Wednesday 1 October 2014

Terjah Bestari Jaya

Sambil menyelam, minum air. Edy sebagai PT KRS PPDPU telah membawa kontigen KRS PU ke KV Kuala Selangor. Daerah PU telah diamanah menjalankan aktiviti Ikhtiar Hidup. Kesempatan ini telah dimanfaatkan oleh PT kita untuk memupuk minat memancing di kalangan pelajar KRS yang terlibat.

Sambil menyelam, minum air. Edy berkesempatan menduga penghuni dasar di anak sungai di belakang KV tersebut. Sambil bertugas, jika ada kesempatan, tidak salah untuk melayan hobi yang satu ini. Sekurang-kurangnya dapat meredakan sedikit beban kerja.

Aku telah dipelawa oleh Edy untuk turut serta. Akhirnya pada hari Rabu, 1 Oktober, setelah habis waktu sekolah aku bergegas dari PJ ke Bestari Jaya semata-mata untuk melunaskan rasa gian memancing. Jarak perjalanan tidak menjadi masalah tetapi perancangan perlu teliti.

Cukup lah aku merapu..Jom layan gambar pula..

 PT tunjuk kemahiran mengesan cacing untuk umpan mancing.

 Anak didik bakal menyemarakkan arena memancing.

 Jelas wajah kegembiraan setelah berjaya mendaratkan ikan.

 Guru-guru bersiap sedia untuk menghidupkan api untuk bakar hasil pancingan.


 Handsome boh...

 Anak sungai belakang KV Kuala Selangor.

 Lampam yang tewas di tangan PT kita.

 Keli pun tewas...

 Kawe duk bincang nak terjah...

 Pemancing paling kemas, mancing dengan kemeja kerja...

 Lundu pun ado...

Hasil pancingan pelajar..sekurang-kurangnya mereka dapat merasai 'karen' tarikan ikan.

Kita makan ikan bakar jer hari nie...hehehe..

Kredit kepada KRS Selangor dalam menjayakan program yang dapat memupuk minat memancing di kalangan pelajar. Pancing di akar umbi lagi...Pancing Mesti Terus...


No comments:

Post a Comment