Tuesday 18 December 2018

Santai di Wetland

Sempena Cuti Sultan Selangor baru-baru ini, kami sekeluarga telah berkesempatan berkomplot di Wetland, Putrajaya. Jarang sekali kami sekeluarga dapat memancing bersama kerana kekangan kerja. Cuti ini kami manfaatkan bersama.
Bertolak jam 9 pagi dari Puncak Alam dan tiba di Wetland pada pukul 10 pagi. Setelah siap memasang khemah, aku ke kaunter untuk membuat bayaran. Permit memancing RM20 untuk sebatang joran, masa dari 7pg-7mlm boleh mancing. Sesi malam bayarannya berbeza.
Banyak kemudahan disediakan di sini antaranya pondok, tandas, bilik mandi (Shower airnya laju cam air terjun), kafe dan surau. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan disini antaranya memancing, berbasikal dan berkayak.
Antara ikan yang terdapat di sini ialah temoleh (ikan trofi di sini), tenggalan, lampam, diamond, toman dan banyak lagi.
Wetland memang sesuai untuk aktiviti santai bersama keluarga. Ramai pengungjung memancing bersama keluarga.
Kali ini aku cuba menggunakan kelapa sawit peram untuk cuba mendapatkan temoleh ataupun tenggalan, tetapi hampa mungkin jarak balinganku tidak berapa jauh. Tidak berjaya menarik perhatian spesis tersebut. Seterusnya aku menggunakan dedak untuk menjerat lampam. Bancuhan dedak bomb dengan dedak udang berjaya menjerat lampam dan diamond.
Kami terpaksa berhenti memancing pada pukul 2 ptg kerana hujan sudah mula turun membasahi bumi Wetland.
Walaupun kami gagal mendaratkan spesis Gred A di sini, kami pasti datang lagi di masa yang lain....
 Puteri dan puteraku yang akan diasuh dengan skill memancing..

 Ini jer yang berjaya didaratkan. Kena tambahkan ilmu lagi ni..

 Like father, like son...

 Double strike diomond guna teknik jaring..
 "Mana ikan ni, Abi?"tanya adik dalam hati...

 Berkelah bersama keluarga sambil melayan hobi..

 Hasilnya jadi juadah makan malam kami..Terbaik boh, rasa ikan segar ni.

 Semua diamond berjaya didaratkan dengan teknik jaring.

 Bapa borek, anak rintik...

Pancing Mesti Terus, kumpau itu pasti, strike itu bonus, pantang undur kecuali bini call...