Tuesday, 5 August 2014

Komplot di Hari Raya

Sebulan gantung joran di bulan puasa membuatkan geng pemburu ikan gian untuk merasa tarikan ikan. Pada 2 Ogos yang lepas iaitu hari raya ke 5, Syawal, Mamat, Adam dan Udin berkesempatan menerjah port di Sg. Chiku berdekatan Kilang Sawit. Aku tidak berkesempatan turut sama kerana terpaksa menunggu kunjungan rakan untuk berhari raya.

Mereka mula memancing pada pukul 3 ptg dengan umpan cacing tanah. Sehingga pukul 5 ptg mereka berhenti dan pulang ke rumah untuk solat Asar dengan hasil beberapa ekor ikan tilan dan seekor ikan baung.

Ada yang keliru antara ikan tilan dengan ikan linang. Aku pada awalnya juga menganggap ikan tilan sama dengan ikan linang tetapi telah ditegur oleh pengungjung blogku.

Selepas solat Asar mereka bergegas sekali lagi untuk menerjah port yang baru. Port kali ini cantik berdekatan air terjun. Tetapi yang cantik tidak menjanjikan hasil yang lumayan. Mereka kecewa keran kumpaw di sini. Hasil dari risikan mereka di kalangan kaki pancing Chiku port tersebut telah dituba.

Kami sering menghadapi situasi sebegini, port yang awalnya banyak hasil tetapi seterusnya  telah dituba dengan rakus oleh manusia yang tidak bertanggungjawab.

Jauhi tuba demi kelangsungngan stok ikan kita....

Beza antara belut dan ikan linang...

 Belut (Sumber: google)

 Ikan Tilan (Sumber : google)

Ikan Linang (Sumber: google)

Inilah hasil komplot di hari raya mereka.

Port kali ini, air agak keruh kerana 2-3 hari sebelumnya hujan.

No comments:

Post a Comment