Pada 5-6 April yg lalu aku berkesempatan mancing di pantai Tg Bidara,Melaka.Sebenarnya trip ini adalah sempena hari keluarga ofis isteriku.Bak kata pepatah,sambil menyelam minum air.
Walaupun kakiku masih belum sembuh, naluri seorang kaki pancing tetap bergelora apabila melihat pantai.Walaupun persiapan yang ala kadar sahaja,umpan menggunakan udang yg lama beku dalam peti ais.
Semasa dalam perjalanan ke tg bidara beach resorts,aku memerhati kalau2 ada orang yg menjual umpan seperti umpun atau udang hidup tetapi tidak kelihatan si penjual umpan.Sedikit kecewa berbuku dihatiku.
Port yg berbatu2,dipercayai banyak ikan bermain2 di situ tp risiko sangkut tinggi.
Port pantai yg berpasir,ada pokok boleh berteduh.
Isteri dan anak bersama kawan2nya mandi manda di kolam resorts.
Park joran baik punya...
Gaya cam tarik ikan besar jer tp sebenarnya sangkut kt batu.
Ikan apa ni?Tewas dengan appolo.
Appolo diletak umpan udang berjaya menjerat ikan ini.
Pelik...natang menda ni?Sangkut kat mata kail.
Kaki masih berbalut tp pancing tetap pancing...
Ni anak kaci ker?Guna appolo jugak.
Ada ketam di sebalik joran.Ketam yg sudi menjamah umpanku.
Nampak tak jeti tu?Tapi sayang pintu pagarnya tertutup.
Bergambar kenangan bersama isteri dan puteriku.
Sempat juga aku bertanya pads seorang pakcik yang memancing di sini.Dia guna umpan umpun2 untuk menjerat ikan gelama dan ikan bulus.Hasilnya agak lumayan....
No comments:
Post a Comment