Tuesday 3 October 2017

Aku Dan BC

BC...dulu Aku memang takut untuk gunanya,takut jadi Mee goreng.Dulu setia dengan spinning jer..Tapi Bila dah diracun oleh sifu Fauzu Mamat dan dihadiahkan oleh otai Adam Udo,BC selalu ku bawa Bila ingin mengilat si ruan.
Memang benar,Tak kenal maka Tak cinta,Makin lama Makin seronok pula layan BC. Practice make prefect..memang awal2,takut2,habis jadi Mee goreng,Tapi berkat ilmu dari sifu Dan setting cantik sifu, akhirnya dah kurang Mee goreng itu.
Kami ada port until lepaskan Gian gigil tangan,setelah komplot dirancang,antara pukul 9 pagi pasti kami sampai untuk bermain dengan BC masing2,Umpan kegemaran kami adalah sp zman,memang terbaik sp ini sehingga Tak pandang dah sp lain.Jom layan gambar dari komplot kami.BC
















buat cintaku...

Thursday 8 June 2017

Mama ruan Puncak Alam

Selamat berpuasa semua.Baru berkesempatan untuk updated blog kerana sibuk dengan tugas hakikiku,minggu exam sibuk la sikit...
Ni sebenarnya komplot lama,aku dan adikku,Adam.Hari pertama kami mengilat di port tersebut.Beberapa kali dapat miskol dari ruan,ada yang dah lekat tapi terlepas di bibir air.Aku sendiri 2 kali terlucut ruan sebegitu,menggigil aku dibuatnya.
Tak puas hati,kami datang lagi pada
hari kedua.Seperti hari semalam,seawal jam 8 pagi.Keputusan awalnya seperti semalam, miskol dan terlucut.
Sehinggalah jam 11 pagi,sifu Fauzu dan kawannya join kami berdua.Tika masing seronok melontar dan tarik gewang,tiba-
tiba Fauzu menjerit,"bulih dah,bapok besar boh",rupa Adam telah berjaya mendaratkan mama ruan.
Menurut Adam,dia memang nampak si mama bermain air di tepi tebing,balingan pertama tidak bersambut tetapi balingan kedua,setelah gewang mencecah air terus dirembat si mama.
Setelah puas bergambar kami melepaskan kembali si mama tadi,supaya ianya dapat terus membiak di port tersebut.
Berbaloi rasa 2 hari kami datang mengilat di sini.
Amalkan konsep tangkap dan lepas demi kelangsungan ikan-ikan di perairan kita.Ingat kita hanya meminjam Alam INI Dari generasi yang akan datang.
Pancing Mesti Terus...
 Sp zman memang jadi boh...
 Heroku dengan joran pemberian Adam untuk aku biasakan dengan BC.

 Sifu,Fauzu mengajar kami untuk bergaya bersama hasil tangkapan.

 Agak2 berapa kilo si mama ruan ni?
Port rahsia kami,tempat kami melepaskan gian gigil tangan.

Saturday 8 April 2017

Gua Musang,destinasi mancing

Gua Musang terletak di hulu Kelantan merupakan pintu masuk dari arah Kuala Lipis.Daerah ini mempunyai banyak jaringan sungai seperti Sungai Nenggiri,Sungai Lebir,Sungai Galas yang mempunyai penghuni dasarnya. Dikatakan kelah Sg Nenggiri adalah yang paling mahal di Malaysia.
Disamping itu,daerah ini juga mempunyai sungai pergunungan seperti Sg Relai yang merupakan port si sebarau.
Daerah ini juga mempunyai Taman Negara Kuala Koh yang pasti menjanjikan pengalam menarik memancing sambil berkhemah ditemani unggas malam.
Selain itu,daerah ini juga banyak anak-anak sungai seperti Sg Chiku yang merupakan port si baung.
Jom kita sama-sama terjah tetapi etika memancing juga perlu kita titikberatkaan supaya bekalan ikan kita berada dalam keadaan yang baik.
Ingat kita hanya meminjam alam ini dari generasi akan datang.Peliharalah sungai kita ...




Wednesday 5 April 2017

Meng'casting' ruan di kala pagi

Alhamdulillah,akhirnya aku dapat berkomplot bersama sifu Fauzu Mamat, penulis ruangan Majalah Pancing.
Jam 9 lebih kami sampai di port kali ini.Belum apa-apa lagi,aku ditegur oleh sifu,supaya membuang batu ladung di joranku,sebenarnya setting joran itu untuk teknik bottom...
hehe
Tapi oklah,sifu ganti dengan sp zman siap dengan cili yang baru.Cili sebelum ini kata tak sesuai dengan untuk casting.
Baling pertama, cantik lenggokan zman ini,patutlah ruan tergoda
Balingan demi balingan kami lontar tetapi ruan hanya membuat miskol sahaja.
Kami bergerak ke kawasan lebih ke dalam.Tiba-tiba....zuuuup...bunyi kekili BC sifu Fauzu,ruan curut pertama berjaya didaratkan.Selepas bergambar,kami lepaskan ia kembali.
Tanpaku duga,sifu Fauzu menyuruhku mencuba BCnya.Habis jadi mee goreng jadinya,tetapi dia tetap tabah mengajarku.Antara tips yang diberikan ialah..
1.tekan ibu jari dahulu,balingan dari atas kepala
2.tekan ibu jari sekali lagi tika gewang sentuh air,pusing sedikit pemutar
3.biarkan seketika sehingga riak air  hilang baru dikarau.
Berjaya juga aku buat balingan tetapi acap kali juga jadi mee goreng.
Akhirnya aku mengalah dan terus casting guna spinerku,tanpaku sangka ada juga si rempit yang galak menghentam spku,memang bertuah sp pemberian sifu.
Setelah sampai ke kawasan tengah tasik,kami berpatah balik,casting sehingga ke tempat awal tadi.
Masa berpatah balik,Fauzu sekali lagi berjaya menjerat si ruan curut.
Nampaknya si bapak dan ibu ruan bersembunyi dan tidak sudi menjamah sp yang kami hulurkan.
3 ruan sepanjang 2 jam mengilat kira lumayan juga.2 tewas oleh BC sifu Fauzu dan 1 tewas oleh spinner ku.
Walaubagaimanapun 2 sp terpaksa berkubur di dasar tasik.
Terima kasih sifu sudi ajar ambo...
















Port adalah rahsia...hehe

Saturday 18 February 2017

Puyu Bukit Hijau

Siapa sangka parit kecil dalam kebun sawit Ada penghuni dasarnya.
Port Kali INI adalah di Kg Bukit Hijau,Kuala Selangor.Port INI dikongsi oleh kawanku,Cikgu Adi.Berbekalkan umpan cacing tanah,kami Cuba menjerat penghuni dasarnya.
Port ini adalah dalam kebun kelapa sawit milik orang.Jadi perlu minta kebenaran sebelum diterjah.
Penancing pun perlu menghormati tuan tanah,jangan main terjah jer.Tunjukkan kita pemancing yang beretika.
Jomlah layan gambar.Nilailah sendiri...(dah malas menaip la tu...)
 Lumayan...puyu n ruan.
 Biar betul ada ikan ni?
 Bakal otai nanti,anak cikgu Adi



 Keli pun ado?

Port bertuan,dalam 'reban' itik...