Wednesday 19 June 2019

Tilapia Alam Suria

Tilapia merupakan spesis pendatang yang telah menguasai perairan kita termasuklah di kawasan Puncak Alam, Kuala Selangor. Puncak Alam memiliki banyak kawasan lopak-lopak air yang sentiasa menjadi port terjah kaki pancing.

Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman memancing tilapia di kawasan Alam Suria, Puncak Alam. Sebelum ini saya menggunakan umpan cacing yang dibeli untuk menjerat tilapia tetapi kurang memberangsangkan. Pernah juga mencuba dengan bancuhan dedak tetapi tetap mengecewakan.

Sehinggalah saya berkesempatan mengorek rahsia dari seorang otai yang selalu kelihatan memancing di kawasan ini. Mujurla dia tidak lokek ilmu, menurutnya, tilapia di kawasan ini galak merembat umpan udang. Udang tersebut hendaklah ditangguk di tasik tersebut.

Dengan menggunakan batu ladung hidup untuk membolehkan balingan jauh ke tengah disamping untuk umpan udang bebas bergerak seperti semulajadi. Ternyata teknik tersebut berjaya menjerat tilapia. Kadang-kadang ikan keli dan ketutu juga terpedaya dengan umpan udang tersebut. 

Hampir setiap petang saya akan memancing tilapia ini kerana tasik ini berada di depan rumah saya sahaja. Hasil pancingan ini saya jadikan ikan pekasam untuk juadah sendiri dan dijual kepada rakan-rakan di tempat kerja.


Ramai juga kaki pancing yang memancing di kawasan tasik ini. Ada juga yang membawa keluarga. Tasik ini sebenarnya kawasan tadahan hujan yang berfungsi untuk mengelakan banjir. Walau bagaimanapun kadang-kadang kelihatan ada orang yang menjala dan menjaring ikan di tasik ini. Memang rezeki masing-masing, tetapi diharap mereka tidak tamak dengan mengaut keluar hasil tasik ini dengan rakus. Tinggalkan sedikit untuk kami,kaki pancing Puncak Alam untuk melepaskan gian merasa tarikan penghuni dasar tasik ini.
 Tasik Alam Suria, salah satu kawasan tadahan hujan bagi mengelakan banjir di kawasan Puncak Alam.


 3 batang joran digunakan dengan straw sebagai penggera apabila umpan diusik tilapia.




2 ekor anak udang dicangkuk di mata kail untuk menarik selera tilapia. 

Tilapia sebesar tapak tangan sesuai untuk dijadikan hidangan. 

Selain tilapia hitam, terdapat juga spesis tilapia belang (mayan cichlid)

Antara hasil dalam masa beberapa jam, jika tilapia galak memakan umpan. 

 Tepung gandum digunakan untuk menghilangkan hanyir ikan tilapia

 Tilapia yang telah siap disiang, dibasuh sebelum dilumurkan beras kisar dan garam untuk dijadikan ikan pekasam.

 Pekasam tilapia memang sedap dimakan ketika masih panas bersama nasi panas, bertambah nasi nanti dibuatnya.

 Ikan trofi Tasik Alam Suria, Puncak Alam. PB juga telah mula mendiami tasik ini untuk merancakan arena pancingan Puncak Alam.

4 comments:

  1. Salam tuan... bolehkah kami c&p story ini untuk majalah umpan? Nama dan blog tuan akan dikreditkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. silakan tuan..saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih

      Delete
  2. Salam tuan.. Ikan pb di kolam tadahan yang belah mane ye? Kalau saya dtg dari arah puncak alam.. Kolam nye di roundbout pertama atau ke dua?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya selalu mancing kt kolam pertama,5a1...kolam kedua,5a2,saya tak pasti

      Delete