Thursday 28 November 2013

3 Tasik

Cuti sekolah telah tiba, musim tengkujuh juga tiba. Bagi kaki pancing inilah masa yang ditunggu-tunggu untuk menerjah port mancing. Walau bagaimanapun keselamatan harus diutamakan.

Bertarikh 22 November, hari Jumaat, kami Geng Pemburu ikan telah merancang komplot terbesar bagi tahun ini. Komplot kali ini diwakili oleh aku, Mizi, Sahrul , Edy dan 2 orang anaknya, Yusof dan Hakim.

Jam 10 pg kami sampai di tasik yang pertama. iaitu Tasik Puchong (D' Island), berbekalkan umpan cacing dan dedak. Kelihatan juga beberapa kumpulan kaki pancing di tebing tasik yang amat luas ini. Tasik ini boleh dilihat dari highway SKVE. Namun ada rentangan jaring yang dipasang dari tebing ke tengah, sedikit menggangu kami. "Rezeki masing-masing," itulah pesan Mizi yang kami selalu ingat.

Kami memancing di kawasan yang sama, berdekatan sangkar. Sedang kami seronok memancing, tiba-tiba hujan lebat. Basah kuyup kami. Hujan berhenti kami terus memancing, "lepas hujan mesti ikan makan selalunya,"kataku kepada Sahrul untuk menyedapkan hati masing - masing kerana hampir 2 jam kami di situ tanpa hasil.

Kata-kataku diakui oleh Mizi setalah dia berjaya mendaratkan seekor tilapia. Selepas itu Sahrul juga berjaya mendaratkan tilapia. Kami berhenti memancing jam 12.30 thr, kami bergegas masjid di Putra Perdana untuk bersama jemaah menunaikan Solat Jumaat.

Selepas makan di kedai berdekatan masjid tadi, kami ke tasik kedua, tasik di hadapan masjid. Kelihatan air naik dan melimpahi tebing tempat biasa kami melabuhkan joran. Dengan kawasan yang terhad, kami tetap melabuhkan joran masing - masing dengan harapan dapat mendaratkan banyak tilapia kerana pada trip sebelum ini kami berhasil.

Jam hampir menunjukkan pukul 5 ptg, kami tidak berjaya mendapatkan sebarang hasil. "Langgar tali pun tidak, macam mana ni?"tanya Mizi kepadaku.

Akhirnya Mizi mengajak kami ke tasik seterusnya, iaitu Tasik Prima. Sampainya kami di tasik, kami di sambut oleh sekumpulan Red Monk yang bermain di tepi tebing berdekatan jeti bot. Aku terus menabur dedak dan roti sebagai rasuah kepada kumpulan ikan tersebut. Ternaya Red Monk sudi menjamah dedak itu. Melihat situasi tersebut, Edy bergegas mendapatkan jalanya. Mizi meminta untuk menebar jala tersebut. Sekali tebar, 2-3 ekor Red Monk terperangkap. Edy juga ingin menunjukkan skil menebarnya. Dia juga berjaya memerangkap Red Monk.

Akhirnya kami pulang dengan 12 ekor Red Monk, 3 ekor tilapia hitam dan seekor anak peacock bass.  3 tasik, Tasik  D'Island, Tasik Putra Perdana dan Tasik Prima.

Komplot Mesti Terus....

 Aku kecewa di Tasik Putra Perdana.

 Aku kecewa di Tasik D'Island

 Anak Peacock Bass.

 Red Monk, cantik diletak dalam akuarium..

 Edy (baju merah), Shahrul (biru) dan Yusof sedang setting senjata masing -masing.

 Shahrul duk cari port yang sesuai.

 Tilapia hitam, tak cantik tapi dimakan sodapppp...

 Inilah barisan senjata Edy.

 Di pelantar bot, Tasik Prima.

 Mizi menunjukkan skill menjalanya.

 Red Monk Tasik Prima kini di dalam akuarium Edy.

Senjata sulit kami, jala...hahaha...

Thursday 14 November 2013

Udang Kara

Tarmizi, otai udang kara dari Seremban, sekali lagi mengganas di Lake Garden. Dengan gumpalan dedak yang dikepal pada spring jaring, dia berjaya menjerat beberapa udang kara yang agak besar.

Menurutnya, udang galak menjamah umpan pada waktu malam berbanding siang hari. Walau bagaimanapun stok udang di tasik tersebut semakin berkurangan kerana pertambahan kaki pancing yang menerjah tasik tersebut.

Baru baru ini rod Barkley miliknya patah riuk dikerjakan oleh penghuni dasar tasik tersebut. Dipercayai spesis pacu liar berskala lebih 5kg.

Tasik Lake Garden, Seremban semakin popular dikalangan kaki pancing sekitar Seremban. "Tiap - tiap malam tasik tersebut dipenuhi kaki pancing seperti pesta la pulak", bicara Tarmizi dengan penuh semangat kepadaku, untuk mengumpan kami, geng Pemburu Ikan ke tasik tersebut. Hajat di hati, memang ingin kami terjah, tetapi apakan daya, jarak mengatasinya.

Lake Garden, Seremban, tunggu kami....

 Inilah hasil berjaga malam.


 Tengok sepit, biru.


Inilah barisan kita...