Tuesday, 23 September 2014

Trip Rumah Rakit

Tanggal 17 -18 September yang lalu, Cikgu Adi, Cikgu Bahiry dan 3 orang rakan mereka telah terjah perairan Teluk Gong. Lokasi kali ini adalah rumah rakit milik En Suhaimi. Bertolak dari jeti nelayan Kg Teluk Gong, Banting. Bertolak selepas Zohor dan perjalanan menaiki bot mengambil masa kira -kira 10 minit

Berbekalkan umpan udang pasar, hirisan ikan sardin dan udang hidup. Mereka ingin menduga penghuni dasar di perairan tersebut.

Pada mulanya aku dan Cikgu Sahrul ingin menyertai mereka. Tetapi terpaksa melupakan kerana masalah yang tidak dapat dielakkan. Berat hati kami merelakan mereka meneruskan trip ini..hehehe..

Rumah rakit tersebut memang selesa dengan banyak kemudahan disediakan untuk kaki pancing seperti dapur dan tandas. Untuk yang berbakat menyanyi boleh menunjukkan bakat dengan melayan karaoke. Rumah rakit ini sesuai untuk pancingan  santai bersama keluarga dan rakan - rakan.

Kos sewa RM 35 seorang dan kos umpan RM10 seorang. Bukan hasil yang diutamakan tetapi peluang dapat memancing bersama-sama lebih penting. Apa -apa hal, pancing tetap pancing....

Menurut ketua trip kali ini, Cikgu Adi, trip seterusnya akan diterjah pada 21 - 22 hb September sempena cuti deepavali.Tunggu....

Jom layan gambar pulak...













No comments:

Post a Comment