Thursday 21 March 2019

Tasik Alam Suria

Tasik Alam Suria

Tasik Alam Suria merupakan salah satu kawasan tadahan hujan bagi kawasan Puncak Alam. Tasik ini terbahagi 2, iaitu dikawasan 5A1 dan 5A2..

Tasik ini menjadi tumpuan penduduk Puncak Alam untuk beriadah, menjual nasi dan juga memancing. Ada nasi lemak dan kerabu yang sedap di kawasan ini, Nasi Kerabu D’Tasik.

Setiap hari pasti ada kaki pancing yang memancing di kawasan ini, hujung minggu lagi meriah suasananya, ada yang berkelah dengan keluarga sambil memancing di tepi tasik ini.

Spesis Ikan

Ada ikan ke di tasik ini?Itulah yang sering ditanya oleh orang yang lalu-lalang di kawasan ini. Ikan apa yang ada? Sapa mereka setiap kali melihat kaki pancing memancing.

Sebenarnya tasik ini dihuni oleh pelbagai spesis ikan, yang dikuasai oleh spesis tilapia, hitam, merah dan belang. Disamping itu ada juga ikan ketutu, haruan dan keli, yang kadang-kadang berjaya di daratkan oleh kaki pancing. Spesis yang agak jarang didaratkan ialah lampam dan peacock bass. Spesis rare di sini ialah pacu dan patin. Manakala ikan yang dianggap trofi di sini ialah ikan Likoh. Dikhabarkan toman pun ada menghuni tasik ini, walaupun saya belum pernah melihat toman didaratkan di sini, tetapi tidak mustahil kerana toman memang ada di tasik belakang Taman Alam Suria, port rumah tenggelam.Mungkin ada kaki pancing yang membawanya ke tasik ini.

Walaubagai manapun terdapat juga pihak yang menjala dan menjaring di kawasan ini. Memang rezeki masing-masing, tetapi jangan rakus. Jaring direntang sepanjang tasik dan dibiarkan begitu sahaja, boleh pupus nanti ikan. Ada juga yang menggunakan teknik mengaren ikan, jangan kerana untuk seronok sekarang, kita merana di kemudian hari.

Namun begitu ada juga pihak yang harus dipuji kerana melepaskan benih-benih ikan seperti keli, lampam dan peacock bass di tasi ini. Memang ada pro dan kontranya, tetapi sekurang-kurangnya usaha ini dapat merancakan dunia pancingan di kawasan Tasik Alam Suria.


Diharap tasik ini akan terus bertahan menahan segala arus pemodenan dan kekal sebagai kawasan riadah untuk penduduk sekitarnya. Majulah dunia pancing untuk semua...

 Ikan ketutu dulu besar-besar...

 Ikan selat pun makin jarang dah sekarang...

 Ikan keli pun ada.

 Double strike tilapia..


 Rupa Tasik Alam Suria sebelum dikorek dan dibesarkan.

 Kura-kura pun jarang dah didaratkan sekarang.

Pacu?Tak tau macam mana boleh ada di tasik ni dulu.

Senyum lebar bro, trofi sudah naik...

Antara spesimen PB tasik ini, rasanya saiz PB makin membesar...

No comments:

Post a Comment