Thursday, 12 June 2014

Tanjung Harapan

Pada 10 Jun yang lepas aku bersama Sahrul dan ditemani puteriku telah berkesempatan memancing di pantai Tg Harapan, Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang. Sebenarnya ini adalah kujungan kedua kami ke sini. Tiap -tiap kali cuti sekolah tiba, kami pasti merancang komplot di sini kerana ianya dekat dan selesa dengan pondok dan pokok-pokok yang melindungi kami dari terik panahan mentari.

Tg Harapan juga terkenal dengan gerai ikan bakarnya. Boleh cuba bawa keluarga bersantai di sini. Bagi kaki pancing boleh lah memancing sambil ditemani keluarga.

Pada kunjungan kali ini, kami menggunakan umpan udang, sotong dan ikan pasar. Sebenarnya di sini senang untuk mendapatkan bekalan umpan hidup seperti udang, ikan belanak, sotong dan umpun-umpun. Kami telah menggunakan mata apollo yang disangkut umpan sama ada udang, sotong dan ikan untuk cuba menjerat ikan di sini.

Semasa kami memancing terdapat ramai kaki pancing yang mencuba nasib di sini. Meriah suasananya. Kami mula memancing pukul 11 pg hingga 3.30 ptg. Hasilnya kami berjaya mendaratkan 4 ekor buntal dan 1 ekor ikan daun baru. Buntal jer...hehehe. Bagi kaki pancing dapat memancing dah kira seronok, hasilnya dalah bonus jika murah rezeki. Betul tak????

Diharap pihak berwajib dapat menyediakan surau dan tandas yang sempurna untuk memudahkan kaki pancing menunaikan kewajipan dan hajat mereka.

Tg Harapan menjadi harapan kami untuk terus menyuburkan minat memancing. Majulah Tg Harapan untuk memancing....

 Shahrul dengan hasil pertamanya.

 Tuan puteri yang sudi menemaniku.

 Kawasan batu-batu tempat ikan bermain dan bakal menyebabkan batu ladung tersangkut.

 Seronok dapat meluangkan masa bersama.

 Tuan puteri dengan alat permainannya.

 Ikan Daun Baru yang sudi menjamah umpanku.

 Pondok disediakan untuk keselesaan kaki pancing.

 Kami sabar menunggu umpan diragut sambil bergosip...

 Ikan Buntal kalau dapat letak dalam aquarium cantik jugak...

 Kapal yang sering kelihatan di sini.

 Contoh cara menyediakan umpan hirisan sotong dari internet.

 Kelihatan Medan Ikan Bakar di hujung sana...

Cara untuk ke Tangjung Harapan. 

No comments:

Post a Comment