Tuesday 18 December 2018

Santai di Wetland

Sempena Cuti Sultan Selangor baru-baru ini, kami sekeluarga telah berkesempatan berkomplot di Wetland, Putrajaya. Jarang sekali kami sekeluarga dapat memancing bersama kerana kekangan kerja. Cuti ini kami manfaatkan bersama.
Bertolak jam 9 pagi dari Puncak Alam dan tiba di Wetland pada pukul 10 pagi. Setelah siap memasang khemah, aku ke kaunter untuk membuat bayaran. Permit memancing RM20 untuk sebatang joran, masa dari 7pg-7mlm boleh mancing. Sesi malam bayarannya berbeza.
Banyak kemudahan disediakan di sini antaranya pondok, tandas, bilik mandi (Shower airnya laju cam air terjun), kafe dan surau. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan disini antaranya memancing, berbasikal dan berkayak.
Antara ikan yang terdapat di sini ialah temoleh (ikan trofi di sini), tenggalan, lampam, diamond, toman dan banyak lagi.
Wetland memang sesuai untuk aktiviti santai bersama keluarga. Ramai pengungjung memancing bersama keluarga.
Kali ini aku cuba menggunakan kelapa sawit peram untuk cuba mendapatkan temoleh ataupun tenggalan, tetapi hampa mungkin jarak balinganku tidak berapa jauh. Tidak berjaya menarik perhatian spesis tersebut. Seterusnya aku menggunakan dedak untuk menjerat lampam. Bancuhan dedak bomb dengan dedak udang berjaya menjerat lampam dan diamond.
Kami terpaksa berhenti memancing pada pukul 2 ptg kerana hujan sudah mula turun membasahi bumi Wetland.
Walaupun kami gagal mendaratkan spesis Gred A di sini, kami pasti datang lagi di masa yang lain....
 Puteri dan puteraku yang akan diasuh dengan skill memancing..

 Ini jer yang berjaya didaratkan. Kena tambahkan ilmu lagi ni..

 Like father, like son...

 Double strike diomond guna teknik jaring..
 "Mana ikan ni, Abi?"tanya adik dalam hati...

 Berkelah bersama keluarga sambil melayan hobi..

 Hasilnya jadi juadah makan malam kami..Terbaik boh, rasa ikan segar ni.

 Semua diamond berjaya didaratkan dengan teknik jaring.

 Bapa borek, anak rintik...

Pancing Mesti Terus, kumpau itu pasti, strike itu bonus, pantang undur kecuali bini call...

Monday 12 November 2018

Gewang untuk PB

1. Sutun (Sotong) Kanicen
Umpan top ranking yang menjadi kegemaran saya. Ratusan peacock berjaya didaratkan dengan menggunakan sutun. Rekod ultralight peribadi terbesar 53cm dengan 1lb main line masih menjadi igauan. Siapa sangka umpan tiruan sotong boleh memikat sang peacock. Renangan ekor yang kembang kecut menjadi pujaan peacock. Pantang nampak mesti sambar. Size PB yang biasa di pancing dengan sutun adalah yang mega

2. Berkely Split Tail
Umpan kedua dalam ranking yang akan saya gunakan apabila bermain dikawasan yang bersamai. Pantang nampak ia akan disambar peacock lebih-lebih lagi apabila cuaca mula panas kerana pantulan cahaya membuatkan split tail ini lebih bercahaya. Peacock Bass cukup suka split tail berkley ini kerana warnanya transparent seakan-akan anak ikan kebiruan. Renangan umpama ikan sakit (harus digayakan) akan membuatkan peacock lagi geram dan menyerang sepantas kilat.

3. ChugBug
Gewang hard bait top water yang dahulunya tidak digemari kerana bentuknya yang agak kelakar namun untuk peacock ia adalah makanan utamanya. Bunyi “chug” percikan air dari gewang membuatkan ikan peacock menyambar dengan satu letupan yang amat mengerunkan. Sehingga kini masih ingat lagi satu ketika dulu cara peacock makan top water.




4. Flutterstick
Antara gewang sinking favorite kami yang amat sesuai bermain dikawasan atas samai dan poket air atau kawasan yang airnya tidak begitu dalam. Kami diberi peluang untuk mencubanya sebelum berada di pasaran dan ternyata result nya amat membanggakan yang kini menjadi salah satu gewang yang harus ada di dalam box jika memburu Peacock Bass. Warna putih dan red head adalah warna favorite kami. Kayuhan laju dan pause membuatkan peacock geram sangat dengan flutterstick. Kebiasaan peacock akan menyedut flutterstick tanpa disedari.

5. Jigs
Ramai tidak mengetahui bahawa jigs adalah salah satu killer untuk PB. Sama ada land based atau boating ia mampu memberi result. Keberatan dan mampu membuat lontaran jauh membolehkan kita mencapai kawasan-kawasan yang agak jauh dan terpencil seperti poket air dimana kebanyakkan monsters bersembunyi. Lagi satu teknik yang kami suka ialah jigging PB di lubang-lubang poket air. Amat teruja apabila PB membuat hentakan mengejut.

6. Ofmer Cat Walk
Kecil tapi amat killer. Peacock Bass amat suka dengan Ofmer Catwalk. Pada sesiapa yang cukup suka dengan top water pastikan Catwalk antara gewang yang anda ada sebagai koleksi. Sizenya yang kecil menjadikan ianya diet yang amat digemari oleh si Peacock.




Sunday 11 November 2018

PB BPA

PB atau peacock bass a.k.a ikan raja sudah mula memasuki perairan kawasan Puncak Alam. Aku sendiri telah 3 kali berjaya menjerat spesis pendatang ini berumpankan anak udang di Tasik Alam Suria.Spesimen sebesar tapak tangan ini membuktikan ianya boleh membesar dan membiak di kawasan Puncak Alam ini.

Ada baik dan buruknya spesis ini. Ianya boleh merancakkan dunia pancing di kawasan ini tetapi ianya juga dapat memusnahkan ekosistem di sini kerana spesis ini dikenali sebagai pemangsa yang pelahap. Setakat ini semua PB yang aku daratkan mati setelah diletakkan dalam aquarium, mungkin ikan ini tidak lasak seperti ikan haruan mahupun puyu malahan lebih manja berbanding tilapia.

Tilapia lebih tahan lama dalam aquarium berbanding anak PB ini.


PB pertamaku berumpankan anak udang selepas hujan berdekatan aliran air masuk Taman Alam Suria.

Senjata sulit yang ternyata mampu menjerat penghuni dasar di sini. Main tepi2 jer...


2 ekor PB yang baru dilepaskan dalam aquarium tapi sayang, kejap jer dah nak mati, apalagi masuk peti ais jer lah, tunggu untuk dipekasamkan...


PB kedua dan ketigaku, dapat pada hari yang sama, port sama sebelum ini.


Antara spesis PB (sumber: Google)

Wednesday 3 October 2018

Bottom lawan Casting

Bottom lawan Casting

Memancing adalah satu hobi yang berfaedah, walaupun ada yang mengatakan ianya membuang masa. Pelbagai teknik pancingan digunakan untuk menjerat penghuni dasar. Antara teknik yang biasa digunakan ialah teknik dasar (bottom) dan mengilat (casting). Ada kelebihan dan kekurangan antara kedua-dua teknik ini.

Bottom

Kebanyakkan pemancing bermula dengan teknik ini, pancingan dasar. Bermula dengan cara tradisional menggunakan batang buluh hinggalah menggunakan reel spinning. Dari berumpankan cacing hinggalah kepada gumpalan dedak.

Kelebihan Bottom
i)                    senang untuk dipelajari
ii)                   banyak ikan boleh didaratkan
iii)                 umpan senang diperolehi seperti cacing, anak ikan, anak udang

Kekurangan Bottom
i)                    sukar untuk persiapan (umpan, pancang)
ii)                   bosan menunggu umpan jika ikan kurang frenzy

Casting

Bermula dengan teknik bottom, kebanyakkan pemancing yang inginkan cabaran baru, akan cuba berjinak dengan teknik baling tarik ini. Dengan umpan tiruan hinggalah ke umpan hidup pasti dicuba untuk memujuk ikan target mereka.

Kelebihan Casting
i)                    senang untuk persiapan (box umpan senang dibawa ke sana sini)
ii)                   elemen kejutan berbanding teknik bottom
iii)                 boleh buat senaman tangan setiap kali baling tarik

Kekurangan Casting
i)                    lebih sukar untuk dipelajari (birdnet, bihun sering berlaku)
ii)                   umpan tiruan lebih mahal

Walau apapun teknik pancingan kita, kita tetap sama iaitu untuk mendaratkan si penghuni dasar. Apa yang penting saling hormat-menghormati antara lain.

Antara teknik pancing yang popular ialah :
1)      Bottom/ Bawah
Teknik yang biasa kita gunakan untuk memancing di dasar laut..batu ladung sampai ke dasar laut. (cth Ikan - merah, jenahak)

2) Casting
Teknik balingan umpan dan karau(tarik) perlahan2 atau laju.. biasanya gunakan umpan ikan tiruan lain seperti rapala untuk dalam air..umpan tiruan ini akan berikan aksi seperti ikan hidup bila di karau(tarik) selepas kita cast(baling). (cth ikan - GT, talang)

3) Popping
sama sepeti casting cuma popper untuk umpan permukaan laut atau air, bila ditarik atas permukaan akan menghasilkan percikan air. (cth ikan - GT)


4) Throlling(teknik tundaan)
Teknik ini menggunakan umpan yang ditunda dengan bot yang bergerak perlahan. umpan boleh digunakan umpan tiruan atau ikan mati yang keras seperti tongkol. (cth ikan -tenggiri, barracuda)

5) Drifting 
Teknik nih menggunakan umpan hidup yang dilepaskan secara bebas . Kalau guna umpan mati / air takda arus mengunakan belon disangkut pada perambut untuk biar umpan itu merayau2 di laut. (cth ikan- tenggiri, layaran)

6) Jig
Mengunakan umpan besi dengan kaedah lepaskan umpan tiruan hingga ke bottom kemudian di jig (tarik megejut dan karau dengan laju) ke atas. (cth ikan - tuna, GT, amberjack)

(sumber: http://www.pancing.net/threads/apakah-itu-teknik-bottom-casting-jigging-dan-lain-lain.13971/)

 Teknik bottom perlu banyak bersabar menunggu ikan manakala teknik casting dapat isi masa dengan baling dan tarik, sedar2 dah berjam-jam casting...hehe

 Sambil membottom sempat lagi lena, jika casting memang tak dapat lah nak lena.

 BC lebih sinonim dengan teknik casting,walaupun spinning pun boleh untuk casting.
 Antara umpan tiruan yang boleh digunakan.
 Haruan yang tewas dengan BC kayuh kanan,sp zman..
 Bottom,anakku pun dah pandai karau,cuma lum pandai baling jer...
Spinning boleh juga untuk casting,penat2 casting sekali strike 'ikan kayu'...Kira Tak kumpau kan?hehe









































Tuesday 2 October 2018

Monday 24 September 2018

Outing Bersama Geng Taman

Outing dengan Geng Taman.

Pada 16 September yang lalu, aku berkesempatan berkomplot dengan Geng Tamanku,cuti saempena Hari Malaysia, kami penuhi dengan merancang komplot di Kolam RM3, Jalan Air Tawar, Jugra.

Geng Tamanku ini selalu juga berkomplot, mereka selalu pergi mencadat sotong. Kali ini mereka cuba terjah kolam pula. Memang rezekiku kali ini dapat menyertai mereka.

Bertolak jam 9.00 pagi dari Puncak Alam dan kami tiba di kolam tersebut kira-kira pukul 11.00 pagi. Terus kami ke kaunter pendaftaran untuk urusan daftar, membeli umpan udang dan ikan kembong serta perambut. Pendek kata jika kita nak walk-in pun ok kat kolam ni, umpan, perambut semua ada, malahan joran pun boleh disewa, hanya perlu berurusan dengan staf kolam sahaja.

Setelah semuanya selesai kami terus bergegas ke kolam ikan bawal terlebih dahulu. Dengan berumpankan udang hidup, kami cuba untuk menjerat si bawal. Aku lebih suka teknik casting dengan sp zman. Hanya Abang Alias sahaja yang terus ke kolam kerapu. Setelah hampir setengah jam, umpan dilabuh tanpa diusik penghuni kolam, kami mula gelisah.

Di kolam Jenahak, kelihatan seorang budak sangat meriah mendaratkan Si ‘Bantal  Emas” berhampiran batang PVC, aku cuba mengilat sp zman di kawasan tersebut tetapi hampa. Akhirnya aku bertukar ke umpan udang hidup, hanya beberapa kali baling dan tarik, si jenahak dengan rakus membaham umpanku. Tetepi saying, rabut kerana mata kail yang aku gunakan kecil tidak sesuai dengan jenahak.

Seterusnya aku cuba pula dengan mata kail yang lebih besar, dan juga rabut kerana perambut yang aku gunakan kecil pula. Nasib baik rabut,jika tidak koyak poketku membayarnya, Jenahak RM 35 per kg…hehehe..

Aku mencadangkan kepada Cikgu Shahid, Cikgu Kamal dan Abg Mie supaya mencuba nasib di kolam Jenahak, kerana si bawal sombong pada kali ini. Ketika itu, Abg Alias telahpun berjaya mendarat Si Kerapu.

Setelah mereka berpindah ke kolam Jenahak, akhirnya mereka berjaya mendaratkan ikan Jenahak masing-masing. Tinggal aku sahaja yang belum berjaya mendartakan ikan walaupun telah 2 kali strike.

Dalam keadaan hujan renyai-renyai, aku tetap tabah mengilat si jenahak di kawasan tadi. Tiba-tiba aku rasa tali pancingku seperti tersangkut di dasar. Anak Abang Alias menyuruhku mengendurkan tali dan cuba karau kembali dengan harapan tali pancing itu terlepas. Tanpa kami sangka, rupanya ada Si Jenahak yang terstrike di pancingku.”Tak feel lah bang, tarik ikan cam tu”perli anak Abang Alias...

Selepas berjaya mendaratkan si jenahak, aku kembali mencuba mengilat dengan sp, semua kolam aku try, kerapu, jenahak,bawal,kaci, siakap malah tilapia pun aku cuba tetapi hampa.

Akhirnya kami berhenti memancing setelah hujan turun dengan lebatnya, kira-kira pukul 2.30 petang. Di kaunter pendaftaran, khidmat menyiang ikan disediakan, setelah ikan ditimbang dan dibayar,kami serempak dengan seorang kaki pancing yang baru balik dari laut kerana dipukul ribut. Dia memberitahu hanya sempat mendaratkan seekor jenahak sahaja dan telah bercadang untuk meneruskan pancingan di kolam ini.

Kemudahan yang disediakan.

  1. Surau
  2. Tandas
  3. Pondok
  4. Umpan
  5. Perambut
  6. Burger dan makanan ringan (penghantaran disediakan)
  7. Khidmat menyiang ikan
  8. Joran untuk disewa

Harga Ikan per kg

  1. Jenahak RM 35
  2. Kerapu RM 45
  3. Bawal Emas RM 30
  4. Siakap RM 17
  5. Kaci RM 28
  6. Tilapia RM13 (tak pasti per kg)

Kolam RM3 Jugra ini dijamin strike, Cuma perlu sediakan duit yang secukupnya sahaja... ibarata ukurlah baju di badan sendiri...hehe.. Sediakan juga kelengkapan yang perlu seperti playar, sarung tangan, karung ataupun gari ikan jika tak mahu berputih mata ataupun ditimpa kecederaan.

Jom komplot, kumpau itu pasti, strike itu bonus...pancing mesti terus, pantang berundur kecuali bini call..















Gambar sebagai kenangan...

Saturday 10 March 2018

Sepat

Rupanya ikan sepat boleh dipancing. Ikan sepat dengan mulut yang kecil boleh dipancing dengan teknik yang betul,mata kail yg sangat kecil,Umpan cacing merah kecil atau lumut,Dan rod teleskopik sahaja.
Kali ini sifu,Fauzu Mamat sudi mengajarku until memancing sepat.Mula-mula kami ke tepi sungai untuk mencari cacing merah, seterusnya bergegas ke port,di tepi jalan menghala ke Econsave Puncak Alam,bersebelahan kilang yang baru dibina.
Pukul 5 petang sampai di port,Fauzu menabur Dedak untuk mengesan kehadiran sepat,nyata Hari ini Tak berapa mendapat sambutan dari sepat.
Hanya ada satu lopak air yang kelihatan kelibat si sepat,maka kami terus melabuhkan joran masing-masing.
Fauzu dengan joran yang panjang,kira-kira 10 kaki

Lintah yang menyedut darahku.


Lesen pertama sepat.

Hasil sepat sifu,Fauzu.




Port tepi jalan jer..

mempunyai kelebihan untuk melabuhkan Umpan di tempat yang ditarget.Aku dengan joran pendek,kira-kira 3 kaki,sukar until mencapai target,terpaksa turun di kaki air,Tapi risikonya digigit lintah...huhu
Tali yang halus dengan pelampung kecik,tenggelam timbul bila ditarik sepat,syok juga layan si sepatnya.Kena cepat jika Tak mahu Umpan habis dikerjakan si sepat.
Jika Ada kelapangan pasti kami terjah lagi port in sebelum ianya tertimbus oleh projek pembangunan yang sedang rancak.. Pancing Mesti Terus... kumpau itu pasti, strike itu bonus... Pantang undur kecuali bini call...hehe