Aku bersama Cgu Adi dengan tiba-tiba merancang untuk terjah Pantai Remis.Memang telah lama kami berkira-kira untuk terjah Pantai Remis tetapi tidak berkesempatan kerana komitmen masing-masing.
Akhinya pada petang itu, selepas solat Asar, kami ke kedai Acheh di Puncak Alam untuk membeli udang putih sebagai umpan kali ini.
Pantai ini memang ramai orang pada setiap hujung minggu. Tedapat gerai-gerai, medan ikan bakar untuk pengunjung menjamu selera. Ramai juga yang bermain layang-layang. Memang sesuai untuk membawa keluarga untuk menikmati suasana petang nan indah sambil ditemani angin sepoi-sepoi bahasa takala melabuhkan joran.
Selalunya disini kaki pancing mendaratkan spesis seperti gelama, ikan duri dan ikan semilang. Apa yang penting kaki pancing dapat meluangkan masa bersama isteri dan anak sambil memancing. Tidaklah mereka merungngut kita tidak meluangkan masa bersama mereka kerana sibuk memancing sahaja.
Pancing-pancing juga,masa bersama keluarga jangan diabaikan...
Fatin dan sepupunya Ariq seronok menjamu aiskrim.
Afiq, anak buahku yang berjaya aku tarik ke dunia pancing.
Cikgu Adi bersama keluarganya.
Cikgu Adi bersama si durinya, kelihatan juga Aqif bersama jorannya.
Inilah isteri dan puteriku yang sentiasa menyokong hobi hanyirku.
Kaki pancing dikala senja melabuhkan tirai.
Cantik tika mentari menyimbahkan teriknya .
Si gelama yang sudi menjamah umpan yang dilabuhkan.
No comments:
Post a Comment