Menurut Adam, perjalanan ke port tersebut mengambil masa 3 jam. Banyak halangan yang terpaksa ditembuhi. Mereka 'trekking' dengan motosikal melalui jalan balak. Lubuk kali ini dikenali sebagai Lubuk Chakoh. Mereka terpaksa 'trekking' selama 30 minit
Ketika sampai ke port tersebut, hati mereka berbunga2 kerana port kali ini memang cantik. Adam sedikit kesal kerana "tenang2 air jangan diduga" kerana menurutnya port tersebut telah dibom oleh kaki bom yang memang jahat yang memetingkan diri sendiri.
Hati memang sedih tetapi keinginan untuk menduga si penghuni dasar berkobar2. Selepas siap memasang khemah dan melakukan semua persiapan yang perlu. Dalam masa 5 minit selepas umpan dilabuhkan, joran salah seorang dari mereka telah mendapat rentapan hebat dari si penghuni dasar. Pada mulanya mereka sangkakan si raja sungai, Ikan Kelah telah tersangkut di hujung mata kail tapi rupanya sepupu kelah, Ikan Tengas.
Tengas pertama telah menaikkan semangat mereka semua. Hilang terus penat lelah sebelumnya. Ikan galak meragut umpan sebelum maghrib dan selepas itu terus senyap sunyi.
Sebenarnya banyak hasil yang mereka berjaya daratkan pada trip kali ini tetapi sayang tidak sempat untuk bergambar bersama hasil tangkapan. Mungkin mereka sibuk melayan rentapan penghuni dasar sampai tidak sempat bergambar.
Halangan yang terpaksa ditempuhi.
Antara Tengas yang tewas kali ini.
Apa yang penting?Kerjasama...
Perancangan dan kerjasama penting untuk melepasi halangan seperti ini.
Pastikan bekalan makanan dan minuman cukup setiap kali trip meredah hutan.
Kawasan hutan simpan yang terpaksa di tempuhi.
Penyambut tetamu pada trip kali ini, kehijauan hutan yang mendamaikan.
(Anok klate saye hute)
++++++Kredit kepada Adam kerana sudi menyumbangkan cerita dan gambar++++++
No comments:
Post a Comment