Wednesday 19 June 2019

Port tepi tol

Dulu pernah heboh pasal toman tol Batu Tiga, Shah Alam. Siapa sangka tepi laluan moto ada port yang dihuni oleh spesis dambaan kaki pancing.
Saya juga mempunyai port yang baik untuk melepaskan gian tarikan si penghuni dasar. Memang jalan ini adalah laluan pergi balik ke tempat kerja sehinggalah pada suatu hari saya terlihat seorang pakcik menjala di situ. Naluri seorang kaki pancing pasti membuak-buak untuk mengetahui apakah hasil tebaran jala itu. Saya memberhentikan moto dan menyapa pakcik tersebut. Dia rupanya dari Jalan Hj Kasban, Meru sanggup ke Tol Shah Alam berdekatan Bukit Jelutung untuk menjala, pasti ada yang menarik di port itu. Kagum saya selepas melihat beberapa ekor sepat siam sebesar tapak tangan orang dewasa dan beberapa ekor tilapia yang agak besar juga.
Bermula dari situ, saya memasang plan untuk mengorek hasil dasar port itu. Kali pertama saya ke situ ialah pada bulan puasa yang lalu, berbekalkan jala yang adik saya beli secara atas talian, saya cuba menebar di port itu. Walaupun kurang mahir, saya berjaya juga mendapatkan beberapa ekor tilapia dan sepat yang kecil.
Selepas itu saya mengubah taktikal, setelah melihat tinggalan kaki pancing yang sebelum ini, nampaknya mereka menggunakan pancingan jaring. Setelah segala persiapan dibuat, saya sekali lagi ke port ini, memang berjaya dengan pancingan jaring ini, dedak yang dikepal di spring berjaya menarik sepat siam untuk menghampirinya lantas menjeratnya. Sepat tersebuat ada yang saya pelihara dalam aquarium dan ada juga untuk dibuat pekasam.
Saya juga berjaya mendaratkan seekor tilapia disini dengan teknik casting, ikannya memanag jinak, walaupun sp menghentam badannya, ia tetap di disarangnya sehinggalah ia hilang sabar setelah banyak kali saya casting. Tilapia 400g ini adalah trofi tilapia liar pertama saya. Sebelum ini saya dan mencuba casting tilapia di kolam milik ayah saya di kampung ketika pulang berhari raya.
Kesimpulannya jangan disangka di tepi tol tiada ikan, cuba dulu baru tahu.Bak kata pepatah, "di mana ada air, pasti ada ikan"....hehehe...














No comments:

Post a Comment