Wednesday, 5 November 2014

Misi Patin Putra Perdana

Geng Pemburu ikan berkesempatan berkomplot di Putra Perdana untuk memburu patin yang dikhabarkan menghuni tasik tersebut. Trip kali ini disertai aku, Sahrol, Mizi, Edy dan ahli baru kami, Fikri.

Pukul 10 kami sampai dan bersarapan di kedai makan bersebelahan Masjid Putra Perdana. Fitri pemastautin Purta Perdana sebagai penunjuk arah telah membawa kami ke port berdekatan Pusat Pameran Putra Perdana. Port kali ini di hujung jalan.

Terbentang luas saujana mata memandang tasik di depan mata. Sesekali kelihatan riak2 air tanda ada penghuninya sedang berkejaran. Semangat kami terus berbuak2. Tanpa berlengah2 lagi, kami terus menyiapkan joran masing2.

Panas terik mentari membakar kulit kami. Matahari tegak di atas kepala, pokok untuk berteduh pun tiada. Tetapi misi tetap kami teruskan. Akhirnya ahli baru kami mendapat sentapan rakus, terus Fikri mengarau tali jorannya dan berjaya mendarat si lampam.

Ego kami sebagai senior Geng Pemburu Ikan sedang dicabar oleh Fikri. Sekali lagi joran Fikri mendapat sentapan lebih ganas. Kali ini si baung pula terjerat. Memang tercabar bro dengan junior dibuatnya. Akhirnya Shahrul menyelamatkan maruah kami dengan hasilnya si lampam.

Kami berhenti memancing untuk menunaikan kewajipan sebagai hambaNya. Hari itu adalah hari Jumaat, maka kami ke masjid tadi untuk menunaikan Solat Jumaat.

Selepas solat kami menjamu selera sekali lagi di kedai tadi. Kami perkena nasi ayam, memang terbaik la nasi ayam situ, supnya kaw...

Misi mencari patin diteruskan lagi. Kali ini kami mengambil keputusan untuk mencuba port berdekatan gerai makan tepi tasik. Pancing masing2 telah dilabuhkan dengan harapan ada patin yang sudi menjamah umpan dedak kaki. Tetapi hampa...

Akhirnya kami mengubah strategi, dari patin ke tilapia. Dengan menggunakan umpan cacing yang sempat Edy beli selepas solat di kedai umpan berhadapan 7E di pekan Putra Perdana. Demi merasa tarikan ikan kami terpaksa ubah strategi. Memang galak tilapia meragut umpan cacing yang kami suakan.

Tak perlu lontar jauh2 umpan, sekadar ditepi2 sahaja, sudah ada tilapia sebesar 3 jari menyambut umpan kami. Patin Putra Perdana seperti tidak sudi dengan umpan kami....,hehehehehe...

Ternyata kami masih perlu menambah ilmu sebelum berangan2 untuk menjerat patin liar...Patin Putra Perdana tunggu kami datang....

 Pertauliahan Fikri dengan hasil baung.

 Fikri membuka trip dengan lampam.

 Tilapia akhirnya yang menjadi target...

 Cgu Bahiry membakar kami dengan patin kolamnya..

 Fikri sempat 'pose' dengan patin Taman Jaya yang dipancing kaki pancing di situ.

Port baru yang dikenalpasti untuk trip seterusnya..

Panasnya memang membakar tetapi pancing tetap terus...

No comments:

Post a Comment