Tuesday, 26 August 2014

Perbaharui Lesan Siakap

Setelah lama tidak turun memancing. Akhirnya Awal berkesempatan menduga kolam siakap RM3 untuk memperbaharui lesennya. Memang hajat dihati bagi setiap kaki pancing inginkan trip memancing yang best tidak kira ke sungai atau laut tetapi atas beberapa faktor seperti masa dan wang membataskan hajat ini.
Mujur banyak kolam di sekitar Lembah Klang untuk kaki pancing melepaskan gian merasai 'karen' tarikan ini.

Kali Awal membuat kunjungan solo di kolam air masin di Banting. Pada awalnya dia dan rakannya merancang untuk memancing di Pulau Indah tetapi terpaksa dibatalkan kerana kawannya ada urusan lain.Akhirnya kolam tersebut sebagai gantinya.

Kunjungan tersebuat pada hari Ahad, 24 Ogos. Kolam tersebut pada asalnya adalam kolam pancing siakap RM3 tetapi telah diupgrade kepada pelbagai spesis ikan air masin. Bayarannya mengikut kolam spesis tertentu. Ada kolam RM3 per entry dan ikan kira timbang iaitu siakap 17/kg, bawal emas 28/kg, jenahak merah 35/kg dan kerapu 38/kg. Ada juga kolam dengan konsep Catch n Release dengan bayaran deposit RM50/3jam untuk jam pertama dan kedua RM20 dan jam ketiga RM10. Antara spesis kolam CnR ialah GT, senangin dan kerapu. Kolam berbeza untuk spesis berbeza.

Pada kunjungan ini Awal menggunakan kaedah casting dengan soft plastic untuk menjerat siakap kolam RM3. Ternyata ikan siakap di sini galak membaham gewang. Ternyata 'karen' casting lebih mengujakan berbanding teknik dasar. Akhirnya Awal berjaya mendaratkan 7 ekor ikan siakap dengan 6 ekor telah ditempah rakannya. Ternyata kunjungan kali ini berbaloi kerana dia dapat kembali modal dengan menjual ikan tersebut kepada rakannya. Bukan untung yang dicari tetapi keseronokkan yang lebih utama.

Jom mancing kita....

 Kelihatan beberapa kolam hanya perlu pilih sahaja bergantung kepada bajet. 

 Gaya seorang pemancing tegar.

 Siakap yang sesuai untuk hidangan. Selipar sekadar perbandingan.

 Worm soft plastic yang ternyata berkesan untuk menjerat siakap di sini.

 Hasil kunjungan solo Awal kali ini.

Siakap dengan berat 1.18kg yang diambil Awal untuk lauknya kali ini.

No comments:

Post a Comment