Sunday 10 March 2013

Siakap Kolam RM3

Cuti hari Ahad, 10 Mac 2013, geng pemburu ikan berkesempatan menyerbu Kolam RM3, Kg Air Tawar, Banting. Trip ini dianjurkan oleh Alang Awal dan disertai oleh Angah Due, Andak Edah dan Acik Nida.

Bertolak kira2 pukul 8 pagi dari Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam. Kami terlebih dahulu mencari udang di kedai acheh untuk dijadikan umpan. Namun udang telah habis. Ini tidak dapat melemahkan semangat kami. Kami meneruskan perjalanan dan akan membeli umpan udang mati di kawasan Banting sahaja.

Kira2 pukul 9.30 pagi kami sampai di kolam tersebut. Kelihatan deretan kereta park di kiri kanan jalan membuktikan kolam ini memang menjadi tumpuan kaki pancing. Setelah membayar RM3 per joran dan membeli udang hidup, kami terus ke kolam pancing. Kolam hampir penuh, memaksa kami menapak hingga ke hujung kolam.

Tanpa berlengah lagi kami terus melabuhkan umpan. Joran Acik Nida terlebih dahulu mendapat lesen dan diikuti oleh Andak Edah setelah berjaya mendaratkan siakap. Nampaknya kaum Hawa terlebih dahulu mendaratkan ikan, tercabar kaum Adam dibuatnya. Dengan berkat kesabaran akhirnya semua ahli geng pemburu ikan berjaya merasa sentapan siakap, melayan larian ganasnya dan akhirnya berjaya mendaratkannya. Walau bagaimana pun banyak juga yang berjaya melarikan diri dan banyak juga perambut putus setelah bersimpul dengan pemancing lain.

Apabila segenap inci kolam dipenuhi kaki pancing, peratus untuk tali bersimpul antara lain sangat tinggi. Tetapi sikap tolak ansur antara kaki pancing sangat dipuji untuk melepaskan simpulan tersebut.

Akhirnya trip kali ini berjaya mendaratkan 13 ekor siakap pelbagai saiz. Geng Pemburu Ikan telah bermurah hati untuk memberikan 2 ekor ikan kepada seorang kaki pancing cilik yang kurang bernasib baik untuk mendaratkan ikan. Jadi kami membawa pulang 11 ekor dan setelah ditimbang beratnya hampir 4.7kg. Setelah membayar RM15 perkilo, kami membawa pulang hasil tangkapan tersebut untuk dijadikan juadah nanti.

Menurut Alang Awal, trip seterusnya akan diadakan dengan disertai juga oleh Poknik Mat, Udo Adam dan Usu Din. Tunggu trip kami seterusnya!!!!!!
Bersiap sedia menyediakan umpan.


Hasil pertama dari joran Acik Nida, Alang Awal yang terpaksa mengeluarkan mata kail dari mulut ikan.

Akhirnya, hero dapat lesen siakap. Selalu layan tilapia jer.

Geng Pemburu Ikan bermurah hati memberikan 2 ekor ikan kepada pemancing cilik ini.

Sibuk menyusun senjata dan hasil tangkapan untuk sesi bergambar.

Terbaik!!!

Tuan puteri yang ikut serta pada trip kali ini.

2 comments: