Friday, 18 April 2014

RPP Kenyir

Pada cuti sekolah bulan mac yang lepas,iaitu pada 28 mac, kami sekeluarga berkesempatan mengungjungi tasik kenyir.
Kami menginap di Rumah Peranginan Persekutuan Tasik kenyir(RPP Kenyir).Dengan bayaran RM 50 untuk banglo 2 tingkat memang berbaloi2.RM 50 lagi untuk naik bot pergi dan balik dari pengkalan gawi ke pulau sah besar. Kos ini memang berbaloi tp syaratnya anda mestilah kakitangan kerajaan atau yg sewaktu dengannya.
Untuk maklumat lanjut tentang RPP, bolehlah ke www.bph.gov.my.
Sebagai kaki pancing trip ini memang ditunggu2.Di sini, RPP Kenyir, pulau sah besar, kami sempat melabuhkan joran masing2.Mungkin kami tidsk bernasib baik untuk mendaratkan ikan pada trip kali ini.Kami akan datang lagi ke RPP Kenyir dengan perancangan yg lebih teliti.Pastikan bot disews untuk menerjah lubuk sebelum trip bermula supaya tidak berputih mata nanti.
 Inilah barisan senjata kami...banyakkan?
 Banglo 2 bilik..memang berbaloi2
 Tiba di Pengkalan Gawi..parkir kereta banyak.P
 Puteriku seronok naik bot walaupun laju.

 Tunggu bot kat pengkalan gawi..Antara yg turut serta kali ini.
 Balik dari Pulau Sah Besar..ada nombor contact tuu.......
 Jom punggah turun barang2...banyak ooiii...
 Suasana di jeti pengkalan gawi.
 Nak kelik dah..kami pasti datang lagi..
 Peta pulau sah besar..jom sama2 kita jelajah
 Antara tarikan yang ada di sini.
 Atas jambatan antara pulau sah besar dgn sah kecil untuk ke taman herba.
 Adalah kelebihan juga jd kakitangan gomen nie..

 Walaupun kakiku belum sembuh,trip tetap diteruskan.
 Surihatiku tersenyum tanda trip ni best...
 Setting baik punya,port pun cantik,umpan pun power baunya tp hasilnya saja tiada...heheheAntara kemudahan yg ada...pondok,taman permainan dan tempat bbq
 Bilik utama...cantik..best woiii..
 Toilet yg bersih...cam hotel jer
Dapur disediakan,anda cuma perlu bawa bahan mentah sahaja.
 Tv dengan astro lagi...
 Waktu cek in cek out...
Kami pasti datang lagi....kenyir tunggu kami datang...

2 comments:

  1. Salam rumah itu kenape booking dulu ke or boleh walkin terus jer. Ada rumah lain2 x utk menginap. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebaiknya booking,kalu walk in takut semua penuh...rumah lain ada jer kt kenyir,rumah bot pun ok juga

      Delete