kaki pancing. Tinggalan kaki pancing seperti tali tangsi, plastik dedak dan sebagainya pun tidak kelihatan. Ini membuatkan kami terus tertanya-tanya sesama sendiri. Mengapa dan kenapa port ini tidak di usik kaki pancing lain.

Walau bagaimanapun kami cekalkan hati untuk terus menunggu. Berkat kesabaran kami, akhirnya Tarmizi berjaya mendaratkan ikan kepar yang agak besar. Melihat Tarmizi me'rasmikan' tangkapan, aku dan Sahrul terus bersemangat. Aku telah menabur dedak di bawah jeti tempat kami memancing dan disambut oleh kelibat ikan. Melihat situasi tersebut, aku telah mengikat mata kail pada ranting kayu dan dihulurkan ke bawah jeti, akhirnya aku berjaya mendaratkan seekor lagi ikan kepar. 

Selepas itu, suasana kembali sunyi. Kami terus menunggu dan terus menunggu.  Lamunan kami dikejutkan oleh kocakan air tidak jauh dari tempat kami duduk. Tarmizi telah pergi meninjau keadaan dan didapati ada sekumpulan tilapia besar sedang bermain-main di sebelah sana. Mendengar keadaan itu, aku berpindah ke kawasan kocakan air tadi dengan harapan dapat menjerat si tilapia besar tadi. 

Akhirnya aku berjaya mendaratkan ikan tilapia tetapi bukan yang besar, hanya yang sebesar tapak tangan. Sahrul menyertaiku di sini, setelah gagal di port tadi. Memang rezekinya di sebelah sini, akhirnya dia berjaya mendaratkan 3 ekor ikan kepar. 

Tarmizi terus setia di tempat tadi. Dengan mengubah taktikal, dia menggunakan anak ikan kepar yang kami pancing untuk menjerat spesis pemangsa yang mungkin menghuni tasik ini. Akhirnya sehingga pukul 6 ptg, kami terus hampa kerana tidak mendapat sambaran ganas ikan besar, hanya  7 ekor ikan kepar dan seekor ikan tilapia yang sudi melayan kami.

Kekecewaan ini tidak menghalang kami dari kunjung seterusya ke tasik ini di masa hadapan. Kami harus bersedia dengan pelbagai jenis umpan ataupun gewang untuk memujuk ikan di tasik ini untuk melayan kami. 

Pancing tetap Pancing!!!

 Kemaskan senjata dengan hampa.

 Hasil Putra Perdana.

 Fitri, berbaju warna kelabu, tuan rekomen kali ini..

 Pancing ranting yang menewaskan kepar dan tilapia.

 Setting senjata pun lama.

 Bergaya ala cover album berlatarkan pemandangan indah tasik.

 Duk tabur umpan, bagi rasuah kat ikan tak pa kan?

Wednesday 4 September 2013

Cikgu berkomplot lagi

Pada 30 Ogos yang lepas, kami geng pemburu ikan sekali lagi berpeluang untuk berkomplot. Komplot kali ini diketuai oleh Shahrul dan di ikuti oleh Tarmizi dan aku. Selepas sembahyang Jumaat di Masjid Terapung Puchong Perdana, kami bergerak menuju ke lokasi iaitu Taman Tasik Puchong.

Target kami kali ini adalah si tilapia saiz A4. Setelah menyediakan bancuhan dedak kami melabuhkan joran masing2. Aku menyediakan dedak bancuhan berperisa pisang manakala Tarmizi bancuhan bersama tempoyak. Bancuhan dedak adalah cara kaki pancing bereksperimen untuk mendapatkan kombinasi terbaik bagi menjerat penghuni dasar.

Kami melabuhkan joran bermula kira2 pukul 3 ptg, pada awalnya hanya si anak tilapia sahaja yang sudi menjamah umpan kami. Masa terus berlalu, target kami belum kunjung tiba, Tilapia A4.Akhirnya kira2 pukul 5 petang, joran Shahrul ditarik rakus oleh si ikan. Shahrul dengan berhati2 mengarau tali, akhirnya kelihatan si tilapia hitam tersangkut pada jaring jorannya.

Tercabar rasaku dek aksi Shahrul tadi, aku terus menyediakan bancuhan dedak yang baru. Dedak kali ini berperisa pisang dan ditambah vanila. Aku labuhkan joranku dengan harapan mendapat sambutan.Usahaku berhasil apabila ada ikan yang sudi menjamah umpan. Akhirnya aku juga berjaya mendaratkan tilapia hitam.

Walaupun kami gagal mendaratkan tilapia A4 pada trip kali ini, kami tetap berpuas hati dengan saiz agak kasar 2 ekor tilapia tersebut. Kami masih bertuah kerana dapat melihat seorang Uncle berjaya mendarat tilapia A4, membuktikan masih ada tilapia tersebut di dalam perut tasik. Ada kaki pancing yang dikenali sebagai Mat Kedah, berjaya mendaratkan berpuluh ekor ikan lampam pelbagai saiz. Aku pernah bertanya kepadanya, umpan bacuhan dengan tepung dan kunyit adalah kombinasi untuk menjerat si lampam.

Akhirnya kami telah bersepakat akan kembali lagi ke tasik ini tetapi target seterusnya adalah si lampam.

Mancing, mancing juga tetapi tuntutan agama jangan diabaikan, tanggungjawab pada keluarga jangan dilupakan. Majulah memancing untuk negara!!!

 Ni hasil trip sebelum ni.

 Ni pulak hasil tasik depan rumah jer.

 Ni lah tasik depan umah tu.

 Senjataku yang berjaya menumpaskan 2 ekor sekaligus.

 Hasil beberapa hari, tasik depan umah.

 Makcik kantin masakkan tilapia bersambal. 

 Ni lah hasil trip kali ini. Botol 100plus 500ml tu untuk bandingkan saiz tilapia.

 Shahrul menunjukkan isyarat dua untuk hasil yang kedua kami.

 Uncle belakang tu lah yang berjaya mendaratkan tilapia A4.

 Hasil yang dibawa balik, 3 ekor,yang kecik dilepaskan.Dah besar nanti kami tangkap balik.

 Best ooo...
Shahrul senyum lebar. Hasil terbesar dalam kariernya.