Wednesday, 3 December 2014

Ikan Wadik Tilapia

Resipi untuk membuat ikan wadik sebenar senang. Ikan wadik adalah ikan pekasam versi banjar. Bahan yang diperlukan ialah beras sangan , garam kasar dan asam gelugor (asam keping). Beras sangan adalah beras yang digoreng tanpa minyak dan perlu dikisar. Beras digaul sebati dengan garam kasar.

Ikan  yang telah siap disiang dan dibersihkan sehingga tiada darah dilumur dengan beras kisar. PERLU DIPASTIKAN TIADA DARAH SUPAYA TIDAK BERBAU BUSUK.

Selepas ikan dilumur, susun di dalam botol dan diselang seli dengan asam keping. Susun sehingga penuh dan taburkan garam dibahagian atas sekali.

Ikan perlu diperap sekurang2nya 2 bulan. Untuk penyediaan ikan wadik perlu dibersihkan sebelum digoreng. Setelah hampir masak, masukkan hirisin bawang dan cili. Ikan wadik sedap dinikmati demgan nasi panas





SELAMAT MENCUBA...

No comments:

Post a Comment