Saturday 9 March 2019

Antara jf,sf,sp dan spinner baits

Haruan adalah spesis yang diburu dikalangan kaki mengilat. Kerakusan si kepala ular ini menjadi dambaan, pelbagai teknik digunakan until menjeratnya.
Dari teknik bottom hinggalah ke teknik baling Dan tarik dengan umpan hidup mahupan umpan tiruan digayakan untuk menjeratnya.
Saya lebih gemar mengilat dengan umpan tiruan berbanding umpan hidup.Masa awal-awal terjebak dalam dunia hanyir in,pernah menggunakan umpan hidup tetapi disebabkan setting tak ngam,katak hidup berpusing-pusing ketika Tali dikarau.Seterusnya Saya beralih ke umpan tiruan.
Umpan tiruan lebih ekonomi jika berbanding umpan hidup.Walaupun harganya lebih Mahal tetapi ianya boleh digunakan berulang Kali Dan tahan lama berbanding umpan hidup.
Pada permulaannya Saya diperkenalkan oleh sifu,Fauzu Mamat dengan sp zman.Memang sp zman antara yang tebaik untuk menjeratnya haruan tetapi harganya yang Mahal membuatkan Saya mencuba sp kinetik yang lebih ekonomi.Electric chiken Dan red tail antara sp yang terbaik untuk menjerat haruan ini.
Namun begitu,kadang-kala haruan susah juga until dipujuk dengan sp tambahan lagi lokasi yang mempunyai reba dan semai menyebabkan Kita perlu bersedia dengan gewang Jeni's lain.Jump frog dan soft frog boleh digunakan di kawasan seperti ini.Namun begitu Saya jarang dapat mendaratkan haruan dengan jf atau pun sf. Haruan tetapi menyambarnya tetapi tidak mencakup kemas, hanya Miss call sahaja.Antara jenama yang Saya suka ialah Sae khe khan Dan ammy froggy.
Dunia pancing juga cepat berubah, dari teknik Dan umpan yang digunakan cepat mengalami perubahan. Akhir-akhir ini Saya telah diperkenalkan sekali lagi oleh sifu Saya dengan spinner baits yang kecil molek, hasil tangan anak tempatan, Zuhairi Safwan. Inilah spinner baits tebaik bagi Saya,kerana sebelum ini pernah menggunakan pelbagai jenama spinner Bait tetapi selalu kumpau.Setelah menjumpai spinner baits buatan Zuhairi ini, Alhamdulillah beberapa ekor haruan bejaya Saya daratkan. Itupun banyak juga yang rabut, selalunya yang rabut Ni, besar-besar orang kata...hehe.. Sebenarnya kejadian rabut ini terjadi kerana tindakan refleks Saya lambat untuk membuat sentapan.
Begitulah cepatnya perubahan berlaku dalam dunia pancing ini,Kita perlu bersedia Dan menerimanya...kumpau itu pasti,strike itu bonus,pantang under kecuali bini call...pancing mesti terus...













No comments:

Post a Comment